Baru2 ni terbaca suatu buku yang memperihalkan makhluk Allah. Diisikan segala kisah sejarah dan segala hal berkaitan makhluk dengan memfokuskan kepada jin. Pembahagian makhluk bernyawa:
1. Malaikat
2. Syaitan
3. Jin
4. Manusia
Kelompok di atas itu dijadikan dari 10 bahagian. Malaikat mewakili 9 bahagian, manakala syaitan, jin dan manusia 1 bahagian... dan dari 1 bahagian itu apabila diagihkan mengikut kadar tertentu menjadikan manusia merupakan makhluk bernyawa yang paling sedikit seperti contoh berikut:
Makhluk bernyawa: 1000
Malaikat: 900 (90%)
Syaitan: 90 (9%)
Jin: 9 (0.9%)
Manusia: 1 (0.1%)
:: berdasarkan nisbah tersebut, kita sekadar mewakili 1 dari setiap 1000 makhluk lain... dan itulah kita.
:: maka setiap 1 orang daripada kita akan berdepan dengan makhluk pengacau berjumlah 99... selain dari kita perlu juga berdepan dengan golongan pengacau dari kumpulan manusia itu sendiri...
4 comments:
Ada yang mengatakan bahawa sejahat-jahat manusia adalah lebih baik daripada makhluk jin ini.
Pak ngah, begitulah dikabarkan bahawa jika sebutir jarum dijatuhkan ke atas muka bumi ini, nescaya ia tidak akan jatuh ke atas tanah,sebaliknya jatuh di atas badan-badan makhluk lain, seperti jin.
kalaulah kita dpt melihat mereka, tentu kita akan gelabah bila nak berjalan, sebab tentulah kita asik nak terlanggar-langgar saja.
:: anonymous: kalau dah jahat tu... tetaplah jahatnya.
:: mak su: hmmm... tambah pulak usia masing2 tu panjang2 belaka..
Post a Comment