Biasanya setiap orang punya gaya tersendiri dalam menghadapi masalah dan dalam usaha merungkaikannya. Ada yang berkerut dahi dan kening, ada yang menompang dagu, ada yang berperap di rumah dan berdiam diri, ada yang menghebahkan kepada manusia lain sekurang2nya untuk didengari, ada yang berdiam diri dan berusaha sendiri menyelesaikannya... dan berbagai2 lagilah cara dan gaya masing2... dan itulah cara kita serta gaya kita apabila bermasalah...
Biasanya juga kita bukannya keseorangan. Masih ramai lagi manusia lain di luar sana atau di sekeliling kita yang kewujudannya kita sedari atau tidak. Ramai... bukannya sedikit... malah tak terhitung layaknya. Apa yang kita alami, apa yang kita rasai... malah segala masalah yang kita hadapi bukanlah merupakan suatu perkara baru. Segala yang kita alami, segala yang kita rasai dan segala masalah yang kita hadapi juga telah dialami... telah dirasai... dan telah dialami juga oleh orang lain... dan ini bermakna segala yang kita alami, segala yang kita rasai dan segala masalah yang kita hadapi lebih merupakan sebagai pengulangan yang pernah dialami, dirasai dan dihadapi oleh orang lain... oleh insan lain... oleh manusia lain. Selalunya juga kita dapati ramai di kalangan kita yang mampu dan berjaya menghadapinya dengan penuh tabah serta penuh redha dan rela. Oleh itu... tanya diri... di manakah kedudukan kita?
Selalunya juga sesuatu masalah yang dihadapi oleh kita yang kekadangnya berbeza tahap kesukaran masalah tersebut lebih berpunca kepada penilaian kita terhadap masalah tersebut. Sesuatu masalah yang dihadapi oleh dua insan yang berbeza mungkin menjadikan masalah tersebut berbeza tahap kesukarannya, berbeza berat ringannya, berbeza kecil besarnya... dan itulah kita...
Kekadangnya kita merasakan bahawa masalah yang kita hadapi adalah besar... amat berat dan dahsyat... tetapi selalunya dalam masa yang sama kita terlupa bahawa masih ada orang lain yang turut mengalami serta menghadapi masalah yang lebih besar, lebih berat dan amat dahsyat... berbanding dengan kita.
Oleh itu... bermasalah sangatkah kita...?