Wednesday, April 16, 2008

:: Naik yang tak turun...?


Harga minyak catat rekod baru (16/04/2008)
Harga minyak mentah global mencatatkan rekod tertinggi apabila melonjak melepasi AS$112.55 (RM355.65) setong berbanding AS$112.10 (RM354.23) pada 10 April lalu. Peningkatan sebanyak AS$0.79 (RM2.49) berbanding AS$111.76 (RM353.16) semalam, didorong oleh kejatuhan nilai dolar serta bekalan minyak mentah ke Amerika Syarikat (AS) dan gangguan pembekalan di beberapa kawasan lain. Ketua Penganalisis MIMB Investment Bank, Pong Teng Siew berkata, peningkatan itu disebabkan oleh penurunan nilai dolar yang berterusan. ''Faktor utama kenaikan berikutan perkembangan mata wang AS yang lemah dan mendorong pelabur beralih kepada komoditi seperti minyak dan emas,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beras naik mendadak - Harga melonjak antara 10 hingga 20 peratus sejak Ahad (16/04/2008)
NAIK... Pemantauan oleh FOMCA mendapati kenaikan harga beras berlaku di kawasan-kawasan bandar seluruh negara termasuk di Lembah Klang. Sebagai contoh, harga baru beras Jasmine Super Special Tempatan untuk 5kg naik kepada RM15.90 daripada RM12.90. manakala untuk kampit 10kg naik kepada RM28.80 daripada RM24.80.Untuk beras Saga Basmathi pula, kampit 5kg naik kepada RM26.90 daripada RM24.50, manakala Saga Super Special untuk 5kg naik kepada RM12.90 daripada RM10.90. - PENIAGA Hasnim Amir Rashid menyusun kampit beras di kedainya di Bandar Baru UDA, Johor Bahru, semalam. Harga beras di seluruh negara mencatatkan kenaikan mendadak antara 10 peratus hingga 20 peratus sejak Ahad lalu, dipercayai berpunca daripada peningkatan harga beras global. Tinjauan mendapati beras Super Special 5% Tempatan jenama Jasmine naik antara RM3 hingga RM4 sekampit dengan harga terbaru RM15.90 bagi kampit 5 kilogram berbanding RM12.90 sebelum ini dan RM28.80 bagi kampit 10 kilogram berbanding RM24.80. Pemantauan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendapati ia berlaku di kawasan bandar di seluruh negara termasuk di Lembah Klang. Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd. Yusof Abd. Rahman berkata, peningkatan harga itu perlu dibendung segera supaya tidak membebankan rakyat. “Kita menerima laporan mengenai wujud kenaikan ini yang didakwa peniaga berpunca daripada peningkatan harga di peringkat global,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini