Wednesday, April 16, 2008

:: Alih kuasa... beri kuasa




“Saya dengar…saya bukan pekak,” itulah kenyataan spontan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika diajukan soalan mengenai desakan supaya beliau mengemukakan pelan peralihan kuasa sebagai usaha untuk memulihkan UMNO. Katanya beliau faham dengan pandangan yang diberikan dan mendengar pandangan pihak-pihak tertentu dalam soal peralihan kuasa tetapi beliau mahu proses berkenaan berjalan dengan lancar dan parti berada dalam keadaan baik. “Takkan saya nak serahkan kepada Datuk Seri Najib begitu sahaja. Saya mahu peralihan kuasa itu berjalan dengan baik bukan tinggal begitu saja,” katanya dalam sidang media yang didampingi oleh Timbalannnya, Najib selepas majlis taklimat bersama Ahli Parlimen, ADUN dan Ahli Dewan Negara di PWTC, petang Isnin.
Sidang media itu dihadiri oleh puluhan wartawan dalam dan luar negeri sesak kerana ada cerita-cerita yang disebarkan kononnya Abdullah akan membuat pengumuman mengenai peralihan kuasa semasa taklimat berkenaan. Menurut beliau, ada pandangan yang mahukan peralihan kuasa itu dilakukan segera tetapi tidak kurang juga yang memberikan pandangan perkara itu tidak perlu tergesa-gesa dilaksanakan. Ditanya adakah kenyataan itu bermakna beliau akan tetap mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan akan datang, Abdullah bertanya balik, kenapa beliau tidak boleh bertanding. Sementara itu sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily sebenarnya pelan peralihan kuasa Abdullah kepada Najib sudah set hendak dilaksanakan pada tahun 2010 atau lebih awal daripada tempoh berkenaan. Berita sebelum ini ... Mesej jelas UMNO Johor…peralihan kuasa perlu segera. KLIK PADA TAJUK DIATAS UNTUK LAPORAN LANJUT.-14/4/2008