Saturday, July 24, 2010

:: Standard Profesionalisme Guru - 2011

Standard profesionalisme guru tahun depan

July 23, 2010, Friday

Merangkumi pemilihan calon, latihan praperkhidmatan, penempatan, induksi dan CPD

KUALA LUMPUR: Ke­menterian Pelajaran akan memperkenalkan Standard Profesionalisme Guru ber­mula tahun depan dalam usaha kerajaan meman­tapkan sistem pendidikan dan melengkapkan tenaga perguruan ke arah menjay­akan Model Baru Ekonomi (MBE).

Timbalan Menteri berk­enaan Datuk Dr Wee Ka Siong berkata standard itu merangkumi aspek pemi­lihan calon guru, latihan praperkhidmatan, penempa­tan guru, induksi profesion­alisme dan pembangunan profesionalisme berterusan (CPD).

“Selain itu kurikulum latihan perguruan sedia juga dimantapkan dengan menerapkan aspek inovasi, kreativiti, keusahawanan, daya tahan dan berdaya saing,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Akbar Ali di Dewan Negara, di sini semalam.

Selaras dengan itu ke­menterian menghasilkan ‘Buku Panduan Krea­tiviti: Pembangunan dan Amalan dalam Pengajaran dan Pembelajaran’ dengan memasukkan aktiviti yang menekankan proses kreativi­ti dan inovasi bagi setiap mata pelajaran dalam kurikulum sekolah, kata Wee.

Beliau berkata, kemente­rian juga telah memperk­enalkan program Bina In­san Guru (BIG), iaitu satu program wajib yang perlu diikuti oleh semua pelatih guru di Institut Pendidikan Guru (IPG).

“Kita telah terbitkan satu buku panduan dan seka­rang yang penting ialah ejen pelaksananya adalah sangat penting.

“Sebab itulah kita wu­judkan program BIG, yang dilakukan dalam enam se­mester secara konsisten.

“Saya yakin latihan se­lama lima setengah tahun itu akan dapat membentuk personaliti guru yang baik,” katanya.

Sementara itu, menja­wab soalan Senator Mustafa Kamal Mohd Yusof mengenai jurang perbezaan antara se­kolah luar bandar dan bandar, Wee berkata pihaknya telah menyelaraskan fungsi ba­hagian-bahagian di kemente­rian, jabatan pelajaran negeri dan pejabat pelajaran daerah mengikut bidang tugas yang ditetapkan.

Katanya, sehingga Disem­ber lepas sebanyak 10,281 projek pembangunan pen­didikan di luar bandar telah siap dilaksanakan, manakala daripada segi peruntukan pula sebanyak RM7.319 bilion atau 53 peratus telah dibelanjakan daripada siling sebanyak RM13,723 bilion bagi projek luar bandar.

Wee berkata kementerian juga telah memperluaskan penyediaan kelas prasekolah khususnya di luar bandar dan untuk Orang Asli serta Penan bagi membina kesedi­aan pembelajaran awal pada kalangan kanak-kanak lima tahun ke atas.

Sebanyak 1,982 kelas prase­kolah di luar bandar dengan jumlah kapasiti 49,550 orang murid telah disediakan, ka­tanya.

Selain itu, kementerian juga melaksanakan kuriku­lum Orang Asli dan Penan di enam buah sekolah perintis dan ianya didapati men­unjukkan pencapaian yang memberangsangkan.