:: Encik xxx xxx, mungkin 3 ogos saya ke Kuching hantar anak mengajar di politeknik.. mungkin perlu bantuan anda.
:: Maaf, boleh tau siapa ni? HP bermasalah, tak terkesan pengirimnya.
:: Saya Ridzuan Amin, member form six dulu.
:: InsyaAllah, jika tiada aral melintang. Anak tuan nak melapor diri bertugas sebagai pensyarah di Politeknik Kuching?
:: Begitulah. InsyaAllah. TQ banyak2.
Petang tadi, sekembali dari kerja, terima mesej dari seseorang yang tak terkesan siapa pemgirimnya. Berbalas mesej antara kami. Rupa2nya, sahabat lama ketika di SM Raja Chulan, Ipoh...sekitar tahun 1973-74... bermakna menghampiri tempoh 36 tahun tak pernah bersua muka. InsyaAllah, jika tiada aral melintang antara kami berdua...dapatlah bersua muka dan bersembang panjang nanti.
KAU BUNUH CINTA
4 years ago