Sunday, July 18, 2010

:: Jemputan di hujung minggu

Semalam.. hari Sabtu.. dijemput oleh Ustazah Sa'anah Edi.. pensyarah di Jabatan Pengajian Islam-Moral ke rumahnya di Desa Ilmu.. urusan majlis tahlil bondanya dan majlis akad nikah kaum keluarganya. Alhamdulillah, majlis selamat disempurnakan.

Kelihatan beberapa orang pensyarah.. En. Halik Wang, En. Mohd Nasir, En. Mohad Iskandar Shah, Tn. Hj. Khambali Rukini dan isteri, Puan Salmi Lilek dan Ustazah Noraini Omar turut hadir di samping bilangan yang agak ramai dari kalangan pelajar institut. Mungkin lebih ramai pensyarah, staff dan pelajar turut serta selepas itu.

Pagi ini (Ahad), sebentar tadi baru menghadiri majlis aqiqah di rumah En. Azrian Ali.. pegawai pengurusan pelajar di Unit Peperiksaan bertempat di Taman Merdang. Tumbang seekor lembu yang dibawa dari Serian, kata tuan rumah ketika bersembang santai dengannya pada hari Jumaat lepas. Setiba di majlis itu, acara berzikir (marhaban) sedang berlangsung.. jemputan khas dari Kpg Pinang, Samarahan.. kampung asal tuan rumah sebelum berpindah ke Taman Merdang. Turut kelihatan beberapa orang pensyarah .. En. Halik Wang, En. Mohd Nasir, En. Mohd Iskandar Shah dan Tn. Hj. Khambali Rukini serta isteri... dan En. Kasdi dan Pn. Aton.. staf kami. Mungkin lebih ramai pensyarah dan staff akan turut serta selepas itu atau masing2 punya komitmen lain yang perlu disempurnakan. Wallahu'alam.

Bergerak awal meninggalkan majlis untuk berjumpa anak bongsu di asramanya. Hujung minggu lepas, tidak berkesempatan sebab anak bongsu berada di Telaga Air atas urusan kem motivasi anjuran sekolahnya.

Terima kasih kepada kedua2 tuan rumah yang menjemput ke majlis tersebut.. Alhamdulillah.