:: sebelum itu, awal tahun ini.. bersama seorang kenalan.. berjanji untuk bertemu setelah selesai suatu tugas di IAB.. kami merayau di pasar malam (Setapak ?).. berjumpa penjual cincin.. kenalan tersebut turut mencuba memakai cincin yang dipamer.. tak berkenan di hatinya barangkali.. tak jadi membeli.. sebaliknya berkenan pada sehelai jeket kulit untuk digayakan bersama motor besarnya barangkali.. namun tak jadi membelinya pada malam itu (dinihari).. apa2pun kami pekena mee kari dan nescafe sebagai pelanggan terakhir bagi penjual kedai makan tersebut.
:: keesokan harinya.. di depan sebuah hotel yang baru dibuka di Jalan Masjid India.. kami berbual santai.. maka bermulalah era baru bagi kenalan saya itu.. hal2 di sana dan di sini.. hal2 di balik sana..dan kelihatannya kenalan tersebut semakin meminati akan hal2 tersebut..dan semakin mendalaminya..dan kenalan tersebut sering diperingatkan agar tidak tersasar.
mengapa memakai cincin?
for everyone |
Bila berbicara dengan guru, ada saja soalan2 baru yang menduga akal..antara soalannya adalah..mengapa memakai cincin? Soalan2 sebegini sering ditanya guru kerana mengikut apa yang sering diajarnya, setiap benda yang dibuat perlu ada matlamat atau difahami matlamatnya..sebagai contoh, jika berpuasa..mengapa berpuasa..adakah kerana menyahut seruanNya untuk menjadi orang bertaqwa atau untuk menjaga poket atau untuk menguruskan badan?
Biasanya apa yang kita niat, itulah yang kita dapat..kalau kita niat untuk menjaga poket..maka terjagalah poket kita..kalau kita niat untuk menguruskan badan..maka kuruslah badan kita..tetapi taqwanya tidak kita perolehi..ini jelas dalam ayat Quran yang berbunyi..’ada di antara mereka yang meminta kebaikan di dunia, maka untuk mereka kebaikan di dunia, (tiada bahagian di akhirat)..dan ada pula yang meminta kebaikan di dunia dan akhirat, maka untuk mereka kebaikan di dunia dan di akhirat’..
Tetapi sebaliknya, jika kita niatkan untuk akhirat..semuanya kita dapat..kita mendapat taqwa..poket terjaga..badan kurus dll..ini dapat dilihat dalam hadis yang melibatkan nikah-kahwin..di mana jika isteri dicari kerana kecantikannya, cantiklah yang diperolehi..jika kerana keturunan, keturunanlah yang dapat..jika kerana harta, hartalah imbuhannya..tapi jika dipilih kerana ugamanya, semuanya diperolehi..paras rupanya, keturunannya, hartanya dsb..
Jadi, berbalik kepada topik asal..mengapa memakai cincin? Adakah sebagai perhiasan semata..atau kerana dihadiahi oleh seseorang (isteri dsb)..atau cuba menunjukkan kekayaan dengan memakai cincin yang mahal harganya..atau kerana cincin itu mempunyai kuasa pemanis, penarik rezeki, penunduk, kebal (kononnyalah) dsb..atau menunjukkan kerjaya diri sebagai bomoh (dengan memakai cincin penuh tangan dan batu yang besar2) dsb atau kerana kita ‘gila batu’? Menyebut bab gila batu, teringat aku akan pesan seorang sahabat tentang jalan ketuhanan yang berbunyi ‘janganlah engkau menyekutukan Aku walau dengan seketul batu’..
Soalan di atas tu aku yang tanya..soalan guru hanya ‘mengapa memakai cincin’ sahaja..tapi setelah masing2 kelihatan termenung berpikir..mencari apa sebenarnya tujuan soalan itu ditujukan..dan cuba memahami apa sebenarnya yang ingin disampaikan..guru memberi jawapan..memakai cincin tujuannya untuk keberkatan..itu sahaja jawapannya..ringkas macam biasa..
Termenung juga aku memikirkan kaitan antara pemakaian cincin dengan keberkatan..mungkin keberkatan itu datangnya dari niat kita yang mengikut sunnah nabi..agaknya..atau memakai cincin sememangnya punya keberkatan..aku merenung kembali kisah2 yang pernah aku dengar berkaitan dengan cincin..antaranya nabi (Muhammad SAW) ada memakai cincin..malahan ada nabi yang terkenal dengan cincinnya yakni nabi Sulaiman..nabi Daud juga memakai cincin..malahan bentuk permata cincin nabi Daud yang berkelopak lapan tersebut sering dijadikan wafak sebagai penjauh musibah. Selain nabi, ahli syurga juga dipakaikan dengan cincin..yakni di kesemua jari jemarinya..tapi itu ahli syurga..manusia biasa tak bolehlah memakai sedemikian..kita kat dunia, bukan kat syurga..dunia ada hukum2 dan syariat2 nya..mungkin pemakaian cincin pada mereka yang disebutkan di atas itu melambangkan memakai cincin suatu perbuatan yang baik..
Akan tetapi jika disebut bab cincin..bukan nabi sahaja bercincin..iblis juga bercincin..selain itu, kaum2 yang dilaknat Allah juga terkenal dengan kaedah pemakaian cincin mereka seperti kaum yahudi dan kaum luth..
Jadi terpulanglah pada kita untuk menentukan tujuan kita berbuat demikian..dan terpulang pada kita untuk memakai cincin dengan menurut sunnah nabi, ‘sunnah’ iblis, ‘sunnah’ yahudi atau ‘sunnah’ kaum luth..kita kan ada akal..jadi pikirlah sendiri..