Dalam menentukan calon pilihanraya kecil Bagan Pinang... banyak pihak di kalangan pucuk pimpinan UMNO tak senang duduk... masing2 punya calon sendiri... ada yang mau TS Isa... ada yang tak mau TS Isa... ada yang punya calon2 lain... masing2 punya sebab tersendiri dalam membuat pilihan dan percaturan itu... barangkali le...
Apa2pun ramai yang tak mau TS Isa bertanding di situ... walaupun beliau orang kuat di situ... kononnya bimbangkan kisah ci utara berulang semula... sebab latar belakang calon tidak dikaji sedalam mungkin... menjadikan ayam tambatan kalah dan kecundang... dan mereka tak mau kisah lama itu berulang sekali lagi... nanti jadi menyesal tak sudah... kononnya begitu le...
Banyak pihak menganggap TS Isa telah tercemar dengan rasuah ketika pemilihan UMNO dahulu... dan mereka mau calon yang "bersih". Tun M pun menolaknya. Lawatan ke N9 telahpun dibuat... dan mesej disampaikan kepada boss N9... konon2nya begitulah ceritanya... dan media massa telahpun menghebahkannya... namun masih ada pihak yang mau TS Isa bertanding di situ...
Kelihatannya begitu bersungguh2 UMNO mahu membanteras rasuah. Kesalahan politik wang dalam UMNO dianggap rasuah yang besar. Tiada ampun maaf lagi... dan jika benarlah bahawa rasuah lain yang melibatkan banyak pihak lain dan mungkin melibatkan jumlah RM yang banyak... wajarkah kes2 berkenaan tidak dibicara dan diambil tindakan yang sepatutnya? Mungkin belum tiba masanya untuk dibicarakan?
Kalau benarlah banyak pihak tidak mahukan TS Isa Samad bertanding, berterus teranglah bahawa beliau orang lama yang sudah tua dan tak sesuai lagi. Cakap saja UMNO mahu muka baru, yang masih muda dan bertenaga serta punya peluang cerah untuk menang. Banyak pihak sedang menunggu tarikh penamaan calon. Sesiapa sahaja punya peluang. Ada rezeki dapatlah. Untung sabut timbul. Mungkinkah ada juga puak yang cuak jika namanya disenaraikan dan terpilih kemudiannya untuk mewakili UMNO? Dibimbangi termasuk kumpulan lain yang kalah walaupun punya latar belakang yang hebat... kecuali calon BN di Batang Ai.
Continue reading CALON PILIHANRAYA.