BERITA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan pemberian cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri.
Beliau berkata pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran.
Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya, katanya dalam kenyataan media.
Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal.
BERNAMA