Tuesday, September 15, 2009

:: Putu kacang: Sedap woo...


Putu Kacang 5.50
Sumber: Majalah Saji Mei 1998
Hits: 945 Rating: 5.50 Review: 0
Bahan-Bahan:
1 kg kacang hijau - dibuang kulitnya
1 kg gula pasir
1 gelas air suam
Cara:
Goreng kacang hijau hingga kekuningan. Ambil sebahagian daripada segelas air suam tadi, renjiskan ke atas kacang sedikit demi sedikit hingga rata. Perapkan kacang hingga kering semula. Selepas satu jam, renjiskan lagi lebihan air suam tadi (1/2 gelas) ke atas kacang sedikit demi sedikit. Perapkan lagi selama satu jam. Kisarkan kacang hingga halus dan ayak hingga habis. Kisar pula gula pasir hingga halus dan ayak. Campurkan kedua-dua bahan tadi hingga sebati. Ambil segenggam adunan, genggam kuat-kuat dan masukkan ke dalam acuan kayu yang sudah ditaburi sedikit gula halus. Tekan adunan padat-padat dalam acuan. (Jika suka boleh ketuk dengan tukul besi pada adunan hingga padat.) Bersihkan reja-reja kuih yang terdapat pada acuan dengan pisau. Ketuk perlahan-lahan belakang acuan hingga kuih terkeluar daripada acuan. Letakkan kuih secara berhati-hati di dalam dulang atau loyang. Jemurkan dibawah terik mentari selama satu jam sebelum dihidangkan.


..................................................................................................



Catatan:

Bukan apapun... bila dekat nak raya ni, mengimbas kembali ketika allahyarhamah bonda masih ada... putu kacang ni akan diusahakan agar dapat dibawa balik ke Bumi Kenyalang. Sedap tak terkata... bagi yang menggemarinya le. Biasanya allahyarhamah akan menempah melalui anak allahyarham mantan Tok Siak masjid Sg. Batu... hmmm... dah lupa namanya... kalau tak silap beliau agak rapat dengan adik beradik PakNgah dan bertugas di TLDM Lumut ketika itu.

Ketika tempahan dibuat... biasanya akan dimaklumkan agar putu kacang tu jangan terlalu manis... "manis2 buah" sudah memadai... dan putu kacang ni amat digemari oleh PakNgah dan MakNgah... tapi anak2 PakNgah "tak jeling"pun... sebab tak minat...

Kebetulan... petang tadi... boss memesan putu kacang ni melalui Ketua Jabatan Pengajian Melayu yang akan balik beraya di kampung halaman suaminya di Negeri Sembilan.

Di Bumi Kenyalang ni pun ada juga dijual putu kacang tu... tapi agak keras, terlalu rangup dan terlalu manis... dan kesemua ini agak kurang memenuhi citarasa PakNgah.

Al-Fatihah kepada semua muslimin dan muslimat yang telah mendahului kita... terutama kepada allahyarhamah bonda, allahyarham ayahnda dan allahyarham ayahnda mertua. Kami akan ke sana juga... cuma masa akan menentukannya.