Saturday, September 26, 2009

:: Tiada rezeki pagi tadi

Masih dalam mood berhari raya... cuma hari ni baru terasa sedikit segar... terasa hilang sakit demam... dan seawal pagi tadi menjengah mak mertua di Petra Jaya... yang kurang sihat... dan mengurut kaki dan tangannya sebagaimana yang dijanjikan petang semalam. Alhamdulillah... dia mampu bertahan apabila diurut pada point2 tertentu... yang calang2 orang pastinya "terangkat bontot" dalam menahan kesakitan. Teringat kembali akan kisah PakNdak, PakTeh dan PakTam yang diurut ketika bersembang santai setelah "siap selerah" kenduri kahwin Azizul Rahim... anak MakLong di Nenering sebelum ini. "Siapa kena... siapa tau"... mungkin sesuai bagi mereka ketika diurut... bukan ditekan sangat pun... sekadar diletak jari ke tempat2 tertentu... kesian kat PakNdak..."sakit wooo..." ucapnya berulangkali...

Dapatlah sejam... kaki dan tangan mak mertua diurut... dan PakNgah berjanji akan ke sana lagi pagi esok untuk tujuan yang sama... jika sihat dan tak sakit demam serta tiada aral melintang. Mudah2an diperkenankanNYA.

Wardati baru tiba dari Miri bersama suaminya... memandu kira2 12 jam... tiba kira2 jam 11.30 malam tadi. Kelihatan mereka masih mengantuk dan keletihan masih terpapar pada riak dan wajah mereka berdua. Zahri bekerja hari ni. PakNgah dan MakNgah memohon mengundur diri sekitar jam 10.00 pagi... lajak ke Pasar Satok mencari sedikit barang keperluan. Singgah di Bukhari Cafe nak pekena roti canai... sayang... tiada rezeki... dah habis seawal jam 09.00 pagi ujar tuan empunya cafe... sekadar pekena air saja sebab kalau pekena nasi beriani... terlalu awal rasanya...

Petang... dapat mesej daripada adik bongsu yang memaklumkan bahawa dia sekeluarga singgah di rumah PakLang di Putrajaya... dalam perjalanan nak ke Melaka... rumah mertuanya. PakTeh turut memaklumkan bahawa PakNdak mengadakan rumah terbuka petang tadi... di rumahnya di Sg. Batu...

Paling menarik..."bangchik bertanya pasai apa dia suka mengadap komputer sehingga pukul 3 - 4 pagi..." tanya PakTeh bagi pihak PakLang (bangchik)...barangkali le. Jangan2 macam PakTeh jugak kot... dan PakTeh tau sebab musababnya... sebab PakTeh pun macam tu jugak sebelum ini... kahkahkah... kata hati PakNgah.