Baru2 ni seorang cikgu (adik bungsu) kemalangan bersama2 dua anaknya di Tg. Malim, Perak. Konon diberitakan bahawa jalan raya licin ditumpahi minyak dan kemalangan dialami oleh pihak lain sebelum itu di tempat yang sama. Dapatlah hadiah di bahu dan di lengan yang bakal meninggalkan parut yang besar nanti. Namun, Alhamdulillah, sekarang ni cikgu tu dah mampu ke library UPSI berkaitan tugasan dan pengajiannya... dan anak2nya tidak mengalami kecederaan yang teruk. Mujur guna motosikal kecil katanya... kalau guna motosikal besar... hmmmm... tak dapat dibayangkan... apa2pun terselit pengalaman dan pengajaran ekoran kejadian itu.
Teringat kisah Alang yang kini di Miri... beria2 sangat minta dibelikan motosikal bagi kegunaannya pada suatu ketika sebelum ini... untuk urusan dari Jalan Bakam ke bandar Miri... mengikut keperluan. Beria2 sungguh dia memohon... disokong oleh mamanya... tapi tak kesampaian bagi Alang untuk memilikinya... atas keberatan bagi ayahnya untuk membeli.
Motosikal tu punya tayar dua jee... mudah terbalik... sedangkan kereta yang bertayar empat pun selalu terbungkang... begitulah kata ayahnya ketika itu... kalau kita tak terbalik sendiri... orang lain atau kenderaan lain bakal menjadikan kita terbalik... itu pun belum mengambil kira keadaan permukaan jalan raya yang licin dan basah disirami air hujan... berpanas... berhujan... dan kekadang kita agak mudah tercabar apabila dicabar oleh pengguna lain di jalan raya... maka berdesuplah kelajuannya walaupun kapasiti motosikal kita tu tak semampu mana pun... dan kekadangnya helmet tak dipakai walau pun dibawa bersama... tak haru ke tuuu... dan itulah antara kata2 ayahnya kepada Alang... dan sebagai anak yang sedikit mendengar kata... dipendamkanlah niat nak memiliki motorsikal tu.
Apa2pun kereta kancil mamanyalah yang jadi mangsa... dibenarkan untuk digunakan di Miri. Setahun kancil tu digunakannya. Memandangkan perjalanan yang memakan bukan sedikit masa... belasan jam untuk perjalanan Kuching-Miri tu... maka di awal tahun ni dibenarkan Alang menggunakan saga... memudahkan sedikit untuk perjalanan yang jauh itu... tambahan pula adiknya... Ahmad berada di Bintangor dapat menumpang pergi-balik ketika bercuti perayaan dan cuti panjang.
Baru2 ni... Ahmad dah menyuarakan untuk menggunakan kancil mamanya mulai semester depan... tambahan pulak Angah yang dah bekerja berhasrat memiliki kereta sendiri... dan begitulah ragam anak2 yang semakin membesar...