Saturday, February 16, 2008

:: Yakinlah


Selagi bernafas... kita masih punya peluang dan kesempatan untuk berjaya... untuk memperolehi kejayaan. Yakinlah tentang itu. Kita masih punya peluang.

Pastinya tidak ada kegagalan dan tidak ada kekalahan... bagi kita yang mengenal diri kita... bagi kita yang tahu bahawa di dalam diri akan adanya kekuatan yang sekurang2nya cukup untuk melepasi halangan... kesulitan... kekecewaan... kejatuhan dll yang mungkin mendahului tercapainya kemenangan terbesar.

Biasanya kita mudah menyerah kalah... mudah untuk berputus asa... melihat jalan di hadapan seolah2 tersekat... walaupun sebenarnya kita mempunyai kekuatan... memiliki segala2nya. Betulkah begitu?

Kita yang mudah menyerah kalah... pastinya sukar bergerak... sukar memenangi pertandingan... payah bersaing walaupun punya kelebihan diri. Jika kekalahan menyebelahi kita... bererti kita kecundang... kita tidak berjaya... tetapi wajarkah kita meratapi nasib dan sentiasa bersedih?

Bukanlah kekalahan... kejatuhan... dan kegagalan mencapai hasrat dan cita2... menjadikan kita sentiasa mengeluh... menolak qadha dan qadar... mengurung diri di dalam kesedihan... dan melihat diri seolah tidak punya masa depan. Bencana sebenar bagi kita bukanlah akibat kegagalan dan ketidakberhasilan memenuhi hasrat... cita2 dan impian... tetapi lebih kepada kegagalan kita untuk bangun setelah jatuh atau apabila kecundang...