Seni berbicara berperanan penting... dalam kemampuan kita untuk berkomunikasi secara berkesan. Kemampuan kita untuk mempengaruhi orang lain... bergantung pada kemampuan bercakap dan menyatakan sesuatu secara benar... yang biasanya adalah disesuaikan mengikut masa dan keadaan.
Sewajarnya... di kalangan kita... berusahalah untuk menjadi pendengar yang baik. Mengucapkan sesuatu sememangnya lebih mudah... berbanding dari melakukannya... tetapi berusahalah untuk melakukannya.
Kekadangnya... cara kita berfikir... cara kita menyoal... cara kita berhujah... cara kita memberikan pandangan terhadap sesuatu perkara... lebih berkaitan dengan... masa... suasana... keadaan... usia... pengalaman... ilmu yang kita miliki dll... yang mungkin pula berbeza antara kita.
Namun... apabila kita tidak mempunyai budi bahasa... akan dikatakan kita ini sebagai tidak beradat... dan tidak beradat ini pula mungkin mempunyai maksud dan makna... biadab. Dan selalunya kita akan sedikit melenting... jika kita dikatakan biadab... sebab istilah itu agak kasar bunyinya...
Entri kali ini... mungkin lebih berfokus kepada adat kebiasaan kita sebagai orang timur... sebagai orang yang memiliki norma2 ketimuran... tambahan pula jika kita adalah dalam golongan anak remaja... para bakal guru yang masih muda dalam pengalaman... walaupun akan ada yang akan menyatakan bahawa ini adalah hak kami... biar kami luahkan isi hati kami... yang kami pendamkan selama ini... yang terbuku selama ini. Begitukah sikap kita sebagai anak remaja? Begitukah sikap kita sebagai bakal guru? Begitukah sikap kita sebagai orang berilmu?
Kekadangnya kita terlupa akan diri kita... siapa kita... dengan siapa kita bercakap... dan lain2... yang akhirnya jika kita fikirkan kembali... kita akan tersedar... bahawa siapalah aku... untuk memperkatakan sesuatu itu... tambahan pula jika membabitkan soal budi bahasa... adab berguru... menghormati orang lebih dewasa dll... yang mungkin berkaitan. Begitukah kita?
Apakah kita patut berdisiplin... kerana adanya peraturan2 ciptaan kita? Jika ini yang kita akui... nampaknya kita hanya akan berdisiplin kerana adanya peraturan2... bukannya kita berdiplin kerana kita mengakui bahawa berdisiplin itu perlu kita terapkan pada diri kita. Kita bagaimana?
Wajarkah kita mempunyai fahaman dan pendirian... bahawa kita hanya akan berbuat sesuatu yang baik... apabila orang lain berbuat baik sebagaimana yang diharapkan? Jika ini yang kita akui... nampaknya kita hanya akan berbuat baik... apabila orang lain berbuat baik. Bukankan pelik bunyinya tuu!!!