Thursday, February 21, 2008

:: Mengundang penyakit



Kita selalu menghantar kereta ke bengkel... untuk dilakukan pemeriksaan secara berkala. Kita selalu melihat jalanraya diturap semula... apabila berlubang dan berlopak. Bumbung rumah akan diganti... jika berlaku kebocoran. Kasut yang dilanyak sakan... mungkin perlu diganti tapak baru. Bateri kereta perlu diperiksa... jika tidak... mungkin kering kontang paras airnya... tau2 jenuh nak menghidupkan enjin... tak hidup2... akhirnya perlu ditolak atau perlu ditunda ke bengkel. Kesemua ini memerlukan pemeriksaan awal oleh kita. Begitulah selalunya.

Kekadangnya kita terlupa untuk melihat diri... menjaga kesihatan diri. Kita terbiasa mengambil jalan mudah. Pening dan sakit kepala... kita selesaikan dengan panadol... sedangkan ketumbuhan atau barah yang bersarang di sana. Batuk yang kerap... kita selesaikan dengan syrup batuk... pelbagai jenama dan saiz botol dijual di farmasi atau dari klinik... sedangkan kita telah diserang athma. Sesak ketika bernafas... kita katakan semput... banyak angin... dipermudahkan dengan minuman bercampur halia... sedangkan jantung puncanya. Kita kurangkan meminum air... dibimbangi akan sentiasa ke bilik kecil... rupa2nya mengundang masalah buah pinggang dan batu karang.
Kegemaran makan disertai dengan ikan masin... dan telur asin... memang menyelerakan... malah jika tidak dikawal... bakal makan bertambah nasinya... tambahan pula jika ada kari kepala ikan berkuah pekat dan cukup lemak santannya... wow... tau2 dah kena darah tinggi dan beroleh tahap kolesterol yang tinggi. Ini belum diambil kira bagi yang menggemari makanan laut... sotong... udang... ketam dan kaum keluarga serta suku sakatnya...

Minuman jika cukup manisnya... siap hingga berteko2 dalam sehari semalam... emmm... tak lamalah jawabnya... kencing manispun datang tanpa dipelawa... tambah2nya jika susur galur kita punya sejarah bab "manis2" ini...
Makanan kita jarang berserat... sayur mayur dan ulaman jarang disentuh. Bersenam jarang2 sekali. Makan minum lebih mengikut selera... dan lebih menariknya kita jarang membuat pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh... dan mungkin ada di kalangan kita yang tidak pernah melakukannya... hatta jenis darah sendiri pun tidak diketahui.... dan itulah kita...