Wednesday, February 06, 2008

:: Boyot... londoi



Kebanyakannya berpunca dari pemakanan... keturunan dan gaya hidup kita. Tapi PakNgah lebih menggemari istilah... "londoi".

Secara kebetulan... dalam suatu penerbangan dari KLIA ke Kuching... ada sorang penumpang lelaki... masih muda belia... berbisik sesuatu kepada pramugari sebelum duduk... satu baris di hadapan kerusi PakNgah... sebelah kanan... lorong tengah. PakNgah ingatkan mungkin "beliau" ini minta minuman lebih awal kerana kehausan. Rupa2nya... minta tambahan tali pinggang keselamatan... sebab tali pinggang sediaada tak mencukupi... tak cukup untuk menampung "kelondoian" perutnya itu... dan kesian... sedikit sukar baginya untuk menempati ruang duduk tersebut... terutama apabila jamuan dihidangkan.