Sejarah adalah selain asal usul... salasilah... atau peristiwa yang benar2 berlaku pada waktu lampau... kisah... riwayat dll. Itulah tafsirannya.
Sejarah dan pengalaman... mampu memperlihatkan kepada kita... bahawa kemanusiaan akan dipikul... tanpa mengira tahapnya menaik atau menurun. Ini berkaitan pula bahawa sebagai makhluk ciptaanNYA... dan adalah di dalam perancanganNYA... agar kita bertanggungjawab terhadap diri dan manusia lain secara umumnya. Begitulah kita.
Kita saling bergantungan... dan itulah sebabnya kita bukanlah suatu pusat kecerdasan yang berkecuali... yang tidak bergantungan dengan yang lain.
Dengan melihat kepada gelagat kita... dan gelagat manusia lain... sewajarnya kita merenung diri. Merenung fikir akan peranan kita dan tanggungjawab kita. Merenungkan penyatuan segala makhluk... mungkin akan meningkatkan kemanusiaan... menjadikan terbukanya hati... dan meletakkan kemanusiaan... keinsanan di tempat yang sewajarnya.
Persoalannya... apakah dengan melakukan sesuatu yang terbaik kepada diri... dan kita lakukan sebegitu juga kepada manusia lain... kepada insan lain... kita akan menemui suatu kebahagiaan yang tak terucap...?