Sunday, February 03, 2008

:: NGO



Bila dibaca dan diteliti... banyak isu yang perlu kita renungi... banyak fakta yang boleh dihurai lanjut.

Selalunya kita mulai bercakap hal2 bersara dan persaraan sebelum tempoh persaraan. Kita selalunya memilih samaada usia 55 atau 56 untuk tujuan tersebut... tapi tak termasuk yang bekerja sendiri atau yang punya perniagaan sendiri... dan setakat ini itulah antara usia persaraan pilihan atau persaraan wajib.

Bersara dari sebarang jawatan atau tugas... tidak sama dengan bersara dari hidup dan kehidupan. Berbeza tu.

Antara istilah dan ayat yang sering digunapakai berkaitan bersara dan persaraan ini ialah:

1. "Aku terlibat dengan NGO selepas bersara"... (NGO = Nadai diGuna Orang...). Mungkin rakan2 kita dari Sarawak boleh membantu... jika ada yang sukar memahaminya nanti...

2. "Ingatlah... bahawasanya pencen itu adalah benar... tidak ada yang tidak benar... melainkan benar belaka... terimalah hakikat... bersedialah kamu...". Sebutan itu menyamai rentak nada sebagaimana ketika TALKIN dibacakan...

3. "Saya dah dapat pingat PSM... setahun lebih dah diterima...". Rupa2nya PSM tu ialah Pencen Sampai Mati...

4. "Aku minum separuh cawan air milo... makan nasi cuma separuh pinggan... dll lagi yang semuanya separuh...". Rupa2nya dia dah bersara... terima gaji separuh... menjadikan budget pun perlu dicatu menjadi separuh kesemuanya...