Monday, February 04, 2008

:: Jati diri



Kini banyak pihak sering bercakap soal jati diri. Penegasan lebih ditumpukan kepada kaum remaja... berbanding kaum remaja dewasa dan tua.

Sebagai individu... wajarkah kita terus menerus berubah dalam melakukan penyesuaian diri dengan keadaan persekitaran yang sering melanda dan menyesakkan nafas?
Patutkah kita melakukan apa sahaja... yang mungkin dianggap baik asalkan tidak melanggar tuntutan beragama dan undang2 dunia ciptaan manusia?
Sesetengah pihak mencadangkan agar ... kita mesti tahu apa yang kita kehendaki... kita gunakan pancaindera secekap mungkin dengan penuh berkesan... dan kita berusaha menganjalkan diri... untuk sentiasa berubah dan mengubah... hingga akhirnya hajat dan hasrat tercapai.
Benarkah begitu?