Saturday, February 02, 2008

:: Gunakan kebijaksanaan kita


Sudah menjadi amalan biasa... setiap organisasi menyediakan ruang yang secukupnya agar setiap anggotanya berkomunikasi. Setiap orang boleh berkomunikasi... dibenarkan... malah digalakkan. Cumanya mungkin ada yang jenis pendiam... walaupun ada ruang untuk berkomunikasi... tapi peluang itu tidak digunakan dengan sebaiknya.

Sewajarnya setiap anggota organisasi berupaya "meluahkan" rasa hatinya... melalui saluran yang dibenarkan. Mesyuarat jabatan... mesyuarat jawatankuasa... mesyuarat jawatankuasa kecil dll adalah ruang yang sangat sesuai dan selesa untuk anggota organisasi menggunakannya dengan sebaik mungkin... cumanya cara... pendekatan... dan lenggok bahasa sebaiknya dimanfaatkan secara bijak... digunakan mengikut kesesuaian keadaan, suasana, persekitaran, keanggotaan ketika itu dll yang mungkin boleh dipertimbangkan sebelum... dan semasa kita "luahkan" rasa hati kita itu.

Kekurangan kita ialah ketidakmampuan kita untuk mengawal perasaan ketika kita "meluahkan" rasa hati kita itu. Luahan telah bercampurbaur... malah kekadangnya disebatikan antara perasaan dan fikiran... bercampur aduk jadinya... menjadikan luahan kita itu menjadi kurang penegasannya serta fokusnya.

Ketidakmampuan kita untuk menyusunatur buah butir bicara serta sikap kita yang kurang bersedia untuk berterus terang mengikut keadaan... dan kurang upayanya kita menyampaikannya secara bijaksana...telah menjadikan kita sebagai anggota oraganisasi yang gagal mengupayakan diri sebagai seorang anggota organisasi yang berwibawa dan berketerampilan.