Kebanyakan tempat... kaunter... dan organisasi menyediakan peti cadangan... yang bertujuan menyediakan suatu laluan bagi anggotanya atau orang awam atau sesiapa sahaja untuk memberikan cadangan... termasuk cadangan penambahbaikan.
Peti cadangan ini biasanya diletakkan pada suatu tempat yang dianggap strategik... tetapi nampaknya peti cadangan ini terbiar kosong malah kekadangnya dimasukkan "sampah sarap"... kurang dimanfaatkan... dan biasanya kertas yang dimasukkan ke dalam peti tersebut lebih bercorak komen dan ketidakpuasan hati... dan amat kurang memberikan cadangan penambahbaikan.
Peti cadangan ini mungkin berperanan besar dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi orang yang punya keterbatasan komunikasi dengan mana2 pihak yang berkaitan... tetapi kesemua ini lebih bergantung kepada kekerapan dan kesediaan kita untuk melihat bahawa peti cadangan ini sewajarnya bertujuan mengoptimum dan memaksimumkan kualiti bagi sesuatu organisasi.