Sunday, February 17, 2008

:: Bacalah


Membudayakan tabiat suka membaca
SAYA selalu menyebutkan bahawa berdasarkan nilai, industri buku negara lebih kecil daripada industri ayam pedaging (broiler chicken). Hari ini nilai industri buku negara dikatakan RM1.5 bilion setahun tetapi angka itu banyak dipertikaikan oleh mereka yang terbabit dalam industri sendiri. Apa yang kita tahu industri ayam pedaging melebihi RM2 bilion di negara ini. Tambahan pula industri buku di negara ini banyak tertumpu pada buku yang berkaitan dengan sekolah. Hanya 30 peratus jumlah penerbitan buku di negara ini buku bacaan umum. [+]
Kita tanya diri kita sendiri... apa yang kita lakukan ketika sedang menunggu rakan untuk suatu temujanji... menunggu isteri atau suami yang sedang membeli belah... menunggu anak pulang dari sekolah ketika berada di dalam kereta... menunggu penerbangan di lapangan terbang... menunggu boss untuk mempengerusikan mesyuarat... menunggu mata terlelap sambil baring2... dan lain2 suasana yang memungkinkan kita meluangkan sedikit masa untuk membaca... walaupun mungkin akan ada di kalangan kita yang "berwirid" di dalam hati... ketika itu...