Kita adalah diri kita. Penampilan luaran kita dilihat orang... dan orang akan menilai kita... tanpa mengira akan ketepatan penilaian yang dibuat... namun orang akan berterusan menilai kita... menilai akan diri kita... dan biasanya penilaian yang dibuat menepati sasarannya... walaupun kekadangnya sedikit tersasar.
Belon di atas sekadar contoh dan analogi mudah... punya biji mata dan mulut... dan yang membezakan cumanya keadaan bentuk mulut... melengkung ke bawah dan melengkung ke atas... yang boleh ditafsir sebagai sedih dan gembira...
Selalunya kita yang mengawal emosi diri... kita yang menjadikan diri kita sentiasa bergembira dan kita juga yang menjadikan diri kita sentiasa bersedih... dan oleh kerana pilihan ada di tangan kita... maka sepatutnya kita membuat pilihan yang terbaik untuk diri kita...