PakLang datang ke Kuching pada 12 - 16hb... dihantarnya mesej. Flightnya 8.50 mlm dari KLIA. Cadang nak berjumpanya... tapi mungkin paling awal dia tiba adalah jam 10.30 mlm... sedangkan PakNgah perlu ke Putrajaya se awal jam 6 pagi esoknya. Niat yang dihantar melalui mesej untuk berjumpa dengannya... dibatalkan... dibimbangi terlewat nanti.
Rancang nak jumpa pada 14hb sebelah malamnya pula... pun tak dapat dilaksanakan... apabila flight balik dari KLIA hanya ada... pada 14hb... jam 8.50 malam. Janji nak berjumpa pada 14hb diubah kepada 15hb pulak. Keesokannya pula... ada dua mesyuarat... iaitu MPPP dan Majlis Kualiti... walaupun hanya sempat menghabiskan MPPP sehari suntuk... menjadikan mesyuarat Majlis Kualiti ditangguh kepada minggu hadapan. Petang keletihan. Selepas solat maghrib... terbungkang keletihan. Tersedar... hanya apabila jam dahpun 8.50 malam. Beri mesej nak jumpa dengan PakLang. Dalam perjalanan bersama MakNgah... dari Samarahan ke Merdeka Palace Hotel... singgah di Tabuan Jaya... jemput Angah dan Anjang... untuk berjumpa pak sedara mereka nanti.
Rupanya PakLang punya citarasa yang sama seperti Anjang... anak sedaranya... baju T merah "menerang". Kami berlima sekadar ke Asam Paya Cafe... sebab dah kelewatan... dah menghampiri jam 10.15 malam. PakLang sekadar memesan kopi kegemarannya... sebab dah pekena barbeque katanya lagi... manakala kami berempat hanya pekena mi dan kuetiaw je. Dapatlah bersembang ala-kadar... dan terkeluarlah dari mulut PakLang... yang dah seminggu MakLang memiliki Naza Suria rona hijau... dan Toyota Vios bakal menyusul... miliknya. Sekitar jam 11... bertolak balik untuk menghantar PakLang ke hotel penginapannya... sebab penerbangan baliknya ke KLIA adalah awal pagi... nak siap2 beg katanya lagi.
Balik terus ke Samarahan... setelah meninggalkan Angah dan Anjang di Tabuan Jaya. Setelah menghantar MakNgah... keluar semula membuat rondaan bersama Encik Iskandar dari gate utama IPTAR ke kawasan asrama... sekitar jam 12 malam...