Komunikasi akan melibatkan sekurang2nya dua pihak... walaupun kedapatan juga orang bercakap sorang2. Berkomunikasi ini perlu... walaupun mungkin akan ada juga orang yang tak gemar bercakap... tapi dalam masa yang sama suka mendengar bualan orang lain. Seseorang yang suka bercakap... akan berterusan bercakap... sukar nak berhenti. Jenis ini mungkin menganggapkan orang lain menyukai bualannya... sedangkan mungkin orang lain "meluat" yang teramat sangat. Oleh itu kebijaksanaan kita dalam memahami bahasa badan orang lain amat perlu dan bermanfaat.
Mungkin... ada juga orang yang hanya bercakap apabila perlu... mencelah bualan apabila perlu... tapi orang sebegini di anggap sebagai pendiam... terlalu serius. Begitulah tafsiran umum.
Apa2pun ketika kita bercakap... orang bukan sahaja mendengar tapi turut menilai siapa diri kita... tutur bicara kita... tahap ilmu kita... walaupun ramai di kalangan kita bagai kucing yang menyembunyikan kukunya...