Malang adalah suatu tempat di negara jiran kita... dan Lebai Malang pula merupakan watak utama dalam kesusasteraan kita... dan malang boleh dimaknakan sebagai ... nasib yang tidak baik... celaka... sial.
Dan malanglah bagi kita yang menjadikan rumah kita atau tempat bertugas kita atau asrama yang kita diami... sebagai tempat untuk membina resah... gelisah dan tidak tenteram. Wajarkah... ada di kalangan kita sebegitu? Wajarkah ada di kalangan kita menjadikan hati dan perasaan resah dan gelisah... apabila memasuki pintu rumah atau tempat bertugas atau asrama yang kita diami? Mungkin kita menganggap suami atau isteri adalah penunggu sepi bagai kayu... anak2 pula menambahparah menyerabutkan fikiran... dan semua keadaan di rumah yang sepatutnya adalah "syurga" bertukar peranan bagai "neraka"... dan begitulah juga jika anggapan kita sebegitu terhadap tempat bertugas kita... atau asrama yang kita diami.
Jika itu yang berlaku... adakah salah kita? Adakah puncanya kerana hati kita yang tidak terdidik sebaik2nya? Mungkinkah punca luaran yang menjadikannya sebegitu?