TERKAIT:
Saturday, August 28, 2010
:: SBY ajak berdamai
TERKAIT:
:: Badak berendam kembar tak seiras
Thursday, August 26, 2010
:: Kerapu seberat 148 kg di Pantai Remis...RM8,000
Kerapu gergasi berjaya ditangkap
![]() |
IPOH 24 Ogos - Seekor ikan kerapu gergasi sepanjang 2.5 meter dan berat 148 kilogram berjaya ditangkap oleh seorang nelayan di Pantai Remis.
Ikan kerapu gergasi yang cukup untuk dijadikan hidangan kepada lebih 400 orang itu kemudian dibeli oleh seorang pengusaha restoran di sini.
Pengusaha restoran tersebut, Teoh Kar Hooi berkata, ikan kerapu yang dianggarkan berusia lebih 30 tahun itu dibeli dengan harga RM8,000.
"Saya terkejut apabila nelayan itu yang juga rakan saya menyerahkan kerapu gergasi ini.
"Dia tangkap ikan kerapu gergasi ini dekat Pantai Remis malam semalam menggunakan pukat tarik," katanya kepada pemberita di restorannya di Pasir Putih di sini hari ini.
Kah Hooi yang menjalankan perniagaan restoran sejak lebih 20 tahun menyifatkan kerapu gergasi itu amat istimewa untuk dijadikan hidangan.
Malah katanya, dengan adanya sajian ikan istimewa tersebut, restorannya akan menjadi tumpuan kepada pengunjung di bandar raya ini.
"Ini adalah kali kedua rakan saya mendapat kerapu gergasi. Kali pertama beberapa tahun lalu dan beratnya 170 kilogram," katanya.
Bagi dirinya pula sebagai pengusaha restoran kata Kah Hooi, ini adalah kali kelapan dia menghidangkan ikan gergasi seumpama itu.
Wednesday, August 25, 2010
:: Ketua Menteri Sarawak sedia berundur ?
Taib sedia berundur
by Patricia Gari
August 25, 2010, Wednesday
TAJAAN: Taib menyerahkan biasiswa kepada salah seorang pelajar tajaan ARB yang mengikuti Program Khas Pengajian Ulum Islamiah dan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Kaherah di pejabatnya di Menara Pelita, Kuching semalam.
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Seri Abdul Taib Mahmud memberitahu beliau sedia berundur jika itu yang dimahukan oleh rakyat.
Taib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, berkata beliau pernah menyuarakan hasrat yang sama pada tahun 2006 tetapi hasratnya itu terpaksa dilupakan kerana rakyat masih mahu beliau memimpin negeri ini.
“Saya pernah menyatakan hasrat sama pada 2006, tetapi mereka (rakyat) tidak membenarkan saya berbuat demikian… apa boleh buat.
“Jika rakyat tidak memerlukan saya dan jika saya tidak diperlukan…saya akan berundur,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Taib yang kini berusia 74 tahun, merupakan Ketua Menteri yang paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac, 1981.
Terdahulu beliau menerima zakat berjumlah RM10,000 bagi pihak Baitulmal daripada Amanah Raya Berhad (ARB) dan menyerahkan biasiswa kepada pelajar tajaan ARB yang mengikuti Program Khas Pengajian Ulum Islamiah dan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Kaherah di pejabatnya di Menara Pelita, dekat sini.
Tiga pelajar menerima tajaan ARB iaitu Mohammad Zubair Mustafa, 18 dan Faliq Asraf Jafri, 18 dan Nadira Hamapei, 18.
Mereka merupakan kumpulan pertama dari Sarawak yang ditaja ARB melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar.
Ditanya mengenai persiapan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang, Taib yang juga presiden parti itu berkata beberapa muka baru bakal ditampilkan. Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah sebenar muka baru yang akan diserapkan kelak.
“Saya tidak tahu lagi tetapi PBB sentiasa memperkenalkan muka baru, dengan kirakira 20 peratus perubahan tetapi ada kalanya ramai dan ada kalanya sedikit.
“Perubahan perlu kerana kita perlukan kumpulan yang mempunyai pengalaman serta kepakaran dari semasa ke semasa,” ujarnya.
Dalam pilihan raya negeri lalu (2006) PBB memang di kesemua 35 kerusi yang dipertandingkan. Mengenai bila beliau kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri, Ketua Menteri berkata perkara itu masih belum diputuskan lagi.
Thursday, August 19, 2010
:: Penempatan guru di Sarawak...mengatasi kekurangan dan perpindahan

Hanya empat guru Semenanjung diambil bertugas
by Nick Fletcher
August 18, 2010, Wednesday
Kerajaan telah menunaikan janji memberi keutamaan untuk guru berasal dari Sarawak, kata KGBS
KUCHING: Seramai 574 orang guru baru tempatan dan hanya empat orang guru dari Semenanjung yang ditempatkan di sekolah-sekolah rendah di negeri ini, bagi sesi penempatan guru baru pada Julai lepas.
Yang Dipertua Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie berkata peningkatan jumlah penempatan guru tempatan itu menunjukkan kerajaan khasnya Kementerian Pelajaran prihatin terhadap keperluan guru tempatan di negeri ini.
“KGBS mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran kerana telah menunaikan janji dan permintaan kita sebelum ini untuk menempatkan guru tempatan di Sarawak.
“Ini juga menunjukkan kerajaan prihatin terhadap keperluan kita, yang akan memudahkan lagi proses pembelajaran di sekolah-sekolah rendah kita,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Ahmad, penempatan guru-guru baru tersebut adalah dari maktab-maktab perguruan di seluruh negara.
Dalam pada itu, beliau juga yakin inisiatif kerajaan itu secara tidak langsung akan mengatasi masalah kekurangan dan perpindahan guru di Sarawak.
“Kita berharap kerajaan akan terus menggunakan formula penempatan guru ini khususnya di Sarawak untuk sesi penempatan seterusnya.
“Dengan itu, saya yakin masalah kekurangan dan perpindahan guru di Sarawak akan dapat diatasi,” katanya.
Wednesday, August 18, 2010
:: Semangat patriotik semakin luntur ?
Semakin lunturkah semangat patriotik rakyat?
by Sandy Mark Luna
August 18, 2010, Wednesday
KUCHING: Adakah semangat patriotik dan pengisian erti kemerdekaan semakin luntur di kalangan masyarakat hari ini, jika diambil kira dengan penyertaan kita membuktikan semangat itu melalui amalan mengibarkan Jalur Gamilang.
Amalan mengibarkan Jalur Gemilang semakin berkurangan dengan ketara saban tahun
Ini kerana amalan mengibar Jalur Gemilang di kalangan penduduk bandar raya ini kurang memberangsangkan walaupun sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-53 tahun tinggal dua minggu lagi.
Tinjauan Utusan Borneo semalam mendapati beberapa kawasan perumahan, bangunan-bangunan sekitar pusat bandar raya menunjukkan bilangan bendera yang dikibarkan semakin kurang dan perbezaan ini sangat ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Penurunan dalam acara mengibarkan bendera negara itu mula disaksikan pada bulan kemerdekaan tahun lepas.
Amalan mengibarkan bendera di rumah, premis kedai masih kurang hangat malah para pemandu juga masih kelihatan tidak mengambil inisiatif untuk mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing.
Hanya bangunan-bangunan pejabat besar, pejabat kerajaan dan hotel-hotel besar yang kelihatan mengibarkan bendera di premis masing-masing.
Dexter Engkol Francis, 25, berkata kerajaan memainkan peranan penting untuk menggalakkan amalan mengibar Jalur Gemilang di kalangan rakyat.
Menurut pembantu arkitek tersebut, kenderaan ahli-ahli politik atau pemimpin harus dihiasi dengan Jalur Gemilang agar dapat menjadi contoh kepada rakyat.
“Kerajaan perlu mengambil inisiatif, contohnya seperti memberi Jalur Gemilang secara percuma, bagi menunjukkan kerajaan mengambil berat dalam memelihara semangat patriotik di kalangan masyarakat.
“Secara jujurnya, saya juga tidak memahami kenapa semangat kemerdekaan dalam masyarakat semakin luntur,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, semalam.
Manakala Siti Mariam Mat 42, berkata masyarakat berkemungkinan akan lebih bersemangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sekiranya ia diberi secara percuma.
“Mungkin mereka enggan membelanjakan duit sendiri untuk membeli bendera memandangkan perbelanjaan semakin bertambah ekoran harga barangan yang semakin meningkat,” tambahnya.
Beliau yang merupakan seorang penjaja berkata, kempen kesedaran mengenai kemerdekaan perlu diadakan bagi memulihara dan memelihara semangat patriotik di kalangan masyarakat.
Fauziah Rapaie, 32 berpendapat masyarakat, khususnya golongan muda kurang pendedahan terhadap erti kemerdekaan.
“Remaja sekarang tidak kenal erti sebenar kemerdekaan dan juga kepahitan pahlawan-pahlawan negara yang sanggup mengorbankan nyawa demi memperjuangkan kemerdekaan pada zaman sebelum kemerdekaan.
“Kebanyakan mereka terutama golongan remaja yang mengibarkan Jalur Gemilang tersebut di motosikal hanya untuk suka-suka dan bukan kerana menghayatinya,” katanya.
Beliau menggalakkan orang ramai mempamerkan semangat tersebut dengan mengibarkan Jalur Gemilang bukan sahaja di pejabat, rumah malah di kenderaan.
“Bagaimanapun, apa yang penting adalah pemahaman dan penghayatan erti kemerdekaan, bukan mempamerkannya dari segi fizikal,” katanya.
Monday, August 16, 2010
:: Malaysia-Indonesia: Jangan keruhkan keadaan
16 Ogos, 2010 21:42 PM
Malaysia-Indonesia Setuju Bebas Tahanan Insiden Di Bintan
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Indonesia bersetuju untuk membebaskan tujuh nelayan Malaysia yang ditangkap oleh petugas Kementerian Kelautan dan Perikatan Indonesia Jumaat lepas kerana dikatakan menceroboh perairan negara itu.
Kementerian Luar Negeri dalam kenyataannya hari ini memaklumkan persetujuan itu dicapai hasil perbincangan Menteri Luar kedua-dua negara yang turut menyaksikan persetujuan Malaysia untuk melepaskan tiga petugas Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia yang ditahan Pasukan Gerakan Marin Malaysia dalam insiden yang sama.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya di Indonesia Dr R. M Marty M. Natalegawa dalam perbincangan mereka bersetuju agar perkara tersebut diselesaikan secara baik dan segera.
"Kesemua mereka akan dibebaskan setelah keterangan selesai diambil," demikian menurut kenyataan itu lagi.
Kementerian Luar Negeri berkata pihaknya akan terus menyusul perkara tersebut dengan agensi-agensi berkaitan di Malaysia dan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur agar pembebasan tersebut dapat dilakukan dengan segera.
Dalam kejadian pada Jumaat lepas, tujuh daripada 15 nelayan tempatan ditahan dan dipercayai dibawa ke perairan Indonesia oleh sebuah bot penguatkuasa perikanan negara itu ketika menangkap ikan di perairan Kota Tinggi kerana dikatakan menceroboh perairan negara itu.
Pasukan Gerakan Marin Malaysia pula dilaporkan menahan tiga orang petugas kementerian berkenaan ketika mereka sedang dalam proses menahan nelayan Malaysia itu.
Laporan media sebelum ini memetik Ketua Pengarah Pengawasan dan Pengendalian Sumber Daya Kelautan dan Perikanan Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia, Aji Sularso sebagai berkata bahawa kejadian itu berlaku dalam perairan Bintan, Kepulauan Riau, Indonesia.
-- BERNAMA

BATAM, KOMPAS.com - Tim dari Kementerian Kelautan bersama tim DKP Kepri serta Polda Kepri masih mengupayakan pendekatan secara diplomatik untuk membebaskan tiga petugas DKP yang ditahan Polisi Malaysia. Mereka terpaksa ke Malaysia karena pihak Polisi Diraja Malaysia menolak kontak telepon yang beberapa kali dilakukan.
Diakui kepala Dinas DKP Kepri, Lamidi, upaya kontak telepon dengan polisi Diraja Malaysia telah berkali-kali ditolak. Oleh karena itu, hari ini, tim gabungan dari ketiga instansi tersebut telah berangkat ke Johor Malaysia.
"Kita telah berangkatkan utusan ke Johor untuk mencari tahu dimana mereka ditahan. Kita masih menunggu kabar tentang kondisi tiga petugas DKP itu" ucap Lamidi, Senin (16/8/2010).
Dikatakan Lamidi, pihak Polisi Diraja hanya menyatakan tiga petugas tersebut kini sudah ditawan sehingga menjadi urusan negara. "Oleh karena itu kita dari DKP dan Polda Kepri telah membuat laporan juga ke Kementerian Luar Negeri," kata Lamidi.
Hingga berita ini diturunkan, belum ada kabar hasil negosiasi tim dari Polda Kepri dan DKP Kepri untuk memastikan pembebasan tiga petugas DKP yang ditahan polisi Malaysia.(Tribun Batam/Patrick Nababan)
Thursday, August 12, 2010
:: Pengetua cabul pelajar di Bintulu ?
Guru melakukan kesalahan disiplin tidak akan dilindungi
August 12, 2010, Thursday
KUCHING: Guru yang melakukan kesalahan disiplin tidak akan dilindungi tetapi sebaliknya dibawa ke muka pengadilan yang sewajarnya.

AMALKAN KEBERSIHAN: Fatimah membantu salah seorang peniaga di bazar Ramadan MBKS memakai apron di Pasar Komuniti Stutong di sini, semalam.
Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata, ia termasuk guru yang terlibat dalam kes salah laku pelajar yang seharusnya melalui proses perundangan dan pengadilan agar anak-anak sekolah tidak teranaiya.
“Kita selalu menasihatkan kalau ada kes salah laku di kalangan guru terhadap anak-anak sekolah ia harus dilaporkan.
“Bagi kita orang yang bertanggungjawab dalam perkara ini (salah laku) tidak akan di-lindungi tetapi harus melalui proses perundangan dan pengadilan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di tempat letak kereta Pasar Komuniti Stutong di sini, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan akhbar semalam yang menyiarkan seorang pengetua sebuah sekolah menengah di Bintulu ditahan polis bagi membantu siasatan dua kes cabul pelajar lelaki berusia 16 tahun pada April dan Julai lalu.
Akhbar dipetik sebagai berkata dalam kejadian itu, dua pelajar terbabit dikatakan dijemput ke rumah suspek berusia 48 tahun bagi menunai-kan solat jemaah serta diberikan nasihat sebelum diarah menanggalkan pakaian dan diarahkan tidur bersamanya.
Fatimah berkata pihaknya telah menerima maklumat daripada Pengarah Jabatan Pelajaran berhubung kes ber-kenaan kerana siasatan juga harus diadakan di peringkat sekolah.
“Memandangkan kes ini telah dilaporkan kepada pihak polis maka kini ia menjadi kes polis kerana kita perlu mengambil tindakan undang-undang.
“Selain itu kita juga akan mengambil tindakan pentadbiran nanti sekiranya kes jenayah dibuktikan telah berlaku melalui proses mahkamah,” tegas beliau.
Beliau dalam pada itu memohon kepada ibu bapa agar melaporkan perkara sedemikian sekiranya ia berlaku bagi memberhentikan penganaiyaan terhadap anak-anak dan juga teladan kepada mereka yang lain.
Fatimah berkata walaupun kes melibatkan salah laku guru merupakan peratusan kecil namun sedikit sebanyak ia akan menjejaskan dari segi kepercayaan ibu bapa terhadap profesion keguruan dan institusi sekolah.
“Seperti yang kita sedia maklum, guru dan pengetua adalah orang yang diamanahkan untuk membimbing, mendidik serta memberi contoh yang baik kepada anak-anak sekolah,” katanya.
Justeru beliau menegaskan kepada para guru agar merenung semula ikrar dalam bidang perguruan iaitu bertanggungjawab untuk mendidik, membimbing anak-anak dan pada masa yang sama memastikan imej profesion keguruan sentiasa dipelihara.


