Sunday, February 28, 2010

:: Siapa ganti Pehin Sri Taib Mahmud ?

27 Februari, 2010 16:50 PM

Siapa Bakal Pengganti Taib Mahmud?

Oleh Alan Ting

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Persidangan perwakilan tiga tahun sekali Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang bermula di Kuching, Isnin ini mungkin satu perkara membosankan berikutan tiada pertandingan bagi jawatan-jawatan utama kecuali bagi beberapa kerusi dalam majlis tertinggi parti. Bagaimanapun, atas sebab-sebab politik, persidangan ini akan menarik perhatian penganalisis politik dan para anggota parti memandangkan presiden parti yang telah lama berkhidmat dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekurang-kurangnya mungkin memilih majlis itu bagi membayangkan, paling sedikit, siapa bakal penggantinya.

Sesetengah anggota dalam parti membuat spekulasi bahawa Taib akan memberikan bayangan mengenai kemungkinan siapa selepas ini kerana ini boleh menjadi tempoh terakhir beliau menerajui PBB, parti politik paling kuat di Sarawak. Tapi, biar betul? Ramai yang masih ragu-ragu bahawa beliau akan berbuat demikian demikian pada ketika ini. "Beliau sepatutnya mempunyai strategi peralihan mulai sekarang tetapi tiada bukti mengenainya," kata Datuk Seri Daniel Tajem, yang pernah berkhidmat sebagai timbalan ketua menteri kepada Taib pada awal 1980an. Tajem, yang kini seorang penasihat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, berkata Taib perlu menghadapinya dan bergelut tanpa menghindarinya dan mengumumkan bahawa beliau akan berhenti dan melepaskannya.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian percaya bahawa Taib akan melepaskan kedudukan tertinggi parti hanya selepas pilihan raya negeri kerana jika beliau meletakkan jawatan sekarang, ia mungkin mencetuskan pergelutan kuasa di dalam parti. "Beliau perlu mempersiapkan seseorang untuk mengambil alih. Kita mungkin melihat beberapa petanda siapa orang itu selepas konvensyen PBB," katanya. Dr Sivamurugan berkata daripada perspektif strategi politik, ia mungkin kurang bijak bagi beliau untuk melepaskan jawatan sebelum pilihan raya negeri memandangkan parti itu mungkin memberi perhatian yang lebih kepada siapa yang akan menjadi ketua menteri selepas itu daripada memenangi atau mengekalkan kuasa dalam pilihan raya negeri. "Isu mana yang mahu diberi perhatian, kepimpinan negeri atau pilihan raya negeri? Taib tidak akan menjadi isu pilihan raya jika beliau terus kekal dan mengetuai kempen dalam pilihan raya negeri akan datang. Pendapat rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak semuanya berbeza. Sebab itu, adalah lebih baik bagi Taib melepaskan jawatan hanya selepas pilihan raya negeri," katanya.

Pengganti berpotensi mungkin datang dari mereka di dalam kedudukan timbalan presiden parti, mereka yang biasanya dipersiapkan untuk mengambil alih kepimpinan tertinggi. Tapi politik di Sarawak berbeza, ia tidak bermakna bahawa perkara itu akan terjadi. Taib, 74, dipercayai serius mencari pemimpin untuk mengetuai parti. Beliau menerajui PBB sejak 26 Mac, 1981, satu tempoh kira-kira 29 tahun. Apa yang menarik mengenainya ialah sesiapa yang bakal menggantikan beliau sebagai Presiden PBB bakal menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Pada masa lepas, Taib telah memerhati sejumlah pemimpin PBB yang boleh mengambil alih kepimpinannya termasuk Tan Sri Dr Sulaiman Daud, Datuk Seri Effendi Norwawi, Datuk Bujang Haji Ulis, Datuk Abang Abu Bakar Mustapha dan Datuk Seri Haji Adenan Satem. Bagaimanapun, kesemua mereka sedikit sebanyak telah dilupakan, atas beberapa sebab. Sesetengah daripada mereka dikatakan tidak sabar, sesetengahnya enggan menunggu. PBB ditubuhkan berikutan penggabungan antara Parti Bumiputra dan Parti Pesaka pada Januari 1973. Dalam sejarah parti itu, tiada siapa yang pernah mencabar presiden parti dan kebanyakan kedudukan tertinggi tidak ditandingi, kecuali dalam dua peristiwa, pada 1998 dan 2005, tetapi ia hanya membabitkan jawatan timbalan presiden. Pada 1998, Adenan dan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg bertanding bagi merebut jawatan timbalan presiden, yang diperuntukkan bagi seksyen Melayu/Melanau dalam PBB. Abang Johari menang selepas mendapat sokongan kuat daripada anggota-anggota keturunan Dayak walaupun kenyataannya Adenan disokong kuat oleh Taib pada masa itu. Adenan, kemudian dilantik oleh Taib sebagai naib presiden kanan parti itu.

Tujuh tahun kemudian, Adenan mencabar Abang Johari, tetapi perwakilan persidangan ditangguhkan apabila dilaporkan sesetengah para penyokong Adenan didakwa menggandakan cawangan-cawangan dalam 40 kawasan. PBB kemudian dinasihatkan Pendaftar Pertubuhan untuk mengadakan pemilihan atau berdepan dibatalkan pendaftaran seperti Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) yang sudah tidak wujud lagi.

Pada 2006 Taib telah membayangkan bahawa beliau akan menduduki kerusi ketua menteri sehingga pilihan raya negeri memandangkan tempoh pentadbiran negeri sekarang akan tamat pada Julai tahun depan. Tetapi, seawal akhir tahun lepas, Taib menghantar satu isyarat bahawa beliau bersedia mengundur diri dan dilaporkan sedang mencari seseorang tanpa mengira kaum untuk dilatih bagi mengambil alih kepimpinan daripadanya.

Cakap-cakap bahawa Taib bersedia menyerahkan baton semakin bertambah April tahun lepas berikutan kematian isterinya, Puan Sri Laila Taib, yang disifatkan sebagai penyokong kuat kepada Taib dalam karier politiknya. Oleh itu, tumpuan kepentingan kini ditumpukan kepada kelompok semasa para pemimpin kanan -- timbalan presiden (1) Tan Sri Alfred Jabu, timbalan presiden (II), Abang Johari dan naib presiden kanan Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan sebagai calon pengganti.

Alfred Jabu, seorang graduan pertanian dan ahli politik berpengalaman, telah dididik oleh dua ahli politik terkenal Sarawak -- Tun Abdul Rahman Yaakub, mantan ketua menteri dan Yang Dipertua Negeri, dan kemudian oleh Taib sendiri. Sejak dipilih sebagai anggota dewan undangan negeri kawasan Layar pada 1974, beliau telah dilantik dalam pelbagai jawatan kementerian, termasuk timbalan ketua menteri di bawah Rahman, dan sejak Mac 1981 di bawah Taib. Seorang lagi calon ketua menteri ialah Abang Johari, yang datang dari keluarga ternama di mana bapanya, Tun Abang Openg, merupakan gabenor pertama Sarawak. Dengan memegang satu ijazah MBA dari sebuah universiti Britain, beliau dikatakan telah menunjukkan kebolehan sebagai menteri pembangunan industri sebelum bertukar ke Kementerian Pelancongan. Dalam rombakan kabinet terbaru negeri, beliau dipertanggungjawabkan untuk menjaga Kementerian Pembangunan Bandar dan Perumahan negeri.

Anak Taib, Datuk Seri Sulaiman yang meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan baru-baru ini, juga telah disebut-sebut sebagai seorang lagi bakal calon kerana terdapat spekulasi bahawa bapanya mahu beliau kembali ke Sarawak dan "dilatih untuk mengambil alih". Pemerhati politik yang memantau dengan teliti politik Sarawak berkata walaupun Sulaiman tidak menawarkan diri untuk bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan parti tidak lama lagi, ini tidak bermakna bahawa beliau tidak akan dipilih sebagai seorang calon dalam pilihan raya negeri nanti.

Seorang lagi yang bercita-cita sebagai ketua menteri ialah Awang Tengah, menteri kemudahan awam dan menteri kedua perancangan dan pengurusan sumber, yang disifatkan oleh sesetengah orang sebagai jawatan menteri yang cukup berpengaruh selepas Taib dalam kabinet negeri. Terdapat cakap-cakap bahawa Taib telah mendapatkan pandangan rakyat yang rapat dengan beliau termasuk sesetengah menteri keturunan Dayak dan Cina berhubung bala penggantinya. Jadi, siapa bakal pengganti Taib? Teka teki masih berterusan.

-- BERNAMA

Saturday, February 27, 2010

:: Banner... alkisahnya...

Aku suka banner nie..

Oleh: thatguy

Apa pendapat hangpa pasai sticker nie?? menarik kan??? HAHHAHAHAHAH...

Kalau tak menarik sah...memang ramai la nak dok kat NERAKA JAHANAM..
Renung2 la balik ....


:: Lagu Negaraku tidak dihormati ?

Penonton biadab, PBSI didenda


GELAGAT para penonton Indonesia (atas) yang tidak menghormati lagu Negaraku ketika ia berkumandang di Stadium Tenis Tertutup Senayan, Jakarta Isnin lalu. Perbuatan biadab mereka itu telah mengakibatkan PBSI didenda oleh AFC.


JAKARTA - Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PBSI) menerima padah.

Semuanya gara-gara sikap penonton negara itu yang tidak menghormati Negaraku ketika lagu kebangsaan Malaysia itu berkumandang sebelum bermulanya perlawanan antara Malaysia dengan Vietnam pada pusingan Kelayakan ASEAN Kejohanan Futsal Asia 2010 Isnin lalu.

Akibatnya, PBSI didenda AS$5,000 (RM17,000) oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Tindakan itu diambil oleh AFC setelah Pengurus Pasukan Malaysia, Datuk Hamidin Mohd. Amin membuat bantahan rasmi mengenai kejadian itu kerana ia telah mencemarkan maruah sebuah negara.

Friday, February 26, 2010

:: Pelajar buli pelajar di Limbang ?

Pelajar dibuli rakan sekolah

by Mastura Ismail

Aksi buli dirakam ke dalam telefon bimbit, mangsa ditumbuk dan ditendang

LIMBANG: Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah di Limbang bertindak lebih berani apabila dilaporkan merakam dan memasukkan aksi buli yang dilakukan ke atas seorang pelajar lain ke dalam telefon bimbit sejak cuti Tahun Baru Cina lalu sebelum disaksikan sendiri oleh ibu bapa mangsa buli kelmarin.

BUKTINYA: Rakaman telefon bimbit memaparkan aksi buli pelajar terbabit (mangsa kiri sekali).

BUKTINYA: Rakaman telefon bimbit memaparkan aksi buli pelajar terbabit (mangsa kiri sekali).

Rakaman klip video lima minit itu dipercayai dilaku di sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Limbang.

Ia memaparkan mangsa yang tidak berbaju dan berseluar biru dibelasah kira-kira lima pelajar senior, termasuk dipukul, ditendang sehingga mangsa cedera di bahagian muka dan badan.

Mangsa buli terbabit dipercayai seorang pelajar Tingkatan Dua, manakala pelajar yang memukulnya adalah pelajar Tingkatan Tiga sekolah yang sama.

Mangsa merayu supaya tidak dipukul, tetapi tidak diendahkan, sebaliknya mereka secara bergilir-gilir memukul dan menendang mangsa.

Difahamkan kejadian tersebut kini tersebar luas melalui rakaman telefon bimbit di sekitar daerah Limbang.

Ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, mereka menyedari perbuatan buli tersebut melalui tayangan video yang dirakam melalui telefon bimbit yang diberikan kawannya pada petang kelmarin.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa apabila rakan saya menawarkan video terbaru dari sekolah terbabit (SMK Agama).

“Setelah meyaksikan rakaman itu, saya terkejut kerana mendapati anak saya yang hanya berseluar biru dan tidak memakai baju itu menjadi mangsa buli,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo semalam.

Beliau berkata, anaknya bukan sahaja ditumbuk bertalu-talu tetapi juga disepak oleh pelajar senior berkali-kali.

“Anak saya merayu supaya tidak dipukul tetapi tidak diendahkan, sebaliknya mereka secara bergilir-gilir memukul dan menendang anak saya tanpa belas kasihan,” katanya lagi.

Beliau berkata, anak ke-duanya itu berubah menjadi pendiam sejak cuti Tahun Baru Cina lepas.

“Dia tidak menceritakan kejadian berkenaan kepada kami. Namun, dia berubah menjadi seorang yang pendiam selepas menghabiskan cuti seminggu di kampung baru-baru ini.

“Malah ahli keluarga kami berasa hairan dengan perubahan sikapnya itu.

“Selain itu, anak saya juga mengadu lebam di bahagian mata kanannya ketika kami menghantar beliau ke sekolah selepas habis cuti Tahun Baru Cina lepas,” katanya.

Beliau menambah, sebelum ini anaknya sering meminta kepada ibu bapanya untuk bertukar sekolah.

“Rupa-rupanya kejadian tersebut ada kena mengena dengan permintaannya untuk berpindah ke sekolah sebelum ini,” jelas beliau.

Katanya lagi, pihak sekolah seharusnya memaklumkan perkara tersebut lebih awal dan memanggil mereka ke sekolah.

“Apa yang mengecewakan kami insiden itu tidak dimaklumkan kepada kami walaupun pihak sekolah mengetahui perkara tersebut.

“Malah, kami hanya menyedari kes tersebut melalui rakaman telefon bimbit,” katanya lagi.

Ibu bapanya yang berasal dari Lawas sudah membuat laporan polis di Balai Polis Limbang petang kelmarin.

“Ia memalukan dan tidak wajar berlaku. Saya kesal kerana tidak dimaklumkan lebih awal mengenai perkara ini dan hanya mengetahui mengenainya selepas melihat rakaman telefon bimbit.

“Saya sudah meminta pihak berkuasa melakukan siasatan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Polis Limbang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu Isnin lalu, dan pihaknya sudah memulakan siasatan.

Dalam pada itu, usaha Utusan Borneo untuk menghubungi Penolong Kanan sekolah terbabit gagal kerana beliau berada di luar kawasan.

Wednesday, February 24, 2010

:: Wow... fried with plastic ?

Fried with plastic
Published on: Tuesday, February 23, 2010

Kota Kinabalu: That banana fritters stay crispy for long hours due to dissolving plastic straws in the wok before frying had long been suspected but never really proven.

In what seems the first such evidence, the Principal of a college stumbled upon a piece of plastic straw that had half-melted and had embedded into the banana fritters which she bought at a shopping mall outlet, Monday.

Grace Chang Sim Vui, 32, of Cosmopoint College at the MAA building, here, wasted no time in heading to the Daily Express office with the evidence so that the public could be sufficiently warned.

"I bought this from the food court in the complex nearby at 3pm.

I bit into something stiff and realised it was part of a plastic straw," she said.

"This is terrible. Imagine many people, especially my students, have been patronising this food court daily and consuming fried food with elements of dissolved plastic in them everyday.

"I am not surprised if all the fried stuff in this food court as well as other places are cooked with plastic because many food items found in these places are still hard and crispy even after several hours," she said.

"This goes for fish and squid as well."

She called on the enforcement authority, especially health officers, to look into this matter and take action on the unscrupulous traders who don't care about the rakyat's health so long as they made money.

The piece of half-bitten banana fritter was left with the Daily Express for safe-keeping, in case the Health Ministry officials needed the evidence.

A senior lecturer of the same college, Patrick Sadom, 49, said he had not only heard but seen an immigrant food seller once throwing a whole piece of plastic straw into the wok while preparing her food.

"However, I did not dare say anything because I was scared," he said, and was glad that his colleague managed to secure the evidence.

"Many have heard of this thing, but nothing has really been revealed.

That is why these business operators are not scared," he said.

"I really hope with solid proof this time, something will really be done as people may end up with health problems through long term consumption," he said. Plastics contain polymers which is made from chemicals.

Federation of Malaysian Consumers Association (Fomca) Vice President, Datuk Patrick Sindu, who was present, said he wants the matter to be probed by the Health Department.

"I want all relevant authorities especially from the enforcement side to act on this matter, investigate this case and make spot checks on eateries everywhere," he said.

Thursday, February 18, 2010

:: Menjejaki keturunan Wan Mat Saman

Awal pagi tadi turun kerja seperti biasa. Namun, balik semula ke rumah setelah mengetit kad perakam waktu apabila mengetahui bahawa KULDP bersedia untuk melaksanakan tugas boss. Ini bermakna ambil cuti rehat lagi. Tumpang beraya sakanlah nampaknya.

PakNdak Yan menghubungi dan berceritalah beliau sedikit sebanyak akan kisah perjalanan mencari jejak keturunan Wan Mat Saman bersama adik bongsunya PakTam Lan pada 13 - 15.02.2010. Menarik. Kemudian terus hantar mesej ke Tanjung Malim berkaitan hal tersebut.

Apa2pun kesabaran diperlukan untuk mengetahui kisah pencarian tersebut melalui entri seterusnya hasilan PakTam Lan. Sama2 kita tunggu.

:: Pertahanan: Malaysia - Indonesia berbincang ?

17 Februari, 2010 23:56 PM

Malaysia, Indonesia Bincang Kerjasama Bangun Industri Pertahanan

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia sedang membincangkan kemungkinan untuk bekerjasama membangunkan industri pertahanan termasuk dalam bidang pengeluaran dan pembelian aset ketenteraan. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama itu dijangka akan meningkatkan lagi kemampuan operasi ketenteraan secara bersama di antara kedua-dua negara selain mewujudkan landasan diplomasi dari aspek ketenteraan.

"Kami masih berbincang mengenai cara memperkukuhkan kerjasama dua hala dalam industri pertahanan yang berkaitan dengan kenderaan perisai, Maintanance Repair and Overhaul (MRO) bagi aset tentera udara, dan juga kemungkinan kerjasama dalam bidang pengeluaran senjata," katanya selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia Prof Dr Ir Purnomo Yusgiantoro di sini Rabu. Beliau berkata sekiranya jalinan kerjasama antara dua negara dalam industri berkenaan dapat dimantapkan dan kemudian dikembangkan di kalangan negara-negara Asean, ia akan menjadi satu titik permulaan yang baik bagi industri aset dan kelengkapan industri pertahanan, memandangkan Indonesia dan Malaysia mempunyai kepakaran masing-masing dalam industri itu.

Kunjungan hormat ke pejabat Ahmad Zahid di Wisma Pertahanan itu dibuat lanjutan daripada Sidang ke-38 Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Malaysia-Indonesia yang dijadualkan esok bagi menjalin hubungan diplomasi ketenteraan yang kukuh antara kedua-dua negara. "Peringkat pegawai kanan sudah mengadakan mesyuarat teknikal 15 kali, esok kami akan bincang lebih lanjut mengenai kerjasama dalam eksesais bersama yang melibatkan angkatan udara, laut dan darat," katanya. "Kami juga akan berbincang mengenai soal menempatkan unit di sempadan di Kalimantan dan juga tentang masalah sempadan laut yang pada hemat saya boleh diselesaikan secara ukhuwah," tambahnya. Beliau berkata kedua-dua negara juga akan berbincang mengenai kerjasama yang boleh dijalinkan antara Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) dan Universiti Pertahanan Indonesia pada mesyuarat itu.

Menurutnya Malaysia boleh menghantar beberapa bekas jeneral ke universiti negara itu manakala sebagai timbal balas, Indonesia boleh menghantar pakar mereka dalam bidang pertahanan atau strategi bagi sama-sama berkongsi kepakaran.
Ahmad Zahid berkata walaupun Indonesia baru setahun memiliki universiti itu, ia boleh menghantar pakar mereka bagi menduduki kerusi profesor pelawat di UPNM, manakala Malaysia pula boleh menghantar beberapa bekas jeneral berpengalaman ke universiti negara itu. "Malaysia juga menawarkan 53 tempat untuk pegawai tentera Indonesia bagi menjalani latihan di Malaysia dan kini masih ada 21 kekosongan," katanya.

Mengenai hasrat membeli Kapal Sokongan Pelbagai Fungsi (MRSS) keluaran Indonesia, Ahmad Zahid berkata cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat, dan kini satu laporan mengenai harga dan spesifikasi yang ditawarkan sedang disiapkan.
Ahmad Zahid berkata penekanan harus diberi kepada kerjasama dua hala, di mana sekiranya Malaysia membeli aset ketenteraan keluaran Indonesia, Malaysia juga berharap Indonesia akan membeli kelengkapan pertahanan keluaran negara. "Juga boleh gunakan pendekatan pertukaran, misalnya Malaysia mengeluarkan peluru kaliber yang besar manakala Indonesia mengeluarkan jenis yang kecil. Jika dapat bertukar-tukar, itu potensi yang cukup baik dan saya yakin Indonesia boleh menjadi rakan kongsi pertahanan dan keselamatan," katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau juga amat optimis untuk menjalin kerjasama dengan negara Asean lain berdasarkan jalinan kerjasama Malaysia yang sedia terbentuk dengan beberapa negara seperti Indonesia, Thailand dan Singapura. "Pada bulan Mei ini, cadangan untuk menubuhkan kerjasama industri pertahanan di kalangan negara Asean akan dikemukakan di Vietnam dalam Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean," katanya.

-- BERNAMA

:: Malaysia nak beli panser ?


Republika OnLine › BREAKING NEWS › Internasional


Malaysia Belum Bulat Soal Pembelian Panser Pindad

Rabu, 17 February 2010, 20:05 WIB

KUALA LUMPUR - Malaysia belum memutuskan apakah akan membeli sejumlah panser yang diproduksi PT Pindad Indonesia atau membeli dari negara lain. "Keputusan ada di tangan Perdana Menteri," kata Menteri Pertahanan Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi, Rabu (17/2).

Pihaknya mengaku sudah mengirim tim ke Pindad mempelajari produksi dan pelayanan purnajual serta sistem pembayaran. "Semua sudah selesai dan kami sudah memberikan laporan kepada PM Malaysia Najib Tun Razak untuk menentukan akan membeli panser dari mana," kata Zahid Hamidi, Rabu.

Hal itu dikemukakan Menhan Malaysia dalam jumpa pers usai menerima kunjungan Menhan RI Purnomo Yusgiantoro dan Panglima TNI Djoko Santoso di Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur. Dalam jumpa pers itu, Menhan Zahid Hamidi didampingi Panglima ATM (Angkatan Tentera Malaysia), Azizan Arifin, tanpa dihadiri oleh Menhan Purnomo Yusgiantoro.

PT Pindad masuk tiga besar dalam tender pengadaan panser di Malaysia. Pesaing lainnya dari Korea Selatan dan Prancis. Namun dengan semangat yang dibawa PM Najib untuk membangun industri pertahanan ASEAN, maka Indonesia optimistis akan menjadi pemenang tender, walaupun ada masalah tentang mesin panser. Malaysia menginginkan mesin produksi Mercedez, sedangkan PT Pindad menawarkan mesin Renault.

Menhan Zahid Hamidi mengatakan, dalam pembicaraan dengan Menhan Purnomo membahas mengenai pembangunan industri pertahanan ASEAN. Selain saling membeli produksi pertahanan, kerjasama juga meliputi saling memanfaatkan perawatan pesawat militer dan kapal tempur serta pertukaran para pimpinan militer untuk mengikuti pelatihan. "Dulu Malaysia membeli helikopter Super Puma dan N235 dari Indonesia, sebaliknya Indonesia membeli mobil Proton untuk menjadi taksi di Indonesia," katanya.

"Perawatan pesawat TNI dilakukan di Malaysia, bisa saja perawatan kapal perang Malaysia dilakukan di galangan kapal di Indonesia. Apalagi Indonesia punya banyak galangan kapal," kata Zahid Hamidi, yang fasih berbahasa Jawa ini. Dia mengatakan, Malaysia juga tertarik untuk menanamkan sahamnya di galangan kapal di Indonesia karena Indonesia punya banyak ahli di bidang perkapalan.

Untuk pertukaran pimpinan militer demi meningkatkan lagi keakraban antara TNI dan ATM, Menhan Malaysia mengatakan, beberapa perwira ATM siap untuk mengikuti pendidikan di Lemhanas.

Kedatangan Menhan Purnomo Yusgiantoro dan Panglima TNI Djoko Santoso adalah untuk mengikuti pertemuan GBC (General Border Committee) ke-38 di Kuala Lumpur, Kamis.

Redaksi - Reporter
Red: siwi
Sumber Berita: antara

:: PM putuskan pembelian panser

Keputusan Beli Panser Pindad di Tangan PM Malaysia

Rabu, 17 Februari 2010 | 20:38 WIB
KOMPAS/DWI BAYU RADIUS


Panser Anoa buatan PT Pindad diuji di jalur menanjak, datar, dan turun, di Bandung, Jumat (15/1/2010). Selain sudah digunakan pasukan perdamaian di Lebanon, panser berbobot 14 ton ini juga menarik minat Malaysia.

TERKAIT:

* Pindad Berharap Pesanan Panser dari Malaysia
* Malaysia Tertarik Panser Pindad
* Menjajal Ketangguhan Panser Anoa
* PT Pindad Serahkan 33 Panser ke Kemhan
* PT Pindad Serahkan 33 Panser kepada Dephan


KUALA LUMPUR, KOMPAS.com - Menteri Pertahanan Malaysia Ahmad Zahid Hamidi mengatakan PM Malaysia Najib Tun Razak yang akan memutuskan Malaysia akan membeli sejumlah panser yang diproduksi PT Pindad, Indonesia atau membeli dari negara lain. Kami sudah mengirim tim ke Pindad mempelajari produksi dan pelayanan purnajual serta sistem pembayaran.

"Kami sudah mengirim tim ke Pindad mempelajari produksi dan pelayanan purnajual serta sistem pembayaran. Semua sudah selesai dan kami sudah memberikan laporan kepada PM Malaysia Najib Tun Razak untuk menentukan akan membeli panser darimana," kata Zahid Hamidi, Rabu (17/2/2010).

Zahid yang keturunan Yogyakarta itu mengatakan, PM Malaysia juga merangkap menteri keuangan. Hal itu dikemukakan Menhan Malaysia dalam jumpa pers usai menerima kunjungan Menhan RI Purnomo Yusgiantoro dan Panglima TNI Jenderal Djoko Santoso di Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur.

Dalam jumpa pers itu, Menhan Zahid Hamidi didampingi Panglima ATM (Angkatan Tentera Malaysia) Azizan Arifin, tanpa dihadiri oleh Menhan Purnomo Yusgiantoro.

PT Pindad masuk tiga besar dalam tender pengadaan panser di Malaysia. Pesaing lainnya dari Korea Selatan dan Perancis. Namun dengan semangat yang dibawa PM Najib untuk membangun industri pertahanan ASEAN, maka Indonesia optimistis akan menjadi pemenang tender, walaupun ada masalah tentang mesin panser. Malaysia menginginkan mesin produksi Mercedez, sedangkan PT Pindad menawarkan mesin Renault.

Menhan Zahid mengatakan, dalam pembicaraan dengan Menhan Purnomo membahas mengenai pembangunan industri pertahanan ASEAN dengan saling membeli produksi pertahanan, memanfaatkan perawatan pesawat militer dan kapal tempur serta pertukaran para pimpinan militer untuk mengikuti pelatihan. "Dulu Malaysia membeli helikopter Super Puma dan CN235 dari Indonesia, sebaliknya Indonesia membeli mobil Proton untuk menjadi taksi di Indonesia," katanya.

"Perawatan pesawat TNI dilakukan di Malaysia, bisa saja perawatan kapal perang Malaysia dilakukan di galangan kapal di Indonesia. Apalagi Indonesia punya banyak galangan kapal," kata Zahid Hamidi, yang masih fasih berbahasa Jawa.

Dia mengatakan, Malaysia juga tertarik untuk menanamkan sahamnya di galangan kapal di Indonesia karena Indonesia punya banyak ahli di bidang perkapalan.

Untuk pertukaran pimpinan militer demi meningkatkan lagi keakraban antara TNI dan ATM, Menhan Malaysia mengatakan, beberapa perwira ATM siap untuk mengikuti pendidikan di Lemhanas.

Kedatangan Menhan Purnomo Yusgiantoro dan Panglima TNI Jenderal Djoko Santoso adalah untuk mengikuti pertemuan GBC (General Border Committee) ke-38 di Kuala Lumpur, Kamis (18/2/2010).

:: Kes buli di SMK Bandar Semariang ?

Lima pelajar perempuan ditahan kes buli

Oleh Mohd Roji Abdullah
mdroji@bharian.com.my

KUCHING: Lima pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Semariang, di sini, ditahan bagi membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar berusia 15 tahun, Jumaat lalu.

Semua pelajar terbabit ditahan di rumah masing-masing semalam, selepas polis menerima laporan mangsa, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Huzir Mohamed, berkata lima pelajar terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Kes ini agak serius kerana mereka melakukan kekerasan terhadap mangsa secara beramai-ramai, tetapi polis sedang meneliti sama ada mereka perlu ditahan reman," katanya.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi Jumaat lalu, seorang pelajar perempuan SMK Bandar Semariang, mendakwa dibelasah sekumpulan pelajar perempuan sekolah sama.

Mangsa terjatuh selepas ditolak kumpulan penyerangnya dikatakan turut ditendang, dipijak dan tudungnya tertanggal selepas ditarik.

Seorang penyerang dikatakan bekas rakan karib mangsa dan dendam dipercayai punca kejadian itu.

Ibu mangsa, Hazleena Bujang Ali, 36, berkata sebelum kejadian itu anaknya dipanggil oleh seorang pelajar perempuan yang juga bekas rakan karibnya untuk menyelesaikan salah faham antara mereka.

"Setibanya di satu sudut di sekolah itu, sekumpulan pelajar lain sedang menunggu dan mereka terus membelasah mangsa tanpa belas kasihan.

"Anak saya menjerit, merayu supaya tidak dibelasah, tetapi kumpulan itu terus menendang dan memijaknya.

“Lebih menyayat hati perbuatan itu dirakam menggunakan telefon bimbit oleh salah seorang daripada rakan kumpulan penyerang dan saya sudah menyalin rakaman itu," katanya.

Hazleena berkata, berikutan kejadian itu anak sulungnya yang masih trauma, takut untuk kembali ke sekolah minggu depan kerana bimbang keselamatannya diancam.

"Anak saya juga sering mengadu sakit kepala dan pening selepas kejadian itu tetapi kami belum membawanya menjalani pemeriksaan lanjut kerana tidak mampu menanggung kos x-ray," katanya.

(Sumber: Berita Harian - 18.02.2010)

Monday, February 15, 2010

:: Kursus untuk guru.. peruntukan dicatu ?

Nasi bungkus untuk kursus guru

Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my

Peruntukan dicatu jejas usaha memartabatkan taraf profesionalisme pendidik

KUALA LUMPUR: Guru menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri selama ini menikmati hidangan bufet ketika rehat dan makan tengah hari, boleh melupakan amalan itu apabila kini hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang.

Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, peruntukan untuk makanan hanya RM4 sehari.

Sambil mengakui kebenaran itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga mendedahkan Kementerian Pelajaran sudah mengurangkan peruntukan untuk kos latihan dan kursus guru, selain tiada lagi peruntukan untuk aktiviti sekolah dan majlis seperti sambutan Hari Guru.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.

"Kami menerima banyak aduan daripada guru yang menghadiri kursus dengan mendakwa dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang, manakala nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari.

"Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus dihadiri itu adalah untuk menaik taraf profesionalisme guru," katanya dihubungi semalam.

Beliau berkata, sambutan Hari Guru yang bakal diadakan di Pahang, Mei ini juga tidak disediakan peruntukan dan NUTP tidak tahu bagaimana majlis berkenaan dapat dilangsungkan.

Katanya, Kementerian Pelajaran perlu memandang serius masalah berkenaan dan membuat penyelarasan peruntukan dengan betul supaya dapat digunakan sebaiknya atau setidak-tidaknya dikekalkan seperti pada tahun-tahun sebelumnya.

"Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun, janganlah sampai ke tahap sekarang yang mana peruntukan menghadiri kursus terpaksa dicatu," katanya.

Thursday, February 11, 2010

:: Stress

Sahabati Stress dan Kendalikan, Karena Tak Terelakkan

Rindawati Maulina
10 Februari 2010

Masalah stress selalu menjadi sebuah topik hangat yang diangkat terutama di tempat kerja, karena keberadaannya dipercaya oleh sebagian besar orang akan mengganggu produktifitas kerja pegawai. Namun apakah dengan demikian stress sama sekali tidak boleh “bertamu” di tempat kerja agar produktifitas kerja pegawai tetap terjaga? Jawabannya adalah tidak.

Masih ingatkah dengan hukum kekekalan energi? Sebagai penyegaran, menurut ilmu ini energi tidak dapat diubah bentuknya. Sementara berbicara tentang stress, maka sejatinya ia merupakan pancaran energi dari seseorang yang tengah bergelut dengannya. Untuk itu, diperlukan jurus jitu agar di kala stress, kita dapat mengubah energi keluarannya menjadi energi yang positif, yang mampu menggiring terbentuknya performansi kerja menjadi lebih optimal dan memberi manfaat bagi sekitar.

“Siklus Hidup” Stress

Seperti layaknya manusia, stress tampaknya juga memiliki siklus hidup. Ia lahir, berkembang dan kemudian (dapat/harus) dimatikan, sebelum akhirnya hidup kembali. Dengan begitu dapatlah dikatakan siklus hidup stress persis sama dengan siklus hidup manusia. Sementara, kualitas hubungan antara stress dan manusia dapat dilihat dari siapa yang menjadi objek dan siapa yang menjadi subjek saat keduanya berinteraksi.

Agar seseorang memiliki kualitas hubungan yang baik dengan stress, maka sudah seharusnya manusia-lah yang menjadi subjek dan mengendalikan siklus hidup stress, bukan justru sebaliknya. Menurut sebuah penelitian badan kesehatan di Singapura, dampak negatif stress jika tidak terkelola dengan baik maka akan mengundang penyakit berbahaya bagi nyawa manusia, seperti kanker, Ischaemic Heart Disease (IHD), Stroke, Diabetes Melitus (DM), dan bahkan berakibat kecelakaan dan kematian.

Bersahabat dan Mengendalikan Stress

Untuk dapat bersahabat dan mengendalikan stress, tentu harus dipahami dulu gejala bahwa stress ini akan lahir. Gejala tersebut dapat dikenal melalui beberapa hal, di antaranya yaitu dari sisi fisik seperti sulit tidur atau tidur tidak teratur, sakit kepala, sulit buang air besar, adanya gangguan pencernaan, radang usus, kulit gatal-gatal, punggung terasa sakit, urat-urat pada bahu dan leher terasa tegang, keringat berlebihan, berubah selera makan, tekanan darah tinggi atau serangan jantung, kehilangan energi. Sementara gejala lainnya yaitu dari sisi emosional, yaitu mudah marah, mudah tersinggung dan terlalu sensitif, gelisah dan cemas, suasana hati mudah berubah-ubah, sedih, mudah menangis dan depresi, gugup, mudah bermusuhan, dan kelesuan mental.

Jika salah satu dari gejala itu sudah ditunjukkan, maka artinya stress telah lahir di tengah-tengah kita. Kemudian apa yang harus dilakukan? Jangan panik, sambutlah dan kendalikanlah ia! Lalu hal lain yang terpenting adalah jangan pernah menyalahkan diri kita ataupun orang lain dengan adanya stress yang muncul dalam diri kita, karena stress memang alaminya dapat lahir dalam diri siapapun. Setelah lahir, maka ia pun dapat tumbuh sesuai dengan kondisi-kondisi yang kita berikan padanya. Ia akan semakin subur apabila kita tidak dapat mengendalikannya. Sebaliknya dengan mengenalinya, maka ia dapat kita kendalikan bahkan kita “matikan”.

Langkah selanjutnya adalah mendekati dan memahami keilmuan “Manajemen Stress”. Menurut definisinya, manajemen stress adalah kemampuan penggunaan sumber daya (manusia), yaitu diri kita sendiri secara efektif untuk mengatasi gangguan atau kekacauan mental dan emosional yang muncul karena tanggapan (respon). Tujuan dari manajemen stress itu sendiri adalah untuk memperbaiki kualitas hidup seseorang agar lebih baik daripada sebelumnya.

Manfaat Pengendalian Stress

Melihat baiknya dampak dari terkendalinya siklus hidup stress pada kehidupan kita, yaitu perbaikan pada kualitas hidup seseorang, maka ilmu Manajemen Stress menjadi ilmu yang wajib dipahami dan dikuasai oleh setiap orang dengan karakter pekerjaan yang sangat rentan dengan stress. Bahkan mungkin saja ilmu ini perlu dituangkan dalam sebuah kamus pocket, yang dapat dibawa setiap waktu oleh setiap orang. Dengan demikian, apa yang terpancarkan dari setiap sejarah kehadiran stress tersebut akan selalu membawa energi positif bagi dirinya serta bagi orang-orang dan lingkungan sekitarnya.

Wednesday, February 10, 2010

:: Isu Perak: Kata DS Najib dan DS Nizar

Jangan Terlibat Kegiatan Politik Tidak Hormati Keputusan Mahkamah - Najib

PUTRAJAYA, 9 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat Perak akan menumpukan kepada usaha pembangunan negeri itu dan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan politik yang dianggap tidak menghormati keputusan mahkamah.

Perdana Menteri berkata sudah sampai masanya, semua pihak memberi tumpuan dan peluang kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menunjukkan kemampuannya bagi membela rakyat dan membangunkan negeri itu.

"Alhamdulillah, dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi sekali dalam sistem kehakiman kita, bererti isu dan saga siapa yang patut menjadi Menteri Besar dan bentuk kerajaan di Perak sudahpun muktamad.

"Saya berharap keputusan ini bererti isu ini sudah pun selesai sepenuhnya dan tidak wajar dan tidak patut sesiapa pun membangkitkan apa-apa lagi pertikaian berhubung dengan kesahihan kerajaan Perak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara GIIG Holdings Sdn Bhd dan Aluminium Corporation of China Limited untuk membangunkan kilang peleburan aluminium di Samalaju Industrial Park di Bintulu, Sarawak, di sini pada Selasa.

Turut hadir, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel lima hakim.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata semua pihak patut menerima hakikat berhubung keputusan mahkamah tertinggi itu walaupun mereka yang kalah mungkin mempunyai pandangan yang berlainan.

Najib berkata pada masa ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak hendak menumpukan kepada usaha memberikan khidmat terbaik kepada rakyat negeri itu.

Beliau berkata apa jua isu berkaitan pentadbiran kerajaan BN Perak boleh ditimbulkan apabila tiba pilihan raya umum akan datang.

"Apabila sampai pada masanya iaitu pilihan raya umum, rakyat boleh membuat penilaian yang sebenarnya. Sekarang bukan masa untuk kita berarak sana sini atau mengadakan perhimpunan di luar ke atau di bawah pokok atau di mana-mana pun... tidak perlu.

"Hanya tunggu masa pilihan raya umum nanti kalau rasa hendak buat apa-apa keputusan...pilihan raya masa yang sewajarnya," kata beliau.

-- BERNAMA


**************************************

RAYUAN DITOLAK HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Asalamalaikum dan salam sejahtera.

Keputusan penolakan rayuan saya oleh 5 orang hakim mahkamah persekutuan di Putrajaya pagi tadi (9 Feb 2010) telah diduga dan ramai rakyat Malaysia jua mengagakkan yang sama. Namun keputusan yang mengiyakan keputusan mahkamah rayuan terdahulu, tidak sekali menghalalkan rampasan kuasa kerajaan PR oleh Najib Tun Razak pada 5 Feb 2009. Ia juga tidak mengesahkan/ menghalalkan kerajaan BN yg diterajui oleh YB Zambry Kadir.

Apa yang jelas, hakim telah mengenepikan segala prinsip perlembagaan dan dahuluan (precedents) yang dibuat terdahulu oleh ramai hakim terulung dalam kes yang seakan2 sama sebelum ini. Kita menerima dengan terbuka hati dalam kesedihan kerana keputusan ini cukup berisiko tinggi di masa akan datang bagi negara Malaysia yang mengamalkan sistem pengasingan kuasa, demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Keputusan ini cukup merbahaya kepada masa depan falsafah dan doktrin ini.

Implikasinya ialah Yg di Pertuan Agong atau Sultan berkuasa memecat dan melantik sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri atau MB tanpa ke Parlimen atau DUN. Sistem pilihanraya juga boleh tercemar. Ini yang dikhuatiri akibat keputusan tesebut.

Apapun kita tetap percaya bahawa mahkamah hanya mentafsir undang2 dan penentuan siapa kerajaan dan siapa MB mesti ditentukan oleh rakyat melalui pilihanraya bebas dlm pembubaran DUN. Saya merayu agar semua penyokong PR khususnya di Perak agar bertenang dan bersabar dlm menghadapi masa yang getir ini. Yakin dan percayalah bahawa pasti ada hikmah dan barakah dalam ketentuan pagi tadi. Jangan kita bertindak melulu dan liar serta membuat sesuatu provokasi. InshaAllah kita akan atur strategy bagi menghadapi sebarang kemungkinan kerana masih ada 2 kes di mahkamah tinggi KL dan mahkamah session Ipoh untuk menentukan status dan kedudukan 3 ekor katak yg melompat tempoh hari. Kita trus berdoa.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga dan rakyat Perak yg menyokong PR dan akan trus menyokong PR demi keadilan dan kebenaran terlaksana di Perak. Saya juga bermohon banyak kema'afan dan keampunan kepada semua jika terdahulu ada terkeluar kata2 atau perwatakan yang tidak disengajakan. Lawan tetap lawan bagi memulihkan demokrasi dan memberi semula hak kepada rakyat Perak yang mana hak tersebut telah di rampas oleh UMNO BN. Tertanya juga kadang2 bahawa masih ada tangan2 ghaib yang menghantui kebebasan hakim sehingga tergamak sedemikian rupa!!

Selamat berjuang. Hidup Rakyat.!!

8 komen

Saturday, February 06, 2010

:: Enjin F-5E TUDM dijumpai ?

05 Februari, 2010 21:40 PM

Dua Enjin Jet Yang Hilang Dijumpai Di Uruguay

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kerajaan Uruguay telah menghantar notis kepada kerajaan Malaysia bahawa ia telah menemui dua enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, kata Peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

Katanya kerajaan menangani perkara itu dengan penuh kesungguhan dan sedang mengambil langkah perlu bagi mendapatkan kembali dua enjin berkenaan setelah menerima makluman daripada kerajaan Uruguay tentang penemuannya.

"Kejayaan yang dicapai setakat ini, hingga membawa kepada penemuan dua enjin jet milik TUDM itu, adalah hasil usaha dan kerjasama rapat antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Uruguay," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya kerajaan telah mendapatkan bantuan pihak berkuasa di Uruguay untuk mengesan dua enjin yang dicuri itu yang dipercayai telah dibawa ke Uruguay.

Beliau berkata sebagai pemilik sah enjin jet yang dicuri itu, kerajaan juga menghubungi Kedutaan Uruguay di sini serta Badan Penasihat Pusat bagi Bantuan Perundangan Bersama Uruguay dan telah memberi notis awal berhubung penemuan semula dan penghantaran enjin berkenaan melalui bantuan bersama dalam rejim hal berkaitan jenayah.

Langkah itu sejajar dengan Akta Bantuan Bersama Berkaitan Hal-hal Jenayah 2002, katanya.

Abdul Gani juga menyatakan penghargaan beliau terhadap Kedutaan Uruguay di sini, khususnya Duta Besar Pablo Sader, atas segala bantuan yang diberi kepada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia, yang membawa kepada penemuan semula enjin yang dicuri itu.

Dua enjin berkenaan dilaporkan hilang sejak 2007.

-- BERNAMA

Monday, February 01, 2010

:: Pilihanraya Sarawak: 2010 atau 2011 ?

SPR mula persiapan Pilihan Raya Sarawak

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula melaksanakan tugas pada peringkat pentadbiran sebagai persiapan awal menjelang berlangsungnya Pilihan Raya Sarawak yang dijangka diadakan tahun ini atau 2011.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata mengikut rekod pihaknya, tarikh akhir pilihan raya di negeri berkenaan adalah pada Jun tahun depan.

"Walaupun tempohnya ada lebih setahun sehingga tarikh akhir, SPR sebagai badan pengendali pilihan raya mesti bersedia awal kerana mengikut pengalaman lalu, pilihan raya Sarawak tidak menunggu sehingga tarikh akhir tamat tempoh.

"Berikutan itu, arahan sudah diberi supaya SPR negeri berkenaan membuat persediaan terutama merangka anggaran bajet terutama membabitkan aspek logistik," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Baru-baru ini, SPR menemui Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk memaklumkan supaya badan itu diberi tempoh notis secukupnya untuk membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya negeri itu.

Pengerusi SPR itu berkata, pilihan raya Sarawak biasanya tidak diadakan dalam tempoh cukup-cukup mandat memerintah lima tahun itu.

Abdul Aziz berkata, persiapan awal seperti kemudahan helikopter, bot, sampan dan kenderaan darat perlu kerana penempatan dan kedudukan geografi negeri berkenaan yang berbeza berbanding di Semenanjung.

"Selain itu, perlu dikenal pasti tempat penamaan calon, lokasi mengundi dan tempat yang sesuai untuk diadakan kursus bagi memilih pegawai sementara SPR sepanjang proses menjelang pilihan raya negeri itu," katanya.

Beliau berkata, sebagai badan yang mahu melaksanakan tugas dengan berkesan, SPR tidak mahu 'terperangkap' kerana tidak bersedia dari sekarang.

Malah, katanya, SPR juga meminta kerjasama kerajaan Sarawak supaya memberi notis yang cukup (sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri).

Saturday, January 30, 2010

:: Kesan bersara pilihan selepas 01.02.2010

29 Januari, 2010 21:33 PM

Persaraan Pilihan Penjawat Awam Diluluskan Dengan Syarat

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kerajaan memutuskan persaraan pilihan anggota sektor awam akan diluluskan dengan syarat mereka bersetuju dibayar 20 peratus daripada ganjaran atau RM10,000 terlebih dahulu, mengikut mana yang lebih, ketika bersara.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata bayaran selebihnya akan dibayar pada tarikh yang akan ditetapkan kerajaan, tetapi tidak melampaui tarikh anggota mencapai umur bersara wajib.

Katanya bagaimanapun wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) dan pencen bulanan akan dibayar sepenuhnya mengikut peruntukan undang-undang pencen.

Dalam satu kenyataan Jumat, Ismail menjelaskan bahawa ganjaran yang dimaksudkan akan dibayar kepada pesara selepas semua hutang piutangnya kepada kerajaan telah dijelaskan.

"Sekiranya ganjarannya didapati tidak mencukupi untuk menampung hutang piutang, maka baki hutang piutang akan ditolak daripada GCR, jika ganjaran dan GCR tidak mencukupi untuk menampung hutang piutang, bakinya akan ditolak daripada pencen pesara sehingga selesai," katanya.

Ismail berkata kelonggaran boleh diberikan atas sebab anggota atau ahli keluarganya memerlukan rawatan perubatan (berdasarkan surat akuan bertulis oleh pegawai perubatan Kerajaan), anggota atau ahli keluarganya memerlukan perbelanjaan pendidikan (berdasarkan surat tawaran dan penerimaan pengajian) dan anggota yang memerlukan kewangan bagi mengelakkan diri daripada tindakan kebankrapan (berasaskan dokumen berkaitan tindakan undang-undang).

Sekiranya anggota bersetuju dengan syarat bersara itu, mereka hendaklah mengisi dan mengemukakan Surat Persetujuan/Permohonan Pengecualian Syarat Penangguhan Bayaran Sebahagian Ganjaran Berkaitan Persaraan Pilihan, katanya.

"Memandangkan kelulusan permohonan persaraan pilihan bagi pegawai perkhidmatan awam negeri dilakukan oleh Pihak Berkuasa Negeri, Surat Lampiran B bagi mereka hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri dengan satu salinan kepada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) ketika permohonan faedah persaraannya dihantar, manakala permohonan pengecualian syarat penangguhan sekiranya ada hendaklah dicatatkan di atas surat yang sama untuk pertimbangan JPA," katanya.

Sekiranya pesara meninggal dunia sebelum menerima ganjaran sepenuhnya, baki ganjaran akan dibayar serta-merta kepada orang tanggungannya seperti ditafsirkan dalam Peraturan 15 (2),Peraturan-Peraturan Pencen 1980 atau Peraturan 13(2) Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990 iaitu balu atau duda; anak; balu atau duda dan anak; atau ibu kepada anggota yang mati atau sekiranya ibu mati, bapa tanggungannya.

Bagi anggota yang ingin supaya baki ganjaran tersebut dibayar kepada selain daripada orang yang dinyatakan, beliau hendaklah mengisi surat akuan seperti di Lampiran C (untuk pesara beragama Islam) atau lampiran D (untuk pesara bukan beragama Islam) dan surat itu hendaklah dikemukakan kepada JPA bersama dengan dokumen permohonan faedah persaraannya.

Ismail berkata syarat penangguhan bayaran sepenuhnya ganjaran berkaitan dengan persaraan pilihan itu hanya terpakai bagi kelulusan persaraan pilihan pada dan selepas 1 Feb tahun ini.

"Semua persaraan pilihan yang telah diluluskan sebelum 1 Feb 2010 walaupun tarikh kuat kuasa persaraannya adalah selepas tarikh itu akan dibayar ganjaran sepenuhnya," katanya.

-- BERNAMA

Friday, January 29, 2010

:: Sihat dan kesihatan diri

Sihat dan kesihatan berkait rapat. Akhir2 ni kesihatan terjejas sedikit. Hujung minggu lepas telah mengambil cuti sakit dan di awal minggu ni mengambil cuti rehat. Nampaknya hari ni keadaan diri memerlukan cuti rehat lagi. Boss tiada di pejabat hari ni, sedang bercuti... menjadikan KUKP perlu menjalankan tugas boss hari ni dan turut serta dalam perhimpunan pagi ni dan mempengerusikan mesyuarat petang nanti. Didoa agar semuanya berjalan lancar.


:: Program Transformasi Kerajaan (PTK / GTP)

28 Januari, 2010 12:53 PM

Pencapaian Pendidikan Dipertingkat Menjelang 2012

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Berikut ialah intipati pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk memperbaiki pencapaian pendidikan:

* meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah daripada 67 peratus kepada 72 peratus tahun ini dengan membabitkan kanak-kanak seawal umur empat dan lima tahun.

* meningkatkan kadar literasi daripada 87 peratus kepada 90 peratus serta meningkatkan kadar numerasi daripada 76 peratus kepada 90 peratus bagi pelajar Tahun 1, tahun ini menerusi program Literasi dan Numerasi (LINUS).

* mensasarkan sebanyak 20 buah sekolah menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun ini.

* mensasarkan sebanyak dua peratus Pengetua dan Guru Besar yang melepasi sasaran layak untuk menerima ganjaran berdasarkan penilaian berasaskan prestasi dan mengkurangkan 10 peratus Pengetua dan Guru Besar yang tidak mencapai sasaran kelayakan berkenaan.

Kecemerlangan pencapaian pelajar adalah sangat penting dalam melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang kompetitif, seiring dengan wawasan negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Menyedari kepentingan pendidikan awal adalah penting bagi kanak-kanak berumur empat dan lima tahun, Kementerian Pelajaran telah mengenal pasti pendidikan prasekolah sebagai salah satu fokus di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan.

Bagi meningkatkan kadar penyertaan dan kualiti pendidikan prasekolah, satu Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan serta Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah ditubuhkan untuk mentadbir semua penyedia prasekolah.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, berperanan mengkaji semula dasar pendidikan prasekolah kerajaan dan prasekolah swasta yang berdaftar termasuk kurikulum, kriteria kelayakan, latihan dan penilaian, menyelaras semua prasekolah (kerajaan dan swasta) serta memantau dan menilai pendidikan prasekolah bagi menggubal dasar prasekolah pada masa depan.

Kementerian Pelajaran juga melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bermula tahun ini yang memberi penekanan dalam aspek prinsip pendidikan yang holistik, proses pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira latar belakang pelajar, mentakrifkan penggunaan bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan Mandarin sebagai bahasa instruksional serta melibatkan aktiviti menggalakkan pemahaman budaya pelbagai bangsa.

Kerajaan juga meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru prasekolah menerusi program peningkatan kemahiran kepada 30,000 guru dan pembantu guru prasekolah sedia ada dan baru dalam tempoh tiga tahun selain menetapkan kriteria kelayakan minimum semua guru prasekolah ialah Ijazah Sarjana Muda.

Dalam mengembangkan pendidikan prasekolah, kerajaan juga menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan termasuk pemberian geran per kapita kepada prasekolah kementerian Pelajaran, KEMAS dan JPIN, menambah bilangan kelas prasekolah khususnya bagi kanak-kanak berumur empat tahun dengan anggaran 10,000 kelas.

Bagi memenuhi sasaran itu, kerajaan meningkatkan kerjasama dengan pihak swasta dengan memperkenalkan insentif baru kepada pengusaha prasekolah swasta khususnya di kawasan miskin bandar dan luar bandar, di samping mematuhi standard kebangsaan.

Bagi memastikan kadar keciciran pelajar menurun, kerajaan memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran literasi dan numerasi yang mampu mengupayakan anak-anak supaya lebih produktif dan lebih berkeyakinan untuk menyertai aktiviti komuniti setempat dan masyarakat keseluruhan.

Proses saringan akan dilakukan terhadap pelajar tiga kali setahun iaitu pada bulan Mac, Jun dan September setiap tahun sehingga Tahun 3 bagi mengenal pasti pelajar sama ada perlu mengikuti program Literasi dan Numerasi (LINUS) serta membangunkan modul literasi dan numerasi yang baru di mana konsep mudah difahami akan diajar lebih awal dan penekanan ditumpukan kepada aplikasi konsep yang dipelajari.

Menyedari kekurangan guru dalam pengajaran literasi dan numerasi asas, seramai 17,000 guru telah mengikuti latihan intensif bermula November tahun lepas hingga Februari ini supaya mereka boleh menyampaikan modul pembelajaran dengan berkesan.

Selain itu, kerajaan juga memantau dan menyelia kira-kira 10 peratus sekolah yang tercorot, membina komitmen di kalangan pihak yang berkepentingan melalui program kesedaran dan aktiviti-aktiviti dan melantik fasilitator-fasilitator bagi membantu guru-guru literasi dan numerasi di sekolah-sekolah.

Dalam pada itu, Kementerian Pelajaran telah mengumumkan 20 buah SBT terdiri daripada 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian, enam sekolah rendah seluruh negara, pada Isnin lepas.

SBT mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat.

SBT akan menempatkan pelajar-pelajar cemerlang yang mampu menyaingi tahap pencapaian antarabangsa, melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan terkemuka dan berjaya menjadi pemimpin dalam bidang profesion masing-masing, di samping mewujudkan rangkaian 'mentoring and coaching' antara sekolah.

Kualiti SBT akan dilonjakkan dengan memberi autonomi dan akauntabiliti dalam pengurusan dan pencapaian murid.

Pengetua dan Guru Besar memainkan peranan penting dalam merancang, menyelaras dan memantau pengajaran dan pembelajaran di sekolah di samping memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dengan mengurangkan tekanan dan gangguan luaran, serta mewujudkan persekitaran teratur di dalam dan di luar bilik darjah.

Berdasarkan pencapaian sekolah pada dua tahun sebelumnya, dianggarkan dua peratus Pengetua dan Guru Besar layak menerima ganjaran berdasarkan penilaian berasaskan pencapaian tertakluk kepada kriteria seperti Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 90 peratus, Laporan Audit Kewangan tanpa teguran, bebas daripada tindakan disiplin dan mencapai sasaran literasi dan numerasi bagi sekolah rendah.

Mereka yang layak, disediakan ganjaran kewangan dan bukan kewangan misalnya program pertindikan, kenaikan pangkat serta sijil pengiktirafan manakala bagi mereka yang tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, akan diberikan latihan serta bimbingan.

Bagaimanapun, sekiranya latihan dan bimbingan tidak efektif, Pengetua dan Guru Besar terbabit mungkin menghadapi risiko dipindahkan ke sekolah lain atau dinasihatkan bersara pilihan.

-- BERNAMA

Thursday, January 28, 2010

:: KPLI ambilan Jun 2010 ?

27 Januari, 2010 20:24 PM

KPLI Tidak Dimansuh, Kata Puad

KUALA KUBU BARU, 27 Jan (Bernama) -- Masalah jumlah graduan lepasan pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melebihi penawaran tidak akan menyebabkan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dimansuhkan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata pengambilan KPLI tetap akan dijalankan pada bulan Jun ini.

"Program ni (KPLI) memang akan diteruskan kerana memang kami memerlukan guru sekolah," katanya selepas melawat projek asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kubu Baru yang terbengkalai Rabu.

Katanya pengambilan bagi KPLI mungkin akan ditambah pada tahun hadapan namun ini akan bergantung pada faktor tertentu.

-- BERNAMA

:: Sekolah Berprestasi Tinggi... Sabah dan Sarawak tercicir?

Sekolah S’wak kurang cemerlang?

by Mohd Norhadie Sahari
Kekurangan guru bertauliah punca tidak terpilih, STU kecewa tiada sekolah dari S’wak dalam 20 SBT

MIRI: Kekurangan guru yang bertauliah serta kelemahan kemudahan serta prasarana di Sabah dan Sarawak merupakan antara sebab utama mengapa tiada sekolah dari kedua-dua negeri ini terpilih dalam senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Presiden Kesatuan Guru-Guru Sarawak (STU), William Ghani Bina melahirkan kekecewaan apabila tiada salah satupun sekolah menengah dan rendah yang cemerlang dari Sarawak, turut tersenarai dalam SBT.

“Ini membuktikan bahawa sekolah-sekolah di negeri ini masih belum mencapai tahap cemerlang dan masih ketinggalan berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia,” katanya ketika dihubungi semalam.

William memberitahu, salah satu sebab utama sekolah-sekolah di Sarawak masih belum mencapai tahap cemerlang adalah kerana kekurangan guru-guru bertauliah mengajar di bandar dan luar bandar negeri ini.

“Ini bukan bermaksud guru-guru yang ada sekarang tidak berkualiti namun kita memerlukan guru-guru yang benar-benar bertauliah untuk mengajar pelajar-pelajar yang berpotensi untuk cemerlang,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat perbezaan sistem pembelajaran di bandar dan luar bandar, beliau menyifatkan pengalaman serta kemahiran seseorang guru amat penting dalam menyampaikan ilmu.

“Apa yang penting, seorang guru harus komited dan memberikan komitmen yang tinggi dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar dan jangan hanya menunggu habuan daripada kerajaan,” katanya.

William seterusnya memaklumkan bahawa guru-guru dari Semenanjung Malaysia yang enggan mengajar di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak juga perlu dikenakan tindakan segera.

“Dalam surat akujanji, mereka sudah menunjukkan taat setia dan bersedia untuk mengajar di mana-mana sahaja di negara ini, maka tiada sebab mereka tidak mahu mengajar di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Pada masa yang sama, katanya, kekangan kemudahan yang belum setara di sekolah luar bandar turut menyebabkan guru-guru dari Semenanjung Malaysia menolak untuk mengajar di Sabah dan Sarawak.

“Jika perlu, kemudahan yang disediakan di sekolah bandar perlulah dipanjangkan ke sekolah-sekolah di luar bandar supaya pelajarnya lebih selesa ketika belajar sekali gus menyumbang kepada kecemerlangan sekolah,” tambah beliau lagi.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan 20 sekolah SBT yang terdiri daripada 14 buah sekolah menengah dan enam buah sekolah rendah di seluruh negara.

Beliau berkata, sekolah tersebut dipilih daripada kalangan sekolah-sekolah yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan bidang kebitaraan.

Menurutnya, SBT bukanlah sekolah elit yang akan memberi manfaat kepada ha-nya sebilangan kecil pelajar, sebaliknya setiap sekolah di negara ini mempunyai peluang yang sama dan boleh bersaing untuk diiktiraf dalam senarai SBT.

Wednesday, January 27, 2010

:: Ganjaran dan hukuman untuk penjawat awam ?

Sistem Ganjaran Dan Hukuman Untuk Penjawat Awam Mungkin Diperkenal

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan sistem ganjaran dan hukuman untuk 1.2 juta penjawat awam sebagai langkah meningkatkan produktiviti dan memupuk etika kerja lebih baik, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata sudah tiba masanya penjawat awam dinilai dan diberi ganjaran berdasarkan prestasi masing-masing bukan diberi ganjaran secara menyeluruh seperti sekarang.

"Kami sedar bahawa bagi menjamin keberkesanan sesuatu sistem, perlu ada ganjaran dan hukuman. Setakat ini, kami melihat kepada aspek ganjaran," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Persidangan Tinjauan Strategik Malaysia ke-12 di sini hari Selasa.

"Kini, penjawat awam yang tidak melaksanakan tugas seperti yang sepatutnya, ditempatkan dalam "pool" atau "bilik sejuk", dan menerima gaji setiap bulan, walaupun bekerja dengan tidak seberapa. Tetapi, ia memberi kesan tidak baik terhadap rekod mereka," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga sedang mengkaji secara mendalam terhadap langkah mengguna pakai sistem ganjaran dan hukuman di bawah Program Transformasi Kerajaan (PTK), yang memasuki tahun pertama pelaksanaannya tahun ini.

"Bagaimanapun, dalam tempoh dua tahun pertama pelaksanaannya, tumpuan kami ialah bagaimana hendak menggalakkan dan memberi sokongan kepada setiap orang supaya bertugas dengan lebih baik, bukan untuk mula melaksanakan hukuman...langkah ini jauh lebih penting ketika ini," katanya.

Koh berkata kerajaan sedang meneliti model yang diguna pakai di negara lain seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan China tentang pelaksanaannya.

Katanya sistem mengambil dan membuang pekerja yang diguna pakai oleh sektor swasta juga diberi pertimbangan.

Koh juga berkata bahawa Khamis ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan buku tentang Program Transformasi Kerajaan yang menampilkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), di samping beberapa rancangan utama yang telah dan akan dilaksanakan kerajaan serta cadangan bagi menjayakan transformasi yang dimaksudkan.

-- BERNAMA

Tuesday, January 26, 2010

:: Sekolah Berprestasi Tinggi

14 Sekolah Menengah, Enam Sekolah Rendah Diumum Sekolah Berprestasi Tinggi

PUTRAJAYA, 25 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), yang terdiri daripada 14 sekolah menengah dan enam sekolah rendah di seluruh negara.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran, berkata daripada 14 sekolah menengah, 10 adalah sekolah berasrama penuh manakala bakinya sekolah menengah harian.

"Sekolah ini dipilih dari kalangan sekolah-sekolah yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan bidang kebitaraan masing-masing.

"SBT akan dibimbing dan dipantau secara khusus untuk menjamin berlaku lonjakan prestasi sekolah secara berterusan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Isnin.

Sepuluh sekolah berasrama penuh ialah Sekolah Tun Fatimah (Johor Baharu), Sekolah Dato' Abdul Razak (Seremban), Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya), Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra).

Kolej Tunku Kurshiah (Seremban), Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang), Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis), Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya) dan SMS Muzaffar Syah (Melaka).

Manakala empat sekolah menengah harian ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya), SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur), SMK Sultanah Asma (Alor Setar) dan SMK (P) St. George (Pulau Pinang).

Enam sekolah rendah pula ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL), SK Taman Tun Dr Ismail 1 (KL), SK Bukit Damansara (KL), SK Zainab (2) (Kota Baharu), SK Convent Kota (Taiping), SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Baharu).

Muhyiddin berkata SBT bukanlah sekolah elit yang akan memberi manfaat kepada hanya sebilangan kecil pelajar, sebaliknya setiap sekolah di negara ini mempunyai peluang yang sama dan boleh bersaing di "padang yang sama rata" untuk diiktiraf sebagai SBT.

"Mana-mana sekolah yang mencapai sasaran kecemerlangan dan memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan akan diiktiraf sebagai SBT dan mendapat kemudahan serta ganjaran yang sama," katanya.

Muhyiddin berkata kementerian mensasarkan 30 SBT pada tahun depan dan jumlah itu akan meningkat kepada 50 pada tahun 2012.

Beliau berkata rasional pengiktirafan itu dibuat bagi mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik ke taraf dunia, menghasilkan pelajar yang cemerlang dan merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem.

SBT akan diberi autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi dalam pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid, katanya.

Beliau berkata dari segi kurikulum, ia fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi mata pelajaran wajib dan elektif, mematuhi peperiksaan awam dan menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa.

Selain itu, katanya sekolah berkenaan diberi kelonggaran dalam menetapkan waktu pengajaran minima mata pelajaran, memanjangkan waktu persekolahan dan membenarkan murid menamatkan tempoh persekolahan setahun lebih awal iaitu seperti kelas lompat yang telah diperkenalkan sebelum ini.

Muhyiddin berkata dari segi pemilikan bajet, kewangan disalur melalui geran secara sekaligus pada awal tahun persekolahan, fleksibiliti penuh untuk pengagihan kewangan mengikut keperluan dan pengecualian daripada perolehan secara berpusat.

"Setiap sekolah mempunyai bajet mereka sendiri, tetapi dengan status ini, mereka diberi peruntukan tambahan dan mereka boleh menggunakannya untuk apa sahaja yang mereka rasa perlu," katanya.

Beliau berkata pengurusan staf adalah berdasarkan prestasi iaitu pengambilan staf tidak berdasarkan kekananan tetapi prestasi pencapaian, kelonggaran dalam menyediakan lebih bayaran (bayaran lebih masa) dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.

"Selain itu, kelonggaran untuk memindahkan staf sekiranya prestasi kurang memuaskan dan pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik," katanya.

Beliau berkata laporan tahunan berdasarkan petunjuk keberhasilan setiap sekolah dan pemeriksaan sekolah berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang telah diubahsuai.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata SBT perlu memenuhi enam kriteria yang ditetapkan iaitu pencapaian akdemik yang cemerlang, melahirkan personaliti unggul, merangkul anugerah Kebangsaan dan Antarabangsa, mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.

"Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah-sekolah tempatan dan antarabangsa serta menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah di dalam dan luar negara," katanya.

Beliau berkata antara peranan yang perlu dimainkan oleh SBT sebagai sumbangan kepada sekolah lain ialah guru-guru SBT menjadi mentor kepada guru di sekolah lain, melalui program "immersion" membabitkan pengetua, guru besar dan guru.

Bagi pembangunan berterusan sebagai status SBT, sekolah terbabit antara lain perlu meningkatkan pelan strategik, pengurusan, program akademik dan kokurikulum sokongan serta menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah lain dari dalam dan luar negara.

Muhyiddin berkata sekolah dari pedalaman dan luar bandar juga boleh dipilih sebagai SBT jika ia memenuhi kriteria yang ditetapkan.

"Saya tahu tidak mungkin semua 10,000 sekolah (di seluruh negara) akan naik ke tahap itu, tetapi tidak kira sekolah bandar, luar bandar dan pedalaman jika mereka boleh memenuhi kriteria yang ditetapkan akan direkod sebagai SBT.

"Tetapi jika sekolah luar bandar dan pedalaman ada kekangan kerana kemudahan belum setara dan setanding, jangka panjangnya kita akan terus perbaiki," katanya.

-- BERNAMA