Penonton biadab, PBSI didenda

GELAGAT para penonton Indonesia (atas) yang tidak menghormati lagu Negaraku ketika ia berkumandang di Stadium Tenis Tertutup Senayan, Jakarta Isnin lalu. Perbuatan biadab mereka itu telah mengakibatkan PBSI didenda oleh AFC.
JAKARTA - Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PBSI) menerima padah.
Semuanya gara-gara sikap penonton negara itu yang tidak menghormati Negaraku ketika lagu kebangsaan Malaysia
Akibatnya, PBSI didenda AS$5,000 (RM17,000) oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Tindakan itu diambil oleh AFC setelah Pengurus Pasukan Malaysia, Datuk Hamidin Mohd. Amin membuat bantahan rasmi mengenai kejadian itu kerana ia telah mencemarkan maruah sebuah negara.