Sunday, April 17, 2011

:: Senator T. Murugiah sebagai Timbalan Menteri di JPM dah tamat ?







Media Statements


18/04/2011 - Tempoh Perkhidmatan YB Senator Dato' T.Murugiah

Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan YB Senator Dato’ Murugiah a/l Thopasamy, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ahli Dewan Negara akan tamat pada 18 April 2011. YB Senator Dato’ Murugiah a/l Thopasamy telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 19 April 2008 dan seterusnya sebagai Timbalan Menteri Persekutuan pada 10 April 2009. Dengan ini perkhidmatan beliau sebagai Timbalan Menteri Persekutuan juga akan tamat pada 18 April 2011.

2. Bagi pihak Kerajaan, saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Senator Dato’ Murugiah a/l Thopasamy di atas sumbangan, khidmat bakti dan perkhidmatan beliau sebagai Ahli Dewan Negara dan Timbalan Menteri Persekutuan.




(TAN SRI SIDEK HASSAN)
Ketua Setiausaha Negara

17 April 2011