Thursday, April 07, 2011

:: Pilihanraya DUN Sarawak : Ketua Menteri yakin perolehi dua pertiga



Dua pertiga masih dalam jangkauan BN - Taib

07/04/2011 6:01pm

KANOWIT 7 April - Kemenangan dua pertiga majoriti dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 masih dalam jangkauan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

Beliau berkata, kemenangan itu boleh dicapai meskipun pilihan raya negeri pada 16 April ini menyaksikan paling ramai calon bertanding iaitu 213 calon, termasuk 41 calon bebas.

“Saya agak terkejut dan berasa hairan dengan jumlah calon yang besar kali ini,” kata Taib ketika ditemui pemberita selepas majlis pemimpin bersama rakyat di Rh. Jelani ak Daud, rumah panjang 66 pintu Nanga Lesih, dekat sini.

Turut hadir calon BN, Datuk Gramong Juna dan Alexander Vincent, masing-masing bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dan Ngemah.

Taib berkata, parti pembangkang tidak mendapat apa-apa kelebihan dengan meletakkan lebih ramai calon kerana ia akan hanya memecahkan undi.

Taib berkata, mempunyai penyokongnya yang setia dan tidak akan mudah terpengaruh untuk mengalih sokongan dan hanya pengundi atas pagar yang mahu mencuba memberikan peluang kepada calon selain BN.

Mengenai keputusan beberapa parti pembangkang yang bergantung kepada `calon bidan terjun’ atau calon dari luar kawasan ditandingi, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata, kemungkinan besar akhirnya hasrat mereka akan memakan diri.

“Kami dalam BN memilih calon berkualiti dari luar untuk bertanding hanya dengan keizinan dan sokongan masyarakat setempat,” katanya.

Terdahulu, semasa berucap Taib berkata politik BN adalah untuk membawa pembangunan dan kemajuan kepada rakyat dan bukannya untuk menyebarkan pembohongan dan fitnah serta melakukan serangan peribadi. - Bernama

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Dua pertiga masih dalam jangkauan BN - Taib
Jangan samakan kes Penolong Pengarah Kastam dengan Beng Hock - KPN
Henti guna JCare-su dan JCare-in
Presiden SUPP buat laporan polis
23 tahanan Imigresen Lenggeng belum dapat dikesan
2 pegawai SPRM digantung kerja
8 pegawai imigresen dihadap mahkamah kerana rasuah
Kontraktor, pemilik syarikat balak dipenjara dan didenda
Pilihan raya Sarawak: Taib lancar manifesto BN
Heliliah dilantik pengerusi suruhanjaya integriti
Mubarak bantu UMNO tawan Kedah
Abu Kassim tidak perlu letak jawatan
Suami isteri masuk ICU makan cendawan racun
Perodua jelaskan gangguan bekalan adalah sementara
Pulapol disahkan bebas dari virus Adeno
Tubuh badan penasihat pantau prestasi Kastam
RM1.1 bilion pinjaman PTPTN belum dibayar
RM460 juta bina hospital baru di Petra Jaya
Najib diberi sambutan mesra di Padungan
Pembangkang tidak layak bentuk kerajaan di Sarawak
Tolak suruhanjaya: Pembangkang tidak konsisten - PM
Kematian pegawai kastam: PM arah siasatan menyeluruh
Tempahan pesawat A330-300 melepasi 500 unit
Rais Yatim terima darjah kebesaran tertinggi Sabah
Syarikat Singapura sasar makanan beku halal di MIHAS
Liga Juara-juara: Manchester United benam Chelsea
Sekurang-kurangnya 15 mati, kapal migran tenggelam
Jepun guna hidrogen sekat radioaktif
Gempa bumi 5.8 magnitud gegar Indonesia
Mercedes perlu selesai masalah prestasi enjin - Rosberg
Kecederaan lutut memaksa Agger berehat dua bulan