Saturday, April 16, 2011

:: Pilihanraya DUN Sarawak 2011: Hari mengundi...

Senario Sarawak...dan pilihanraya DUN Sarawak 2011.

HASIL tangkapan...Awang Sadie Awang Abdullah 65, menunjukkan hasil tangkapan udang galah dengan menggunakan pancing di Sungai Batang Kayan, Lundu, Kuching. - Foto Azahan Rosli
HASIL tangkapan...Awang Sadie Awang Abdullah 65, menunjukkan hasil tangkapan udang galah dengan menggunakan pancing di Sungai Batang Kayan, Lundu, Kuching. - Foto Azahan Rosli

PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan Bako menaiki perahu tambang untuk pulang ke Kampung Bako, kira-kira 30 kilometer dari Bandaraya Kuching. - Foto Azahan Rosli
PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan Bako menaiki perahu tambang untuk pulang ke Kampung Bako, kira-kira 30 kilometer dari Bandaraya Kuching. - Foto Azahan Rosli

KEHIDUPAN kampung nelayan di Kampung Bako Seberang. - Foto Chan Wai Yew
KEHIDUPAN kampung nelayan di Kampung Bako Seberang. - Foto Chan Wai Yew

WALAUPUN seberat 70 kilogram dan hanya menggunakan motosikal untuk membawa terung emas sejauh 100 kilometer melintasi sempadan ia tetap sampai di pekan Serikin dalam keadaan baik dan segar. Bagi Andan kikim, 34, ia adalah rutin baginya setiap menjelang hari Jumaat ke pekan berkenaan kerana pekan Serikin, Bau akan dipenuhi pelancong dan baginya ia lubuk emas untuk dirinya dan keluarga untuk mencari rezeki. - Foto Azahan Rosli

PEKERJA di Jong's Crocodile Farm, Salihin Paee, 35, mengikat mulut buaya untuk memudahkan kerja mengalih buaya yang berumur lebih satu tahun ini ke sangkar yang lebih besar. Terdapat lebih empat ribu buaya di ladang buaya ini. - Foto Azahan Rosli

PERKHIDMATAN perahu Sungai Sarawak mendapat sambutan khususnya menjelang pilihan raya negeri Sarawak ke-10, 16 April depan. Tambang yang dikenakan RM1 kepada setiap penumpang. - Foto Chan Wai Yew
PERKHIDMATAN perahu Sungai Sarawak mendapat sambutan khususnya menjelang pilihan raya negeri Sarawak ke-10, 16 April depan. Tambang yang dikenakan RM1 kepada setiap penumpang. - Foto Chan Wai Yew

ORANG ramai membeli buah dabai di pasar Satok. Buah Dabai dalam bahasa saintifik dipanggil sebagai Canarium odontophyllum merupakan sejenis buah yang menyerupai buah kurma. Biarpun buahnya keras bagaikan batu namun cukup popular di negeri ini dan dijual pada harga antara RM3 hingga RM30 sekilogram mengikut kualiti. Difahamkan, buah dabai mengandungi protein, lemak dan karbohidrat. Selain isinya yang enak, bijinya juga boleh dimakan namun terpaksa memecahkan lapisan keras terlebih dahulu sebelum mendapat bijinya yang terasa seperti kacang segar. - Foto Khairul Ghazali

PERKHIDMATAN perahu untuk menyeberang sungai Sarawak mendapat sambutan pelancong tempatan dan luar negara. Perkhidmatan perahu ini mengutip RM1 untuk ke seberang. - Foto Chan Wai Yew
PERKHIDMATAN perahu untuk menyeberang sungai Sarawak mendapat sambutan pelancong tempatan dan luar negara. Perkhidmatan perahu ini mengutip RM1 untuk ke seberang. - Foto Chan Wai Yew

ENAK...Dawas anak Nasu, 67, menunjukan ulat sagu yang di jual di pasar Satok. Masyarakat pribumi Sarawak terkenal dengan pelbagai jenis sajian dan makanan tradisional yang kebanyakannya diperoleh dari sumber alam semula jadi. Salah satu makanan eksotik yang popular adalah ulat sagu (rumbia) atau turut dikenali sebagai tindoh atau ulat mulong ataupun matar. Nama Saintifik bagi ulat sagu ini dikenali sebagai 'Rhynchophorus Ferruginenus'. Pada masa sekarang, ulat sagu ini mempunyai pasaran dan nilai yang sangat tinggi terutama di pasaran tempatan. - Foto Khairul Ghazali

NELAYAN, Hipni Edi, 51, (kiri) bersama Razali Said, 80, dan Narawi Entol, 60, (kanan) memeriksa jaring sebelum turun ke laut di Kampung Sejinjang berlatar belakang Gunung Santubong dalam DUN Pantai Damai. Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang adalah cerita lagenda Sarawak yang diketahui umum sejak dahulu lagi. - Foto Rosdan Wahid

ORANG ramai menggunakan perkhidmatan feri yang menghubungkan kawasan Serdeng dan Semop di Pulau Bruit menyeberangi Sungai Paloh dekat kawasan Mukah. - Foto Ikhwan Munir
ORANG ramai menggunakan perkhidmatan feri yang menghubungkan kawasan Serdeng dan Semop di Pulau Bruit menyeberangi Sungai Paloh dekat kawasan Mukah. - Foto Ikhwan Munir

BOT ekspres yang menjadi pengangkutan utama dari Sibu ke Kapit turut menyediakan perkhidmatan membawa motosikal untuk ke seberang. - Foto Roji Abdullah
BOT ekspres yang menjadi pengangkutan utama dari Sibu ke Kapit turut menyediakan perkhidmatan membawa motosikal untuk ke seberang. - Foto Roji Abdullah

KAWASAN sekitar Terminal Penumpang Sibu yang sentiasa sibuk kerana ianya menjadi nadi pengangkutan yang penting di kawasan pekan tepi sungai seperti Kapit, Kanowit dan Song di sepanjang Sungai Rejang dekat Sibu. - Foto Ikhwan Munir

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, mengiringi Ketua Menteri Sarawak yang juga calon Barisan Nasional bagi kerusi DUN N.51 Balingian, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, sejauh 2 kilometer dari Masjid Setia Raja ke Dewan Suarah yang menjadi tempat penamaan calon pagi ini. - Foto Mohd Radzi Bujang

KETUA Menteri yang juga calon Barisan Nasional bagi N 51 Balingian, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyerahkan borang pencalonan di Dewan Suarah menjadi tempat penamaan calon di Mukah, pagi ini. - Foto Mohd Radzi Bujang

TAN Sri Alfred Jabu sempat menyeru adat semangat kepada Burung Kenyalang sambil diiringi anaknya di hari penamaan calon di Pejabat Majlis Daerah Betong DUN Layar, hari ini. - Foto Ghazali Bujang
TAN Sri Alfred Jabu sempat menyeru adat semangat kepada Burung Kenyalang sambil diiringi anaknya di hari penamaan calon di Pejabat Majlis Daerah Betong DUN Layar, hari ini. - Foto Ghazali Bujang

PENYOKONG Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkempen dari sampan ke sampan di Sungai Rajang dekat Song, Sarawak, pada hari terakhir berkempen hari ini. - Foto Mohd Kamil Rahim
PENYOKONG Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkempen dari sampan ke sampan di Sungai Rajang dekat Song, Sarawak, pada hari terakhir berkempen hari ini. - Foto Mohd Kamil Rahim

SUASANA perang poster parti Barisan Nasional dan parti pembangkang di perkampungan jeti nelayan RH Pasang, Sungai Rassau, Mukah, Sarawak. Demam perang poster juga dapat dilihat di perkampungan nelayan yang sebahagian penduduk mendiami rumah panjang di sepanjang persisiran sungai. - Foto Mohd Kamil Rahim

DUA anggota polis dari Balai Polis Sentral bersama pengadu membuat pemeriksaan pada poster calon Barisan Nasional (BN) N45 Bukit Assek, Chieng Buong Toon yang di simbah cat merah di Jalan Pedada di Sibu, semalam. - Foto Bernama

HARI penamaan calon pilihan raya Sarawak ke-10 menjadi meriah dengan gelagat penyokong dari pelbagai parti di Dewan Bandaraya Kuching Selatan. - Foto Chan Wai Yew
HARI penamaan calon pilihan raya Sarawak ke-10 menjadi meriah dengan gelagat penyokong dari pelbagai parti di Dewan Bandaraya Kuching Selatan. - Foto Chan Wai Yew

DAYANG Juliana Awang Tamri, 43, (tengah) mewakili Parti Cinta Malaysia bagi DUN Bekenu N.61 bersama penyokongnya. - Foto Afendi Mohamed
DAYANG Juliana Awang Tamri, 43, (tengah) mewakili Parti Cinta Malaysia bagi DUN Bekenu N.61 bersama penyokongnya. - Foto Afendi Mohamed

TIDAK BERTANGGUNGJAWAB...Pegawai penyiasat Polis Miri mengambil gambar papan tanda calon Barisan Nasional DUN Pujut, Andy Chia yang di tumbang dan di tanggal serta di koyak oleh orang yang tidak bertanggungjawab. - Foto Nadim Bokhari

JENTERA pilihan raya dari parti PAS mula memasang bendera sekitar pekan di Sadong Jaya, hari ini. - Foto Chan Wai Yew
JENTERA pilihan raya dari parti PAS mula memasang bendera sekitar pekan di Sadong Jaya, hari ini. - Foto Chan Wai Yew

PENYOKONG Parti Pakatan Rakyat (PKR) di DUN Batu Lintang memasang bendera parti itu di kawasan Tabuan Jaya, Kuching pada waktu malam menjelang pilihan raya Sarawak ke-10. - Foto Ghazali Bujang
PENYOKONG Parti Pakatan Rakyat (PKR) di DUN Batu Lintang memasang bendera parti itu di kawasan Tabuan Jaya, Kuching pada waktu malam menjelang pilihan raya Sarawak ke-10. - Foto Ghazali Bujang

BENDERA PAS dipasang berhadapan tokong Pekan Lundu, Tanjong Datu untuk menarik perhatian pengundi menjelang pilihan raya Sarawak yang ke-10. - Foto Rosdan Wahid
BENDERA PAS dipasang berhadapan tokong Pekan Lundu, Tanjong Datu untuk menarik perhatian pengundi menjelang pilihan raya Sarawak yang ke-10. - Foto Rosdan Wahid

POSTER Barisan Nasional menghiasi bulatan di Jalan Padungan. - Foto Shahrizal Md Noor
POSTER Barisan Nasional menghiasi bulatan di Jalan Padungan. - Foto Shahrizal Md Noor

PEKAN Kanowit dimeriahkan dengan perang poster antara Parti Barisan Nasional dan PKR menjelang hari pengundian pilihan raya Sarawak 2011. - Foto Ikhwan Munir
PEKAN Kanowit dimeriahkan dengan perang poster antara Parti Barisan Nasional dan PKR menjelang hari pengundian pilihan raya Sarawak 2011. - Foto Ikhwan Munir

WALAUPUN memberi khidmat memasang bendera, sepanduk untuk parti Barisan Nasional, PAS dan PKR namun bagi Mohd Fauzi Shafie, 36, undi tetap rahsia di negara kita yang mengamal sikap demokrasi malah suasana pilihan raya di Sarawak sejak dulu lagi pengundi dari pelbagi suku kaum dan agama mengamal sikap rasional. - Foto Ghazali Bujang

POSTER serta bendera Barisan Nasional yang diletakkan di  replika burung merpati yang menjadi mercu tanda bandar Sri Aman di Bulatan Resek memeriahkan suasana menjelang pilihan raya Sarawak ke-10. - Foto Mohd Fadli Hamzah

BENDERA dan poster parti bertanding menghiasi simpang Jalan Patinggan menghala ke pusat bandar Kuching, menjelang Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang ke-10. - Foto Rosdan Wahid
BENDERA dan poster parti bertanding menghiasi simpang Jalan Patinggan menghala ke pusat bandar Kuching, menjelang Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang ke-10. - Foto Rosdan Wahid

BENDERA parti yang bertanding diletakkan di sepanjang jalan Satok menjelang pilihan raya Sarawak ke-10. - Foto Mohd Fadli Hamzah
BENDERA parti yang bertanding diletakkan di sepanjang jalan Satok menjelang pilihan raya Sarawak ke-10. - Foto Mohd Fadli Hamzah

SARAWAK ELECTION: SUPP President Tan Sri Dr George Chan casting his vote at St Columba School in Miri shortly after the polls opened this morning. - Picture by NADIM BOKHARI
Apr 16, 2011 9:11 am

Read more: New Straits Times Online http://www.nst.com.my/#ixzz1Jg2Z3d5b

EXERCISING THEIR RIGHT: Sarawakians of all ages today vote in the 10th state election. In Kuching, 87-year-old Tsai Maria is seen here being wheeled to the polling centre bright and early this morning. - Picture by ROSDAN WAHID
Apr 16, 2011 10:11 am

Read more: New Straits Times Online http://www.nst.com.my/#ixzz1Jg2N6PkL

EXERCISING HIS RIGHT: Sarawakians of all ages today vote in the 10th state polls. In Sibu, 83-year-old Chien Lang Keong finds no problem casting his vote at Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua. - Picture by IKHWAN MUNIR

SARAWAK ELECTION: Picture taken at Sekolah Kebangsaan Kampung Bako in Kuching today shows Sarawakians of all ages going to the polls to exercise their voting rights. - Photo by CHAN WAI YEW
Apr 16, 2011 11:54 am

Read more: New Straits Times Online http://www.nst.com.my/#ixzz1Jg1nkHYk

SARAWAK POLLS: As the day progresses, more people turn out to cast their votes in the 10th state election. Above picture by AZAHAN ROSLI shows voters in Ulu Sungai Setiam, Bintulu, patiently waiting their turn to exercise their right. Bottom picture by KHAIRUL GHAZALI shows some elderly voters in Kuching getting assistance at Sekolah Kebangsaan Geblit polling centre.
Apr 16, 2011 12:30 pm

Read more: New Straits Times Online http://www.nst.com.my/#ixzz1Jg1ZkBEz

OFF TO THE POLLS: An elderly Sarawakian from Kampung Bako in Kuching enjoys riding pillion on his way to exercising his right to vote at Sekolah Kebangsaan Kampung Bako. - Picture by CHAN WAI YEW
Apr 16, 2011 1:34 pm

Read more: New Straits Times Online http://www.nst.com.my/#ixzz1Jg1KqFln

OFF TO THE POLLS: Elderly Sarawakians from Kampung Bako in Kuching being taken to exercise their right to vote at Sekolah Kebangsaan Kampung Bako. - Pictures by CHAN WAI YEW
Apr 16, 2011 2:16 pm

Read more: New Straits Times Online http://www.nst.com.my/#ixzz1Jg14QESH

EXERCISING THEIR RIGHT: Sarawakians of all ages today vote in the 10th state election as seen here in Kuching's Dewan Datu Merpati Jepang polling centre. - Picture by MOHD FADLI HAMZAH

SARAWAK ELECTION: Chief Minister Tan Sri Taib Mahmud casting his vote at the Dewan Datu Merpati Jepang in Kuching today. - Picture by MOHD FADLI HAMZAH
Apr 16, 2011 2:49 pm

Read more: New Straits Times Online http://www.nst.com.my/#ixzz1Jg0Huf00

image

Right to vote

Returning Officer Muhamad Zaba Bujang transporting the ballot box to SK Kampung Salak by boat. The area has 313 voters

PETUGAS pilihan raya, Marcella Liliy a/k Sapun (kiri) dan Lydia Jabing diiringi anggota polis ketika membawa kertas undi didalam peti undi untuk di bawa ke tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kuala Medalam yang mengambil masa dua jam melalui laluan sungai. Sekolah Kebangsaan Medalam terletak di dalam kawasan DUN Batu Danau.  - Foto Effendy Rashid

Sarawak votes

The Bidayuh community of Kampung Annah Rais longhouse wait for their turn to vote at SK St Annah Rais in Kuching, Sarawak. - ZULAZHAR SHEBLEE/The Star

PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya membantu menolak kerusi roda warga emas Sheikh Rahimullah Sheikh Aminullah 72, di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Columba di Miri, Sarawak pada hari mengundi pada Sabtu. - Foto BERNAMA

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu para pengundi sambil diperhatikan oleh calon Barisan Nasional (BN) kawasan Satok, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg di Sekolah Datu Merpati Jepang sempena pilihan raya negeri Sarawak ke-10 di Kuching, hari ini. - Foto BERNAMA
Apr 16, 2011 4:31 pm

KEKECOHAN berlaku di pusat pembuangan undi di Dewan Datuk Merpati Jepang, Satok, Kuching, pagi tadi apabila beberapa individu yang mendakwa diri mereka ejen tempat mengundi dipercayai dari pembangkang cuba mencetuskan provokasi. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Apr 16, 2011 1:51 pm

KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud diiringi calon Barisan Nasional (BN) DUN Satok, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang, Kuching, sebentar tadi. - foto BH Online
Apr 16, 2011 12:17 pm

WARGA OKU, Voon Yuang Foung dibantu petugas SPR ketika hadir untuk membuang undi di pusat mengundi Ibupejabat St John Ambulans, Kuching pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Apr 16, 2011 9:51 am

GAYA TERSENDIRI...Jamel Mustapha antara pengundi yang terawal tiba di pusat pengundian DUN Satok, pagi ini. - Foto BH Online
Apr 16, 2011 8:56 am

Rakyat Sarawak mengundi

by Saibi Gi dan Jessica Jawing. Posted on April 16, 2011, Saturday

PERSIAPAN TERAKHIR: Abdul Aziz menunjukkan gambar isyarat ‘Tolong Senyap’ semasa tinjauan persiapan terakhir SPR sempena Pilihan Raya DUN Sarawak ke-10 di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Kuching, semalam. ­— Gambar Bernama

KUCHING: Selepas berhempas pulas berkempen dan berperang poster bagi meraih undi selama 10 hari sejurus penamaan calon pada 6 April lalu, hari ini kuasa memilih calon pilihan berada di tangan 979,796 pengundi, dan seterusnya akan menentukan parti mana memiliki mandat membentuk kerajaan negeri menerusi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-10.

Sepanjang tempoh kempen, hampir semua para pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang datang ke Sarawak dan memberi ceramah serta menghadiri majlis rasmi dalam usaha memastikan hati para pengundi tertarik dengan parti masing-masing.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkempen di hampir seluruh pelosok negeri, bermula hujung minggu lepas hingga semalam.

Tidak ketinggalan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.

Antara agenda utama cuba ditangkis BN susulan dibangkitkan pembangkang ialah, tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), sekatan pengedaran kitab Injil bahasa Malaysia di kalangan penganut Kristian, dakwaan rasuah dan salah guna kuasa, isu keseimbangan agihan ekonomi dan layanan kerajaan terhadap sekolah aliran Cina.

Selain menangkis serangan pembangkang, sejak DUN dibubarkan pada 21 Mac, BN komited dalam menjelaskan nikmat pembangunan yang dilaksanakan dan dirancang mereka dalam usaha membuktikan mandat diberi rakyat dalam lima tahun lepas tidak disia-siakan.

Mereka turut menggariskan sembilan perkara utama menerusi manifesto yang bertema ‘Bersama Memajukan Sarawak’ yang menyimpulkan apa yang bakal dilaksanakan BN jika diberi mandat membentuk kerajaan untuk tempoh lima tahun lagi.

Pakatan pembangkang pula melancarkan manifesto dengan tajuk ‘Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat’ yang menggariskan 10 perkara.

Bagaimana para pengundi menilai dua manifesto tersebut dan diterjemahkan dalam bentuk undi pada hari ini, keputusan itu bakal diketahui menjelang tengah malam ini.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tempoh 10 hari berkempen yang berakhir semalam merupakan kempen umum yang aman, harmoni dan tenteram.

Ini kerana sepanjang tempoh itu SPR tidak menerima sebarang perkara yang serius berkaitan aktiviti berkempen, jelasnya.

“Kempen berjalan dengan baik dan saya tidak menerima laporan daripada pihak polis sehingga hari ini (semalam) tentang ada berlakunya pergaduhan, kecederaan dan pukul-memukul.

“Cuma yang adapun adalah perkara kecil berbentuk kempen tidak ada permit, mengoyakkan gambar atau poster calon, simbah cat atau lumpur,” katanya pada sidang media di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, semalam.

Abdul Aziz turut memberi amaran kepada wakil parti politik bertanding yang menjadi pemerhati di bilik mengundi agar tidak melampau sehingga mengganggu petugas SPR.

Katanya ia bagi mengelakkan apa yang berlaku semasa Pilihan Raya Kecil di Sibu Mei 2010 berulang lagi kali ini.

“Saya berharap dan mengingatkan mana-mana wakil parti politik yang dijemput menjadi saksi dalam bilik mengundi sama ada undi biasa atau undi pos agar tidak melampau.

“Ini kerana yang berkuasa penuh di situ (bilik mengundi) adalah ketua tempat mengundi… jangan apa yang berlaku di Sibu berulang lagi kerana kami juga tidak mahu disebabkan perkara sedemikian ia melewatkan (pengumuman keputusan),” katanya.

Di sebalik kehangatan tohmahan terhadap BN dan para pemimpinnya, pembangkang diselubungi dengan isu yang dikhuatiri menjejaskan sokongan iaitu video lucah yang dikaitkan dengan Anwar.

Terbaru, pembangkang yang sering melaungkan-laungkan slogan ‘Jom Ubah’ itu menerima tempias apabila Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan wujud konspirasi dalam mengaitkan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Kempen turut diperluaskan dengan penggunaan teknologi moden seperti Internet menerusi blog dan Facebook, serta SMS daripada kedua-dua pihak utama terbabit dalam pilihan raya negeri ini.

Menjelang keputusan diumumkan, tumpuan khusus wajar diberikan kepada 18 calon muka baru yang diketengahkan BN, pertandingan di kerusi-kerusi panas dan pertandingan di kerusi majoriti pengundi Cina.

BN meletakkan calon baru di Demak Laut yang mempertaruhkan Dr Hazland Abang Hipni, Padungan (Sim Kiang Chiok), Pending (Dr Sim Kui Hian), Batu Lintang (Sih Hua Tong), Kedup (Martin Ben), Sadong Jaya (Aidel Lariwoo), Beting Maro (Razaili Ghapor), Belawai (Datu Len Talif Salleh), Semop (Abdullah Saidol), Meradong (Ling Kie King), Bukit Assek (Chieng Buong Toon), Dudong (Datuk Tiong Tai King), Nangka (Dr Anuar Rapa’ee), Pelagus (Stanley Unja), Kidurong (Henry Ling), Lambir (Ripin Lamat), Telang Usan (Dennis Ngau) dan Ba’Kelalan (Willie Liaw).

Kawasan-kawasan yang membabitkan majoriti pengundi Cina dan bakal menyaksikan usaha SUPP mempertahankan serta berusaha merampas kembali kerusi berkenaan ialah Padungan, Pending, Batu Lintang, Batu Kawah, Kota Sentosa, Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Kidurong, Piasau, Pujut dan Senadin.

Berdasarkan sambutan rakyat, kerusi di luar bandar yang banyak membabitkan pertaruhan antara PBB, SPDP dan PRS dijangka masih selamat, sekali gus mampu membawa kemenangan kepada BN dengan dua pertiga majoriti.

Pilihan raya negeri kali ini turut mencatat sejarah apabila semua 71 kerusi dipertandingkan dan paling ramai calon Bebas bertanding. BN, parti pemerintah, mempertaruhkan calon di semua kawasan, PKR 49, SNAP 26, DAP 15, Parti Cinta Malaysia (PCM) 6, PAS 5 dan BEBAS 41, menjadikan jumlah calon 213.

Sepanjang tempoh kempen, SNAP yang bertanding merebut 26 kerusi kelihatan kurang menyerlah liputannya di media massa berbanding BN dan pakatan pembangkang, apatah lagi 41 calon Bebas.

Sebelum ini, ada khabar angin mengatakan SNAP dan beberapa calon Bebas ditaja oleh BN bagi tujuan memecah undi. Kenyataan itu bagaimanapun disanggah pemimpin BN dan SNAP. Nasib SNAP dan calon Bebas juga akan ditentukan pada hari ini.

Pilihan raya negeri kali ini juga merupakan yang terakhir bagi Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud apabila beliau mengumumkan pelan persaraannya dalam dua hingga tiga tahun lagi.

Menerusi pilihan raya negeri kesembilan pada 2006, BN menguasai 63 kerusi dengan pecahan PBB memiliki 35 kerusi, SUPP 12 serta PRS dan SPDP, masing-masing 8. DAP memiliki enam kerusi, Parti Cinta Malaysia 1 dan PKR 1.