Friday, April 29, 2011

:: Sarawak : SUPP akan terus dibantu... walau telah ditolak ?




SUPP will remain in BN

29 April, 2011

KOTA SAMARAHAN: Barisan Nasional (BN) will not let Sarawak United People’s Party (SUPP) ‘walk alone’ despite the party’s worst ever election setback on April 16.



SUPP akan terus dibantu

by Rusnan Mustafa. Posted on April 29, 2011, Friday


BN berusaha pastikan SUPP tidak berjuang sendirian walaupun tanggung keaiban dalam pilihan raya lalu


KOTA SAMARAHAN: Barisan Nasional (BN) akan berusaha memastikan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tidak berjuang bersendirian walaupun menanggung keaiban dalam pilihan raya pada 16 April lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata,parti politik tertua di Sarawak itu masih parti komponen BN dengan jentera yang perlu diperkukuhkan lagi.

Beliau menegaskan sama ada masyarakat Cina di negeri ini masih mahukan SUPP atau tidak bukan menjadi isu kerana BN Sarawak berjaya memperolehi majoriti dua pertiga dalam pilihan raya negeri ke-10.

“Kita perlu menyokong mereka (SUPP) tanpa mengira situasinya.

“Saya rasa apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri (Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) adalah tepat, kerana BN perlu menubuhkan kerajaan negeri walaupun tanpa perwakilan Cina,” katanya kepada wartawan di sini semalam.

Nazri berpendapat, tindakan masyarakat Cina menolak SUPP tidak menjejaskan BN.

“Tidak apalah jika mereka tolak SUPP. Bagi BN, kita tetap akan menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat Cina jika dan bila kita mampu berbuat demikian,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan yang menyamakan SUPP dengan dua parti politik berasaskan Cina di Semenanjung Malaysia iaitu Gerakan dan MCA, beliau berkata: “Sarawak dan Semenanjung (Malaysia) ada dua senario yang berbeza dan apa yang perlu dilakukan adalah menguatkan lagi SUPP.”

Sama ada BN tahu apa kehendak masyarakat Cina di negeri ini atau tidak, Nazri berkata: “Itu kita perlu tanya masyarakat Cina.”

Dalam pilihan negeri lalu, SUPP tewas di 13 daripada 19 kerusi yang ditandinginya kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dua wakil masyarakat Cina yang menang adalah Dato Sri Wong Soon Koh dan Datuk Lee Kim Shin, yang masingmasing mempertahankan kerusi Bawang Assan dan Senadin.