BN candidates known today
3 April, 2011
List finalised after meeting with prime minister to be revealed by Taib
http://www.theborneopost.com/?p=114095
Taib umum senarai nama calon BN jam 3 petang ini
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan mengumumkan nama-nama calon BN bagi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-10 hari ini.
Taib yang juga Pengerusi BN Negeri berkata, pengumuman itu akan dilakukan di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako pada jam 3 petang.
“Saya akan memperkenalkan semua calon (BN),” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Sejiwa Senada Kerajaan Bersama Rakyat Peringkat Kuching Utara di pekarangan Sukma Ria di sini, semalam.
Kelmarin (Jumaat), Taib mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, dipercayai untuk menyerahkan senarai nama calon BN bagi pilihan raya negeri.
Pilihan raya akan diadakan pada 16 April ini dengan penamaan calon pada 6 April melibatkan 71 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Agihan kerusi di kalangan parti komponen BN yang merangkumi PBB, SUPP, SPDP dan PRS, dijangka kekal seperti Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-9 pada 2006.
Ini bermakna PBB bakal bertanding di 35 kerusi, diikuti SUPP 19, PRS sembilan dan SPDP lapan.
PBB, dijangka sekurang-kurangnya menurunkan muka baru di 10 kawasan iaitu Demak Laut bagi menggantikan Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen, Saribas (Dr Wahbi Junaidi), Sadong Jaya (Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi), Lingga (Simoi Peri), Beting Maro (Datuk Bolhassan Di), Nangka (Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah), Telang Usan (Lihan Jok), Kedup (Frederick Bayoi Manggie), Belawai (Datuk Hamden Ahmad) dan Lambir (Datuk Aidan Wing).
PRS pula dijangka menampilkan dua muka baru di Ngemah dan Pelagus. Ngemah kini disandang Gabriel Adit Demong daripada Parti Cinta Malaysia (PCM).
SPDP yang dipimpin Dato Sri William Mawan Ikom hampir pasti menurunkan semua penyandang.
SUPP yang diketuai Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dijangka mengekalkan semua penyandang dan mengisikan muka baru kira-kira 30 peratus bagi bertanding di kerusi disandang DAP dan PKR.
Antara tumpuan utama pada hari pengumuman calon ialah siapa yang bakal diturunkan BN di kerusi Pelagus — kini disandang Larry Sng.
Isu itu timbul apabila Larry, selepas dipecat daripada PRS susulan krisis kepimpinan, masih berhasrat bertanding di kerusi tersebut.
Presiden PRS Dato Sri Dr James Masing bagaimanapun bersedia mengemukakan calon baru bagi menggantikan Larry.
KUCHING: Berikut adalah senarai 71 calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) :
N.3 (Tanjung Datu) - Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem
N.4 (Pantai Damai) - Dr Abdul Rahman Junaidi
N.5 (Demak Laut) - Dr Hazland Abg Hipni (muka baru)
N.6 (Tupong) - Datuk Daud Abdul Rahman
N.7 ( Samariang) - Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
N.8 (Satok) - Datuk Amar Abg Johari Tun Openg
N.14 (Asajaya) - Abd Karim Rahman Hamzah
N.15 (Muara Tuang) - Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud
N.17 (Tarat) - Roland Sagah Wee Inn
N.18 (Tebedu) - Datuk Seri Michael Manyin Jawong
N.19 (Kedup) - Maclaine Ben @ Martin Ben (muka baru)
N.20 (Sadong Jaya) - Aidel Lariwoo (muka baru)
N.21 (Simunjan) - Mohd. Naroden Majais
N.22 (Sebuyau) - Julaihi Narawi
N.23 (Lingga) - Simoi Peri
N.24 (Beting Maro) - Razaili Gapor (muka baru)
N.30 (Saribas) - Ricky @ Mohd Razi Sitam (muka baru)
N.31 (Layar) - Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang
N.32 (Bukit Saban) - Robert Lawson Chuat
N.33 (Kalaka) - Abdul Wahab Aziz
N.35 (Belawai) - Datuk Talif @ Len Salleh (muka baru)
N.36 (Semop) - Abdullah Saidol (muka baru)
N. 37 (Daro) - Murni Suhaili
N.38 (Jemoreng) - Gani @Abu Sema Jahwie
N.44 (Machan) - Datuk Gramong Juna
N.49 ( Nangka) - Dr Annuar Rafa'ee (muka baru)
N. 50 (Dalat) - Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming
N.51 (Balingian) - Pehin Sri Abdul Taib Mahmud
N.55 (Katibas) - Datuk Ambrose Blikau Enturan
N.58 (Jepak) - Datuk Talib Zulpilip
N.60 (Kemena) - Dr Stephen Rundi Utom
N.62 (Lambir) - Ripin Lamat (muka baru)
N.67 (Telang Usan) - Dennis Ngau (muka baru)
N.68 (Bukit Kota) - Dr Abdul Rahman Ismail
N.71 (Bukit Sari) - Datuk Amar Tengah Ali Hassin @ Tengah Ali Hasan
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) :
N.1 (Opar) - Ranum Mina
N.9 (Padungan) - Sim Kiang Chiok (muka baru)
N.10 (Pending) - Prof. Dr Sim Kui Hian (muka baru)
N.11 (Batu Lintang) - Sih Hua Tong (muka baru)
N.12 (Kota Sentosa) - Datuk Yap Chin Loi
N.13 (Batu Kawa) - Tan Joo Phoi
N. 16 (Bengoh) - Dr Jerip Susil
N.27 (Simanggang) - Datuk Francis Harden Hollis
N.28 (Engkilili) - Johnical Rayong Ngipa
N.39 (Repok) - Datuk David Teng Lung Chi
N.40 (Meradong) - Ling Kie King (muka baru)
N.45 (Bukit Assek) - Chieng Buong Toon (muka baru)
N.46 (Dudong) - Datuk Tiong Thai King (muka baru)
N.47 (Bawang Assan) - Datuk Seri Wong Soon Koh
N.48 (Pelawan) - Goh Chung Siong
N.59 (Kidurong) - Ling Kuong Meng (muka baru)
N.63 (Piasau) - Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam
N.64 (Pujut) - Chia Chu Fatt
N.65 (Senadin) - Datuk Lee Kim Shin
Parti Rakyat Sarawak (PRS) :
N.25 (Balai Ringin) - Snowdan Lawan
N.26 (Bukit Begunan) - Mong Dagang
N.29 (Batang Ai) - Malcom Mussen Lamoh
N.43 (Ngemah) - Alexander Vincent (muka baru)
N.52 (Tamin) - Joseph Mauh Ikeh
N.53 - (Kakus) - John Sikie Tayai
N.54 (Pelagus) - Stanley Nyitar @ Unja Malang (muka baru)
N.56 (Baleh) - Datuk Seri James Jemut Masing
N. 57 (Belaga) - Liwan Lagang
Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) :
N.2 (Tasik Biru) - Datuk Peter Nansian Ngusie
N.34 (Krian) - Datuk Peter Nyarok Entrie
N.41 (Pakan) - Datuk Sri William Mawan Ikom
N.42 (Meluan) - Wong Judat
N.61 (Bekenu) - Rosey Yunus
N.66 (Marudi) - Sylvester Entri Muran
N. 69 (Batu Danau) - Palu @ Paulus Palu Gumbang
N.70 (Ba'kelalan) - (misteri)