Friday, September 14, 2007

:: Lima beranak

13 September 2007: Khamis

:: kesiankan kat Acik... carilah jugak kuih yang dia nak tuu... Kek Cokelat Meranek (RM2 = 6 hiris), Bingka Bawang (RM1 = 4 hiris), Kusoi (RM1 = 4 hiris), Air Soya Panas (RM3 = 3 bungkus) dan Nasi Beriani (RM10 = 2 bungkus)... dan bila hampir waktu berbuka... Angah pun tiba setelah selesai kuliahnya di UNITAR... berbukalah kami 5 beranak... dan Mak Ngah pun ambil kesempatan untuk call Along (Kluang) dan Alang (Miri) sambil berbuka tuuu... teringat kat anak2 katanya... ye le... hati seorang ibu...
:: kami dapat jugak le bersama2 untuk berterawikh di Pusat Pengajian Islam IPTAR... yang melaksanakan 8 rakaat je... ramai jugak yang dapat turut sama... dapat le 7 saf... ada le kira2 400 orang... termasuk pensyarah, staf, pelajar dan jiran2 dari Taman Desa Ilmu... dengan selingan tazkirah selepas 4 rakaat pertama... manakala di Masjid Wan Alwi (Tabuan Jaya) yang selalunya kami ke sana sebelum ini... sebelum berpindah ke IPTAR... yang melaksanakan 20 rakaat...