Saturday, September 29, 2007

:: Tunjuk hebat

29 September 2007: Sabtu
:: Along, Angah, Alang, Anjang dan Acik tak berpeluang mengaji Al-Quran dengan guru lain... cuma bergurukan mamanya apabila dah "kenal huruf"... tapi dengan ayahnya pada peringkat Muqaddam. Setiap daripada mereka punya gaya dan kerenah tersendiri. Acik... terbiasa menggunakan pensil sebagai "penunjuk" ketika membaca Al-Quran... dengan menggerakkan pensil tu dari kanan ke kiri... sambil menunjukkan huruf dan ayat2 yang dibaca... dan kadang2 tu cuma gunakan jari telunjuk kanan je sebagai "penunjuk" apabila pensilnya tercicir atau dah hilang entah ke mana... dan keadaan ini berbeza dengan Pak Ngah ketika seusia dengan usia Acik tu...
:: Semua adik beradik Pak Ngah mengaji Al-Quran bergurukan Tok Long Nah Bidan... kecuali Pak Tam yang barangkalinya mengaji dengan anak2 Tok Long Nah Bidan manakala Mak Njang Aziah pulak mengaji dengan MaK Njang Yam... barangkali le... dan kalau tak silap. Tol Long Nah Bidan ni... dialah yang menjadi guru Al-Quran dan dialah jugak yang membidani orang bersalin ketika itu... sebelum Tok Cik Bidan (mak Mak Cik Norma) turut mempamerkan bakatnya dalam membidani orang bersalin.
:: Rumah asal Tok Long Nah Bidan ni... adalah di tanah bapak kepada Bang Yet Besah (menantu Allahyarham Mad Sakat) di tanah permatang bersempadankan pagar kawasan Kolam Air dan di hujung tanah Mohd Keling Bubur. Mak Long Azizah dan Pak Ngah berkesempatan mengaji di rumah asalnya itu. Rumah di darat... di tanah Tok Su Mat Ali Ketoi Arang yang bersempadan dengan tanah Pak Ngah Shafie (bapak Tok 'Aq) adalah rumah barunya.
:: Biasanya Quran ditinggalkan di atas para bersusun dengan "papan rehal" di rumah Tok Long Nah Bidan tu. Menjadi kebiasaanlah lidi kelapa dijadikan sebagai "penunjuk" ketika membaca Quran... dan selalunya lidi tu hilang... sebab tercicir dari helaian Quran... ketika menyimpan dan mengambilnya. Dan dah menjadi undang2 tak bertulis... sesiapa yang kehilangan "penunjuk" tu terutamanya ketika mengaji berdepanan dengan Tok Long Nah... siap le... akan dijentik telinga dengan hujung rotan... sakit wooo. Menyedari akan keadaan itu... Pak Ngah biasanya menyediakan dua bilah lidi di dalam Quran... hilang satu... ada lagi satu... selamat le. Namun suatu hari... Pak Ngah ternampak daun kelapa hidup yang berbilah besar untuk dijadikan "penunjuk". Pokoknya rendah je... dapat mengesannya apabila melalui tanah Tok Long Ba'yah berdekatan parit besar yang ditumbuhi pokok mengkuang. Parit tu kini dah tiada... mungkin akibat paras air dah menurun dan tanah dah jadi gersang.
:: Tiada pisau dan tiada alatan lain... lalu Pak Ngah cuma gunakan kuku ibu jari tangan kanan untuk meraut sisa daun dari bilah lidi itu... akhirnya dapatlah lidi "penunjuk" bersaiz besar berwarna kuning untuk simpanan. Kesannya celahan kuku ibu jari tangan kanan Pak Ngah telah bernanah akibat dimasuki selumbar... dan kisah ini berakhir dengan Pak Ngah dimasukkan ke Hospital Lumut pada tahun 1964 selama 3 malam... kerana perlukan suatu pembedahan kecil... iaitu mencabut kuku ibu jari tangan kanan tersebut setelah dibius. Itulah kali pertama Pak Ngah diam di hospital untuk makan nasi dengan berlaukkan ikan dan sayur tauge rebus yang tawar. Komen Allahyarhamah Tok Che Mah ialah... " ha... tu la... tunjuk hebat lagi... guna la jari..." yang bernada sindiran.