Friday, September 14, 2007

:: Liat betul

13 September 2007: Khamis


:: Hari pertama berpuasa... kami bersahor 4 beranak je... sebab Angah sorang diri di Tabuan Jaya... dengan berlaukkan secara ala kadar... Anjang dan Acik dikejutkan seawal jam 4... ye le... hari pertama nak bersahor... tengah sedap tidur... punya le liat nak bangun... Acik pulak yang mudah bangun berbanding Anjang... liat sungguh... jam 4.30 pagi baru mereka bangun... tapi bila mengadap makanan tuuu... berselera pulak mereka... dan sengaja dilewatkan bersahor tu... sebab nak ambik sunatnya... dan selepas bersahor... boleh terus tunaikan solat subuh...

:: Awal2 lagi Acik dah menyenaraikan kuih yang patut dibeli di Desa Ilmu untuk berbuka petang niii... yang nampaknya macam dah didirikan 3 hari lepas... iaitu bazar ramadhan di Desa Ilmu... berjarak kira2 1 km je... dekat dengan IPTAR... dan tengok le keadaan... kuih apa yang bakal dibeli nanti... dan dengan ini... betul le tanggapan umum bahawa... bulan puasa ni adalah bulan menjamu selera...