Monday, September 24, 2007

:: Anak sedara

24 September 2007: Isnin


:: Petang tadi dan malam tadi... Pak Ngah dapat mesej dari anak sedara... sorang dari Kapit, Sarawak dan sorang lagi dari Ipoh. Mereka berdua ni adalah pendidik yang baru menceburi bidang tersebut... sorang tu kakak dan sorang lagi tu adik lelaki sulungnya... dan mesej2 tu adalah berkisar pada hal2 di bulan puasa dan hari raya...

Dari AKIM: Askm. Jd ke beraya di perak?

Pak Ngah jawab: InsyaAllah.

Dari ILAH: Aim bgtau dia jatuh, kaki dia bgkak & trsliuh. Ksian dia.. Dugaan. Td buka posa mkn apa? Ilah buat bubur lmbuk (moi) tringat arwah tok...

Pak Ngah jawab: AIM jatuh motosikal? Dmana? Bbur lambuk tu sdap jka ckup lmak & bhn prasanya. MOI/KANJI ni dgmari arwah tokwan & tok ktika mreka masih ada. Alfatihah utk mreka.


Ilah (Azilah) ni merupakan anak sedara sulung Pak Ngah... anak kepada Kak (Azizah) dan Abang Mail. Kini sebagai pensyarah di PUO Ipoh... dan terima kasihlah kepada Pak Lang Sabah yang banyak membantu di belakang tabir. Dia membesar bersama Tok Che Mah dan Tok Wan Lin di Bt. 51, Pantai Remis sejak dari sekolah rendah lagi hinggalah sebelum berjaya memasuki UUM. Diam bersama Tok dan Tok Wannya apabila seluruh keluarganya berpindah sebagai peneroka Felda. Bersekolah di SK Sg Batu dan SM Dato Idris, Pengkalan Bharu, Pantai Remis dan di Sitiawan hinggalah akhirnya berjaya dalam STPM dan memasuki UUM setelah beberapa tahun bertugas sebagai guru sandaran di SMK Pantai Remis, sedangkan ketika itu ramai dari rakan2nya telah mendahuluinya memasuki IPTA. Motosikal baru yang dibeli hasil dari gaji yang diterima itulah yang digunakan untuk ke sekolah sebagai GSTT dan untuk berulangalik mengunjungi keluarganya di Grik... dan jika sewaktu emaknya di alam remaja... jika kelihatan anak gadis bermotosikal sebegitu... istilah "betina garit" akan digunakan oleh masyarakat sekitar... ye lah... pandangan dan persepsi masyarakat berubah... selari dengan berubahnya zaman.


:: Manakala AKIM... yang nama sebenarnya Azizul Hakim... yang nama blognya cikgu azizul... lulusan UUM... kini dah mengajar di SK Sg. Kapit, Kapit, Sarawak. Tengah berdarah manis... setelah bertunang dengan pilihan hatinya... yang boleh diikuti dalam blognya... yang bakal mengorbankan 2 - 3 ekor lembu pada Disember 2007 ini. Pengalaman merantau ke Johor dengan kerja yang pelbagai termasuk berniaga "ayo buah" (istilah Pak Tamnya) di pasar malam... sewajarnya menjadikan dirinya cepat matang dalam banyak hal. Terima kasih kat Pak Tam dan Mak Tam atas sumbangan menjadi "guru" di belakang tabir.