Tuesday, September 11, 2007

:: Berjelaga

10 September 2007: Isnin
:: Urusan bayaran insuran dan cukai jalan WIRA tergendala sebentar... apabila Angah lambat memaklumkan awal2 akan keperluan duit makan dan duit minyak kereta untuk seminggu... itu belum lagi termasuk bayaran tempahan baju rayanya... tujuh pasang... mak datuk... banyaknya... nampak macam nak beraya sakan dia ni... namun kesemua hal berkaitan Angah dan kereta WIRA tu dapat diselesaikan...
:: Mak Ngah pulak... sebelah petangnya dapat membantu menguruskan bayaran insuran dan cukai jalan KEMBARA... lega... sebab ada yang tolong menolong sebegitu...
:: Tup2... terima sms dari Angah jam 4 petang... jangan lupa menonton TV malam ni katanya... ada siaran terus menerus majlis penutupan kemerdekaan di Kuching... Angah ada ambil bahagian dalam choral speaking dll lagu... mewakili UNITAR katanya lagi... maka menunggu le kami anak beranak di depan TV... walaupun pada awalnya agak membosankan... berkaitan cara penyampaian dan isi ucapan tiga orang tokoh... menteri KeKKWa dalam ucapan aluannya... Ketua Menteri bagi ucapan penghargaan... dan ucapan perasmian oleh Pak Lah... apa2 pun majlis itu dapat disempurnakan dalam hujan renyai2... kesian bagi yang tak berbumbung...
:: Kekadang terfikir jugak... dengan belanja yang besar untuk kendalikan majlis tuuu... dengan pengisian persembahan sebegitu... apakah hasilnya... terutama bagi generasi muda... akan makna kemerdekaan itu sendiri... sedangkan dalam masa yang sama... masih ada lagi orang kita yang belum menikmati jalan bertar... masih mencedok air telaga sebab tiada air paip... masih berjelaga lubang hidung dik menggunakan pelita... kerana tiada kemudahan bekalan elektrik... sedangkan Malaysia dah 44 tahun merdeka... dan Persekutuan Tanah Melayu dah setengah abad... dah 50 tahun usianya...