Thursday, September 13, 2007

:: Ehya' Ramadhan

12 September 2007: Rabu


:: Bersempatan jugak pihak IPTAR dengan kerjasama Pusat Pengajian Islam IPTAR mengadakan ceramah khas "Ehya' Ramadhan" di Dewan Sadongjaya, IPTAR kepada semua warga IPTAR (pensyarah, staf dan pelajar) yang beragama Islam... mulai jam 2.30... selama 2 jam... oleh Ustaz Hassan Basri dari SMT Sejingkat, Petra jaya, Kuching... sehari sebelum Ramadhan tiba... semoga ada manafaatnya...
:: InsyaAllah... antara aktiviti sepanjang Ramadhan Al-Mubarak kali ini adalah... iftar jamai' (berbuka puasa beramai2)... solat tarawikh... tadarrus Al-Quran... usrah... kuliah pengajian... diskusi ilmiah (muslimat)... program "cintai Al-Quran"... sambutan Badar Al-Kubra... Qiamullail + sahur perdana... dan khatam Al-Quran... dengan sokongan dan dokongan semua pihak...
:: Dik kerana cuti banyak lagi... Pak Ngah pun ambil kesempatan untuk bercuti dua hari... hari Khamis dan Jumaat... iaitu hari pertama dan kedua berpuasa... Mak Ngah dan Acik pun bercuti sehari (SK Dato Traoh)... dan petang semalam dapat SMS daripada Along ... "Johor cuti 1st Ramadhan"...