:: Tanah pusaka tinggalan Allahyarham Tok Wan Lin tidaklah sebesar mana pun... namun atas kesepakatan anak2nya dan dengan restu Allahyarhamah Tok Che Mah ketika hidupnya... tanah itu dihakmilikkan pada semua anak2nya yang seramai 7 orang... sama banyak dan sama hak miliknya... dan pertukaran hak milik itu telah diuruskan oleh "adik2" yang bertanggungjawab... terima kasih banyak.
:: Teringat lagi bahawa di atas tanah itulah... Allahyarham Tok Wan Lin pernah membenarkan Allahyarham Pak Njang Mat Peston, Allahyarham Hjh Makcik Sa'adiah, Allahyarham Tok Ndak Mat Norsiah, Allahyarham Tok Ndak Mat Boat, Abang Husin Kak Ma, Tok Ngah Mah...untuk mendirikan rumah... selain dari Pak Ngah Chan yang masih ada di situ.
:: Seingat2 Pak Ngah... orang terawal diam di tanah tu ialah Pak Njang Mat Peston bersama2 isterinya Hjh Dasimah Ibrahim serta anak2. Akhirnya mereka berpindah ke Kpg Tebuk Yan Luar setelah membeli tanah di situ.
:: Kemudian disusuli pulak oleh Makcik Sa'adiah yang bersuamikan Pakcik Non Mad Belangkas... sepupu Tok Wan Lin... sebab Tok Long Nah, isteri kepada Mad Belangkas itu adalah kakak kepada Fatimah, ibu kepada Tok Wan Lin yang merupakan adik kepada Tok Su Mat Ali Ketoi Arang. Mereka ni akhirnya berpindah ke Pantai Remis... kawasan belakang kedai New Store setelah menjualkan rumah mereka tu kepada Tok Ndak Mad Boat.
:: Tok Ndak Mad Boat mengahwini isteri barunya, Mak Cik Sa'diah Tok Awang Akil setelah kematian isterinya, iaitu adik kepada Tok Su Nah (isteri Tok Su Mad Ali Ketoi Arang). Beliau berasal dari Pangkor dan menetap di Bt. 51 hinggalah ke akhir hayatnya akibat serangan angin ahmar. Akhirnya rumahnya itu dipindahkan ke Kpg. Bulang (berdekatan rumah murah Pantai Remis dan kawasan Kolam Air) setelah Mak Cik Sa'diah bersuami baru... dan bekas tapak rumah (hujung tanah sebelah matahari naik) yang berada di kawasan pokok kekabu ke arah jalan tar itu kekal kosong hinggalah sekarang.
:: Manakala Tok Ndak Mad Norsiah pulak adalah orang Kedah... merantau ke Pantai Remis setelah berpisah dengan isteri pertamanya dan akibat krisis keluarga di sana. Beliau beristerikan pula Tok Ndak Norsiah, orang Gelong Gajah yang asal mulanya menyewa rumah Ustaz Din (bapa Cikgu Tapa dan menantu kepada Mak Uda/Tok Jusuh yang berasal dari Batu Bara, Sumatra) berdekatan rumah Cina Lotam. Tok Ndak Mad kemudiannya mendirikan rumah di tepi jalan tar... di belakang kedai bersebelahan rumah Pak Ngah Chan/Mak Ngah Minah. Akhirnya rumah itu dijual kepada Abang Husin Kak Ma, yang merupakan adik kepada Mak Ngah Minah dan anak lelaki kepada Tok Ndak Mad Boat... yang kemudiannya mereka pulak berpindah ke Kpg Tebuk Yan Dalam bersama2 rumah tersebut.
:: Di atas tapak rumah itulah didirikan rumah Tok Ngah Mah Semput... dan oleh kerana rumah tu amat kecil berbanding jumlah anak menantu dan cucu2nya yang sering datang bertamu... maka dirobohkanlah rumah itu dan dia berpindah menyewa rumah di tanah Cikgu Ahmad Bahari, berdekatan rumah Majid Teloq. Sekarang ni dah jadi kawasan perumahan dan semakin susutlah tanah hak milik orang Melayu.
:: Dan kini hanya yang tinggal mendiami tanah pusaka tu adalah Pak Ngah Chan (Abu Hassan), yang merupakan adik tiri seibu dengan Allahyarham Tok Wan Lin... dan Pak Ngah Chan ini mempunyai sorang lagi adik lelaki iaitu Pak Su Yeh (Alias) yang kini menetap di Kpg Masjid Lama, Kuah, Langkawi. Tok Wan Lin berbapakan Che Rus manakala Pak Ngah Chan dan Pak Su Yeh pula berbapakan Abdullah yang berasal dari Langkawi. Asal mulanya Pak Ngah Chan berumah di tanah Tok Su Mad Ali Ketoi Arang, di hujung tanah sebelah matahari naik yang bersempadan dengan tanah Tok Long Ba'yah. Tanah Tok Long Ba'yah itu pun kini dah bertukar menjadi kawasan kedai dan taman perumahan... dan semakin susutlah tanah hak milik orang Melayu.