Wednesday, September 12, 2007

:: Munculnya Ramadhan

11 September 2007: Selasa


:: Umat Islam dah mula bersiap2 untuk menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Pengurusan masjid dan surau rancak menyusun atur segala program kuliah... solat tarawikh... tadarrus...qiamullail dan majlis berbuka puasa... atau moreh.
:: Di negara kita yang tercinta ini... di banyak masjid dan surau terutama di bandar... kita terbiasa dengan makanan yang melimpah ruah... berlebihan... malah kekadang tu mengundang pembaziran apabila makanan berlebihan tidak dibawa pulang... lantaran makanan di rumah sendiri pun sebegitu jugak nampaknya...
:: Bazar Ramadhan bercambah dengan banyaknya di merata tempat dan ceruk rantau... sebut sahaja apa yang dikehendaki... lauk pauknya... kuih muihnya... dll yang beraneka jenis dan rasanya... begitulah suasana di negara kita yang kelihatannya mewah di bulan Ramadhan... seolah2 bulan menjamu selera... bukannya bulan puasa... dan begitulah kita... dari dahulu hingga sekarang... dan mungkin akan terus sebegitu... tetapi bagaimanakah agaknya suasana yang dihadapi oleh rakan2 kita di Palestin... Iraq... Afghanistan... Kashmir dll termasuk di Afrika yang mungkin jauh berbeza... sebagaimana rakan2 kita di negara tercinta ini... yang antaranya yang dhaif... serba kekurangan... samaada yang di bandar atau di pedalaman...
:: Tanggapan umum bahawa bulan Ramadhan adalah bulan menjamu selera diperkukuhkan dengan hilang lesapnya segala bazar jualan makanan... sebagaimana hilangnya bulan Ramadhan apabila Syawal menjelma... dan bazar ini akan muncul semula ketika Ramadhan muncul semula pada tahun berikutnya... dan begitulah seterusnya...
:: Surah Al-Baqarah: 183... " Wahai orang2 yang beriman... diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang2 sebelum kamu... agar kamu bertaqwa "