:: Kisah lama... kisah yang dah jadi sejarah. Kisah ketika hujung tahun 1960an... ketika itu masih ada radio yang menggunakan bateri basah dan perlu gunakan aerial tinggi yang dihubungkan dengan buluh yang dipacak tinggi bagi mendapatkan siaran yang lebih baik.
:: Pak Ngah menggemari drama siri mata2 gelap dan siri bangsawan melalui siaran radio. Ketika itu... Jah Lelawati adalah orang hebat... yang biasanya memainkan peranan sebagai nenek kebayan atau inang atau dayang kepada puteri raja... dan dengan suaranya yang serak2 basah serta hilai tawanya yang agak menyeramkan bagi Pak Ngah ketika itu... dan kalau tak silap dengan siarannya ke udara kira2 jam 9.00 malam... maka berebut2lah Pak Ngah, Mak Long Azizah dan Arah untuk menempati anak tangga paling atas... di tangga rumah Allahyarham Tok Ndak Mad Boat. Arah tu adalah anak Mak Njang Dasimah Ibrahim / Pak Njang Mat Peston... Zaharah Sitta namanya... kalau tak silap le.
:: Yang sedapnya ketika itu... zaman budak2lah katakan... zaman kanak2... Pak Ngah suka jugak le sakat-menyakat ni... dan yang selalu dimangsakan ialah Arah. Kadang2 tu... bila dia mandi di telaga ketika "gelap2 tanah"... ketika nak maghrib... kira dah nak gelap le tu... dan masa itu le... Pak Ngah akan mengusiknya... "Hai penunggu pohon beringin... datanglah ke sini... datanglah kat Arah... dia tengah mandi ni... segeralah datang... segeralah datang... datang padanya"... dengan mengajuk dan mengubahsuai sedikit dialog siri bangsawan yang dilakonkan oleh Jah Lelawati tu... siap dengan suara mengilai2 lagi tu... maka menjerit sakan le dia... dan ketika itu akan terdengar le suara Allahyarhamah Tok Che Mah memarahi Pak Ngah... dan pastinya Pak Ngah akan tergelak sakan... mengekeh2... terutamanya bila Arah terjerit2 kerana ketakutan dan berasa seram... akibat dialog Pak Ngah tadi... dan mungkin itulah sebabnya Acik (Ahmad Anwar Ariffin) memiliki sedikit sebanyak bakat... iaitu bakat untuk menyakat adik beradiknya... dan apakah mungkin Allahyarham Mad Sakat yang diam di sebelah rumah Allahyarham Pak Ndak Mad Non / Allahyarhamah Mak Ndak Limah... itu adalah kaki sakat hingga digelar sebegitu.
:: Al-Fatihah kepada mereka yang telah mendahului kita...