Tuesday, September 18, 2007

:: Kayu

17 September 2007: Isnin


:: Balik dari kerja petang tadi... ajak Mak Ngah ke Kpg. Meranek... di situ ada gerai2 koboi di pinggir jalan raya yang menjual sayur mayur... ikan... dan kuih muih. Terasa nak makan kari pulak rasanya... cuma ada ikan kayu (euthynnus alleteratus) je... ye le... dah lewat petang... mana ada ikan lain lagi... maka bersantap le kami anak beranak dengan kari ikan kayu (istilah orang utara Malaya) ... ikan tongkol (istilah standard) ... ikan aye (istilah orang pantai timur Malaya) ... tapi tak pasti le... istilah bagi orang negeri di bawah bayu... dan istilah bagi orang Johor/Melaka. Heran jugak... macamana boleh timbul istilah ikan kayu tu... nak kata keras macam kayu... rasanya tak jugak... nak kata hitam macam kayu... ikan lain pun ada jugak yang hitam... walaupun terima kasih le kat orang dulu2 yang menamakan ikan tuuuu...
:: Kayu ni membawa pengertian yang meluas... ada lagu "KAYU" yang dinyanyikan dik Jalil Hamid atau Daud Kilau... tak pasti yang mana satu... ada rumah kayu... ada orang cari kayu nak memasak (ada lagi ke...?) ... ada arang kayu... dan macam2 lagi le (alasan mudah bagi kita yang dah tak tahu dan tak ingat lagi le tu....)
:: Teringat waktu usia belasan tahun dulu... era 1970an dulu... bila dah tak tahu nak buat apa... pada hujung minggu... Pak Ngah akan ke hutan bakau di belakang rumah allahyarhamah tok... yang akhirnya didiami oleh Mak Long Azizah (kak) sekeluarga sebelum mereka berpindah ke Nenering... dengan berbekalkan sebilah kapak... ditebang le pokok2 bakau tu... untuk dijadikan kayu api... untuk keperluan memasak... yang ketika tu... orang lain dah pun guna dapur minyak cap "butterfly". Pokok bakau yang besar dan yang lurus je jadi pilihan... berbaloi nantinya... sebab bila dikerat dan dibelah... dapat banyak kayu apinya... dan mudah dibelah berbanding dengan yang berbuku2... yang banyak rantingnya. Kayu2 itu akan dipikul keluar sebatang2 dari hutan bakau... yang perlu pulak melalui hutan nipah... yang semaknya jangan cakap le... "semak mengaum" (istilah standard bagi orang Pantai Remis)... kemudian dilonggokkan di bawah pokok cermai tepi "gon" (istilah orang utara Malaya dan Kelantan = tanah yang semakin meninggi)... berdekatan pokok mempelam air (terlalu besar dan tinggi) dan telaga. Akhirnya dengan menggunakan basikal roda tiga Mak Njang Yam Mad Radhi... yang disewa 5 kupang (50 sen)... kayu2 tu dibawa balik ke rumah... yang dibuat sorang diri... sebab adik2 ada yang bersekolah di luar dan ramai yang masih kecik lagi... kemudiannya digergaji (dikerat) dan dibelah... yang banyak jugak dibantu oleh Allahyarham ayah. Terasa puas... bila kayu2 tu dapat digunakan bertahun lamanya... yang disimpan di bawah rumah... berdekatan dengan serambi dan "rumah ibu"... bersebelahan dengan longgokan bilah bertam... yang akan diraut untuk dbuat bidai.
Pak Ngah berhenti dulu... bermula dengan ikan kayu... dah melalut kepada kayu api... jumpa lagi... insyaAllah...