:: Kami berlima... cuma di IPTAR je pada hujung minggu ni... yang biasanya sebelum ini... sebelum bulan puasa ni... kami akan bermalam di Tabuan Jaya... untuk bersama2 Angah... tapi dik kerana Angah takde kuliahnya mulai hari Jumaat... maka petangnya hinggalah ke petang hari Ahad dia bersama kami di IPTAR, Kota Samarahan... dan dapatlah Angah membantu Acik dalam Projek Nilamnya... yang perlu dihantar minggu depan.
:: Biasanya Acik akan diajak bersama untuk membeli juadah berbuka... dan biasanya jugak Acik punya selera yang hebat... macam2 yang dia mahu... kuih2 dan lauk pauk banyak yang diingininya... dan selalunya walaupun diajak bersama... dia hanya memesan je... begitu jugak dengan Anjang... maka, Pak Ngah hanya ditemani dik mak Ngah je le... dan alhamdulillah... tiada yang dibazirkan... membeli sekadar memenuhi keperluan...
:: Hari Sabtu... adalah giliran pihak waden dan Jabatan HEP membiayai majlis berbuka puasa kepada para pelajar dan orang awam... ramai pensyarah dan pelajar yang turut bergotong royong membantu memasak di bahagian dapur dan ruang memasak yang dibina khas 2 tahun lepas di bahagian sisi Pusat Pengajian Islam tu... manakala hari Ahad pula di biayai oleh penderma dari luar... alhamdulillah... sebab bagi hari2 bekerja... Isnin hingga Jumaat... kos ditanggung oleh pihak Pusat Pengajian Islam... menerusi sumbangan staf, pelajar dan orang awam...