27 September 2007: Khamis
:: Zaman Pak Ngah kecik2 dulu... mana ada air paip... guna air telaga je le. Dan telaga yang dikorek dalam serta bersimen itu masih ada... masih kekal hingga kini... di tepi rumah di Bt. 51... cuma dulu didindingi oleh daun kelapa yang kering... disusun rapat2... dipadatkan secara menegak dengan diperkuatkan oleh apitan dua batang kayu dan berpaksikan batang bakau... kini terbuka lapang dan terdedah... tanpa dinding... dan mungkin hanya digunakan untuk menyiram pokok bunga di sekitar rumah bagi yang rajin. Disimen tinggi... separas leher kanak2... tinggi betul... mungkin Allahyarham Tok Wan Lin bimbangkan anak2nya terjatuh apabila bermandi manda di telaga dengan menggunakan timba. Sukar jugak ketika zaman bebudak dulu apabila nak mandi... terkial2... dah le airnya cetek... simen yang tinggi tu le yang menyukarkan kita nak menceduk air... separas leher kanak2... dan pastinya anak2 Pak Ngah tiada pengalaman sebegitu... sebab celik2 mata dah ada pili... dah ada air paip.
:: Telaga itu berlantaikan simen yang diadunkan dengan kulit lokan sebab kesukaran mendapatkan batu ketika itu... dan berguni2lah kulit lokan diangkut oleh Allahyarham Tok Wan Lin, Pak Su Yeh dan Pak Ngah dari kawasan buangan kulit lokan di sempadan tanah Allahyarhamah Tok Long Ba'yah yang bersempadan dengan tanah Allahyarham Tok Su Mat Ali Ketoi Arang. Ketahanannya boleh tahan... rasa2nya belum retak hingga kini.
:: Telaga itulah yang digunakan oleh 5 buah keluarga... keluarga Tok Wan Lin... keluarga Mak Njang Simah/Pak Njang Mad Peston... keluarga Tok Ndak Mad Boat/Mak Cik Sa'adiah Tok Awang Akil... keluarga Tok Ndak Mad Norsiah... dan keluarga Pak Ngah Chan/Mak Ngah Minah... yang kadang2 menggunakan telaga Pak Ngah 'Aq Tok Su Mat Ali. Masing2 dah tahu masa yang sesuai nak ke telaga tu... semacam dah ada persetujuan bersama... walaupun tiada giliran tertentu yang ditetapkan.
:: Sebuah telaga lagi disediakan untuk bekalan air minum. Pak Ngah tak pasti bila masa telaga itu dikorek sebab sepanjang ingatan Pak Ngah... telaga tu dah ada bila Pak Ngah celik melihat dunia ni. Kini... telaga tu dah tamat riwayatnya. Dikambus. Asal letaknya di bahagian bucu berandah rumah pak Ngah Chan mengarah ke rumah Pak Ngah 'Aq/Mak Ngah Dah. Telaga tu asalnya macam kolam je... tidak bersimen... bahagian tengahnya diperdalamkan dan dibentengi 5 - 6 keping papan agar tanah tidak rebak. Airnya jernih dan tak pernah kering. Demi keselamatan... kolam itu disimenkan apabila Pak Ngah Chan mendirikan rumahnya di situ... dan umur hayatnya tamat apabila sumber bekalan air minum itu telah digantikan dengan bekalan air paip. Besar jasa telaga air minum tu... membekalkan air minuman kepada 10 buah keluarga... iaitu 5 keluarga yang mendiami tanah Tok Wan Lin dan 5 keluarga lain yang mendiami tanah Tok Su Mat Ali Ketoi Arang... iaitu Tok Su, Pak Ngah 'Aq/Mak Ngah Dah... Pak Lang Abu/Mak Lang Ba'yah... dan kemudiannya termasuklah Pak Lang Jit dan Mak Teh apabila akhirnya mereka turut punya keluarga masing2.
:: Dari telaga air minum (sewaktu macam kolam dulu) itulah... bekalan telur katak... yang berlendir dan berwarna keputihan... segumpal sebesar tapak tangan orang dewasa... digunakan untuk memandikan seorang adik Pak Ngah yang ketika kecilnya sering "selop" ... iaitu mudah pengsan hingga kebiruan badannya apabila terlalu lama menangis... yang cuma merupakan petua orang tua2... dan alhamdulillah... ada kesan baiknya...
:: Terima kasih banyak le... kepada sesiapa yang memberi idea dan yang mengorek telaga air minum tu... jazakalla hukhairan kathiraaa... walaupun kini telaga itu telah hilang dari pandangan...