Monday, September 17, 2007

:: Lima perkara

16 September 2007: Ahad


::
Pagi tadi... 5.50 pagi: dapat sms daripada Pak Ndak Yan... ringkas dan padat... " akum... mnantu k.maliah trong, suami jun mninggal dunia 4 a.m. "... dan Pak Ngah jawab kemudiannya... " T. Kasih. Salam takziah drp kami skluarga " ... maka begitulah kita... sampai masa... pergilah kita menemuiNYA...


:: Hidup sebelum mati: Kita sewajarnya sedar... bahawa kita akan menghadapi mati... entah esok entah lusa... atau selepas ini... namun yang pasti... kita akan mati... padammm. Oleh itu... sementara hidup inilah... kita perlu bersiap siaga akan kedatangan maut ini... bukan menentangnya tapi... bersedia menerima kunjungannya. Sisa2 hidup kita... baki usia kita yang mungkin tinggal tak seberapa... sedikit cuma... perlulah dipergunakan untuk menambah amalan baik kita... kata orang sebagai amal yang akan dibawa mati... sebab selepas mati... akan ada kehidupan lagi... bahkan hidup ini sendiri adalah bertujuan untuk mencari bekal mati... dengan jalan beribadah kepadaNYA.

:: Sihat sebelum sakit: Jika sekarang ni sihat wal'afiat... mungkin esok kita ditimpa kesakitan... jika anggota badan dah sakit... banyak le kerja dan aktiviti rutin harian sukar ditunai... oleh itu selama mana kita masih sihat... sedang sihat... banyakkan kerja dan gandakan usaha... di samping mengejar dunia digandakan... tambahkan amalan baik dan pahala juga sewajarnya kita gandakan... walaupun mengejar pahala itu bukanlah objektif utamanya... agar keikhlasan terserlah.

:: Masa lapang sebelum sempit: Kekadang kita sentiasa sibuk dengan urusan dunia... apatah lagi zaman yang menuntut kita terkejar ke sana sini... tak duduk diam... menggeritih macam gasing berputar... zaman yang dipenuhi cabaran serta persaingan... sehingga kekadang kesannya teramat jarang berkumpul dengan jiran tetangga dan masyarakat sekitar... maka mungkin jika kita punya masa terluang... punya masa senggang... mungkin ada baiknya kita pergunakan masa itu untuk menutup kekurangan ketika kesibukan kita... yang pentingnya... mendapatkan keredhaanNYA... dan amatlah baik jika keterbatasan waktu yang tidak menjamin kita untuk saling mengunjungi adik beradik dan sedara mara... maka mungkin telefon... atau telefon bimbit melalui pesanan ringkas... sekurang2nya mampu dan dapat mengeratkan kita yang menempati seluruh ceruk rantau... di semenanjung... sabah dan di sarawak.

:: Masa muda sebelum tua: Jika kini kita masih muda... pastinya besok kita akan semakin tua... walaupun hanya bertambah tua sehari... dan masa muda kita sebenarnya terlalu singkat... tapi masa yang sebegitu singkat itulah yang selalunya bakal mencorakkan masa tua kita... walaupun kekadang yang berlaku adalah di sebaliknya... iaitu masa tua kita lebih baik berbanding masa muda kita... dan sentiasalah kita berdoa agar pintu hati kita sentiasa dan kekal terbuka untuk ke arah itu. Untuk menjadi orang berilmu... kenalah menuntut sejak masa muda... untuk menjadi kaya, hidup senang lenang... kenalah merintis sejak usia muda... dan sebegitulah jugak untuk menjadi ahli ibadah... mestilah membiasakan diri dengan istiqamah mulai usia muda... sebab jika usia dah tua baru nak memulakannya... sukarlah sedikit rasanya... namun apa2pun kita perlu berusaha ke arah itu... kita kena didik diri... kena pupuk sikap dan semangat kita ke arah itu...

:: Masa kaya sebelum miskin: Bagi yang beriman... yang dikurniakan kekayaan olehNYA... beringatlah bahawa kekayaan dan kesenangan yang dikecapi itu mungkin tidak bertahan lama... mungkin akan ditarik kembali olehNYA... sebab mungkin esok atau lusa atau pada bila2 masa sahaja... macam2 boleh berlaku... kita akan balik asal... walaupun mungkin tidak miskin dan papa kedana... dan itulah sebabnya ramai berpendapat bahawa kita perlu jugak menyimpan kekayaan kita ke dalam dua akaun... iaitu akaun dunia dan akaun akhirat. Melaburlah ke dalam akaun akhirat sebab nanti jika harta dunia susut atau semakin miskin... papa kedana... sekurang2nya akaun akhirat boleh kita bergantung harap.