Monday, September 10, 2007

:: Ada tetamu

09 September 2007: Ahad


:: seawal2 pagi minggu ni... memang rancang nak ke Pasar Satok... nak pekena Laksa Sarawak kat Ceria Cafe yang berdepan Choice Food... macam dah jadi pelanggan tetap setiap hujung minggu kat situ... kalau tak hari Sabtu... pastinya adalah hari minggu... kekadang tu terlajak berterusan dua hari... sederap... hari Sabtu dan hari minggu... hinggakan masuk je ke cafe tu... macam tak percaya... tak payah order... akan tibalah semangkuk Laksa Sarawak yang sambalnya tiga kali ganda (berbanding pelanggan lain)... dan segelas nescafe kaw...

:: nampaknya pagi tadi... kena pergi sorang diri melayan diri... semua tak nak ikut... sebab cuaca semacam tak mengizinkan je... mungkin bila2 masa je... turun le dia... gelap gelemat di atas sana... harap2 tak selebat mana... jika tidak kesian kat peniaga2 kat Pasar Satok tuuu... bertempiaran le mereka nanti.

:: dalam perjalanan balik... bila tiba di bulatan simpang tiga... Acik call... nek Jah dan Usu zahri nak datang... katanya... beli le apa2 yang patut untuk menjamu mereka... dijawab mudah... jamulah apa2 yang ada... dah nak sampai ke Tabuan Jaya niii...

:: alhamdulillah... hingga tiba ke rumah, sekembali dari membeli nasi dagang, donut, ikan sepat masin, tauge & tauhu, petai yang dah dikopek, udang basah dan bawang besar (india mali)... hujan tak jadi turun... walaupun mendung semacam je.

:: sambil belek2 internet... sempat beritau Mak Ngah... kita buat sambal tumis petai, sayur tauge, ikan sepat goreng, kari ikan dan sikit ulam dah le untuk jamu tetamu yang datang... kita ajak mereka makan tengahari... tapi kejap lagi kena beli ikan kat Tabuan Laruh pulak le... sebab ikan kat Pasar Satok tadi tu... tak tertarik rasanya.

:: sebagaimana dirancang akhirnya mak mertua dan adik ipar pun tiba... terus makan tengahari je... semua berselera... bukan kerana menunya tapi lebih kepada masa yang teramat sesuai untuk makan tengahari... mereka kelewatan sebenarnya.

:: sebelum Angah bertolak ke stadium untuk raptai terakhir untuk majlis penutupan kemerdekaan ke-50 yang bakal dihadiri oleh DYMM SPBY Di Pertuan Agong dan lain2 kenamaan... sempat diuruskan tempahan penerbangan balik Alang untuk hari raya nanti dari Miri ke Kuching... namun setelah menghubungi Alang dan Wardati (adik ipar)... perubahan berakhir dengan kepulangan mereka ke Kuching hanya gunakan Kelisa Wardati sahaja.

:: malam tadi tak jadi nak ke gerai di Ariff Hotel... sebab Angah tiba melewati jam 11.30 malam... dan Acik pun dah terbungkang keletihan menunggu Angah yang tak kunjung tiba sejak jam 7.30 malam lagi.

:: Mak Ngah nampaknya dah bersiap2 nak balik ke IPTAR selepas solat isyak nanti... menjadikan Sri Perak perlu dikemaskan mana yang patut... dan seharusnya tidak dilupakan untuk ke bank sebab esok... sedikit biaya diperlukan untuk melangsaikan semua bil dan urusan cukai jalan bagi Wira yang gunapakai oleh Angah ke UNITARnya itu... dan Anjang baru je call... balik cepat ke IPTAR dan bawa makanan sekali... katanya lagi.