Saturday, September 15, 2007

:: Seimbas pandang 1

14 September 2007: Jumaat


:: hari ni masuk hari kedua bercuti... hari puasa kedua... cuti yang sengaja diambil... nak berehat sikit... terutama di hari pertama dan hari kedua berpuasa pada tahun ni... dan bila bercuti ni maka banyaklah imbauan dan imbasan kisah silam menerjah masuk ke dalam ingatan... tambahan keseorangan pulak di rumah... dan Mak Ngah, Anjang dan Acik ke sekolah manakala Angah pulak ke kuliahnya...

:: teringat kisah lama... kisah yang menjadi sejarah... kisah yang masih kekal di dalam ingatan... kisah tentang Mak Long (kak Azizah) yang merupakan anak sulung dalam keluarga Che Mah Lin... dia adalah kakak sulung kepada kami adik2nya yang seramai 8 orang... iaitu Mohammad, Azizi, Azmi, Azian, Awang, Aziah @ Rosiah, Azman dan Azlan... termasuk 2 lagi yang meninggal dunia sejak kecil lagi (Azmi dan Awang). Kak... adalah orang kedua yang berjasa besar kepada kami... adik2nya... selain daripada kedua orang tua kami. Kak adalah orang yang bijak... pandai... dan bertanggungjawab menjaga adik2nya selain daripada tanggungjawab yang dipikul oleh Allahyarham ayah dan Allahyarhamah mak sejak zaman remajanya lagi. Dia tidak berkesempatan untuk belajar ke sekolah menengah... sebab sekolah menengah yang terdekat ketika itu ialah SMK Raja Shahriman, Bruas... jauh tu ketika itu... sekolah tu tiada asrama ketika itu... dan pengangkutan bas tidaklah semewah sekarang ni...
:: kami... adik2nya adalah di dalam jagaannya apabila Allayarham ayah dan Allahyarhamah mak keluar rumah mencari rezeki... dialah yang memasak... membasuh pakaian... menyerika pakaian sekolah... di samping membuat bidai... dan dialah jugak membuat dan menjual laksa mee ketika bersekolah arab... madrasatul tarbiatul al-atfal Sg. Batu... yang tak pasti masih wujud atau tidak sekolah tuuu... yang bangunannya rasa2nya masih ada... cuma pengajiannya telah diambilalih oleh Ustaz Md. Rejab... yang mendirikan sekolah pengajian agamanya berhampiran banglo Pak Ndak Yan di Lorong Masjid, Kg. Sg. Batu...

:: masih teringat lagi... kak akan mendukung adik2nya yang merengek... yang tunjuk perangai... ye le budak2 kecik... hehehe... sambil membuat bidai... di ruang rumah dapur... dan rumah tu dah tak wujud lagi kini... setelah rumah tu diroboh dan diubahsuai akibat ditimpa sebatang pokok nyioq (kelapa) akibat puting beliung yang melanda kawasan Pantai Remis ketika itu... sekitar hujung 1968 (kalau tak silap)...

:: walau bagaimanapun... akhirnya kak bertemu jodoh dengan suaminya sekarang... Ismail Md. Nooh... orang Kg. Tebuk Yan... ketika Pak Ngah di Tingkatan 6 ketika itu dan bersekolah di SM Raja Chulan, Ipoh... dan mereka mendiami rumah pusaka Allahyarhamah Tok... yang dikenali sebagai Tok Putih... yang nama sebenarnya ialah Zainab bt. Mat Ali... sehinggalah mereka berpindah ke Nenering sebagai peneroka Felda sawit... hingga kini.

:: walaupun kak tidak berpeluang ke sekolah menengah... tapi alhamdulillah... kesemua anaknya berjaya menjejak kaki ke universiti/institut pengajian tinggi. Anak2nya... yang sulung Azilah...lulusan UUM... adalah pensyarah (Jabatan Perdagangan) di Politeknik Ungku Omar, Ipoh... yang kedua Azizul Hakim... jugak lulusan UUM... sorang pendidik di SK Sg. Kapit, Kapit, Sarawak... yang ketiga Azizul Rahman... lulusan Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Trengganu... opsyen Matematik... kini mengajar di SK RPS Air Banun, Grik... diikuti oleh Azizul Rahim... lulusan UUM... kini sedang mengikuti KPLI (sekolah rendah) di Institut Perguruan Perlis dalam opsyen PJK... seterusnya... Muhamaad Shukri... masih di UiTM cwgn Alor Gajah, Melaka... mengambil jurusan Arts & Design... dan yang bungsu... Muhd Izwan di Politeknik Kota Kinabalu... jurusan Hotel & Catering... yang dikenali sebagai Adik/siBungsu telah bersama Pak Lang & Mak Lang sejak kecil lagi...
:: terima kasih kak... atas jasa dan budi baik kepada kami... adik2mu...